SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Selasa, 1 Februari 2011

Malam itu..

01.02.2011.
 
Februari sampai juga akhirnya..yea..!!



Seronok + teruja sebab esok malam dah boleh balik kampung..transit Penang dulu..yes2..!! Tapi tetiba ja rasa macam nak jadi salah seorang warganegara Malaysia yang bekerja di W.P Putrajaya @ Kuala Lumpur..Labuan jauh sangat. Sebab?huwaa..!hari ni dorang cuti! Nak cuti Hari Wilayah jugak..!!huks..
 
Hari ni merupakan cuti umum bagi semua Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) bersempena dengan hari penubuhan wilayah (genaplah 37 tahun bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 27 tahun Labuan dan 10 tahun Putrajaya merayakan sambutan di bawah entiti Wilayah Persekutuan)..

Dan tema Hari Wilayah untuk tahun ni ialah 1Wilayah Persekutuan Menjuarai Transformasi.. So, bagi semua yang mana2 rasa2 diri tu termasuk sekali dalam list warga yang bercuti sempena hari wilayah ni WAJIB tau tema Hari Wilayah tahun ni, tahun lepas, tahun2 sebelumnya dan tahun2 seterusnya yang akan datang - selagi nyawa dikandung badan. Kalau tak, sia2+malu ja dapat cuti tapi tak menghayati erti sebenar peruntukan cuti yang kerajaan dah tetapkan untuk korang2 semua 2.

Ok, cerita cuti Hari Wilayah tamat di sini. Sebarang rayuan nak cuti sempena hari wilayah bagi orang2 yang takde kena mengena (samada hidup ataupun mati)  dengan mana2 Wilayah Persekutuan yang telah termaktub alam Perlembagaan TAKKAN DILAYAN. Sila mohon cuti tahunan kalau nak cuti jugak. Takpun bole amek emergency leave (EL) - macam tak biasa pulak atau kalau dah darurat sangat nak cuti, sila beli surat cuti  (MC) palsu ok..@ berlakon je macam real2 sakit, susah2 ponteng ja keja dengan penuh slumber..kikikiki...

***** ***** ***** *****   
 Semalam...
Aku and Mama J pegi cari tiket untuk balik kampung malam sok sempena Raya Cina 3&4hb2 neh..memula p cari kat stesen minyak Petronas, Serdang. Tiket ke kampung aku dah habes..ok? Yang tinggal tiket ke Alor Setar ja..tengok tiket sana-sini, pikir punya pikir..kitorg decide. Ok la turun Alor Setar pon. Nak book tiket..sekali dah ada orang len rembat daa tiket 2 masa kitorang dok diskas2 nak turun mana..hadoyai..naseb2.. Then kitorang nekad nak cari tiket kat Bukit Jalil.huhuhuhu..aku muka kelat2 manis lagi time tu..

Hatta, merempitla aku dan Mama J. I thought kitorang diskas nak bli kat bukit Jalil tadi. nek tren kat Sungai Besi..sekali Mama J terus je ke Bus Terminal Selatan (BTS). Ala stesen bas baru yang akan menggantikan operasi bas kat Bukit jalil 2.. Dalam perjalanan ke BTS 2 Mama J terlanggar sumtin' kat tengah jalan..hoh?apakah.?! Kakak rempit mana ntah yang nampak kejadia 2 sibok dok pon2..! hon moto dia kat kitorang..hesh..buat2 tak nampak dah la..apa la kakak ni.

Kakak 2 hon lagi sambil bagi isyarat yang aku tak brapa nak paham. Aku memang fail isyarat2 tangan dan bahasa badan ni..so, setakat nak hint2 mcam 2 dengan aku  memang tak laku la..huu. Tapi aku pandang jugak kat bawah moto. "Alamak..!! Mama J.! kain kapan wei.." 'hadoi..cmna bole lekat kat moto neh..' Hah..baru nak menggelabah. Tadi langgar menda kat jalan buat slumber katak je eh..

Ni ke mendanya yang kitorang langgar 2?huks..oh..tidakk!!
Kitorang benti kat stesen LRT Sungai besi jap untuk meninjau kejadian sebenar antara kain kapan 2 dengan moto Mama J. tapi..ke-compius-an yang sangat nyata. Both of us. Blur kejap sebelum menyambung semula perjalanan yang tergendala dek kain kapan tadi sambil kepala hotak memasing dok merewang memikirkan kemungkinan yang agak2 logik sket.

Tadi petang before kuar, aku masuk bilik Mama J. Ternampak baju kurung yang dia pakai untuk menziarah sahabat dia yang meninggal 2 still kat atas katil - belom basuh lagi. Owh..aku teringat sumtin'. 2 la Mama J. Aku dah pesan kan suh basuh baju kurung 2 cepat2..See? nampak tak misteri depan mata neh? Sapa nak jawab?


Petang 2 before kuar beli tiket...
"J..aku pernah dengaq oghang cakap, baju yang kita pakai untuk menziarah ni kena basuh terus once kita balik dari menziarah 2.." Mama J cam terkejut ja aku bagitau dia macam tu. Betol ni. Aku memang pernah dengar perkara yang seumpama 2. Sumber?tak hingat..tapi agak boleh dipercayai. Peratusan  trustworthiness lebey kurang 75%..hee..betol neh. "ha, balik nanti basuh baju ni..semalam aku dah siap dapat mimpi dah.." Saja nak tambah suspen Mama J..hahah. "Mimpi apa?" "Adala..."
Tapi part mimpi 2 memang betol! (Mimpi 2 la yang betol, bukan betol2 mimpi jadi kenyataan..hehehe)
***** ***** ***** *****
Sampai kat BTS.

Wahh..memang sangat besar + luas, saujana mata memandang la..tapi..rupa2nya hanya untuk perjalanan arah selatan saja. Tiket ke Utara takde dijual di situ. Ok? Mama J cakap nak post kat fesbuk pasal menda ni. Aku? Aku rasa macam nak emel kat TV3 ja. Kalau BTS tu untuk perjalanan ke Pantai Timur 2 kira acceptable lagi la..sebab dorang2 (orang pantai Timur) kat sini memang ramai.. 

Muka aku time ni kelat yang dah takde manis2 hatta masam sekalipun dah. Pastu, gerak la aku and Mama J ke bukit Jalil plak. 

Terminal bas sementara Bukit Jalil
Nek STAR LRT. Sampai sana ja, macam selalu - crowded mengalahkan ikan dalm pot sardin. RIMAS. Tiket punya pasal aku redah jugak. Counter by counter kitorang p tanya..semua hampa dan hampehs. Tiket 2hb malam untuk destinasi tujuan aku dan Mama J semua dah sold out! (ni la padah beli tiket last minute). 


Muka time ni taknak cakap lebih2. Toya ja. Cukup la setakat aku bagitau yang memang ni kira muka aku tahap yang terhodoh petala langit ke-9..hahaha. Bukan apa, risau ja tak dapat balik kampung. Dah agak hampi 2purnama kot aku tak balik kampung..huks!

Tapi kitorang ber2 tetap menapak jugak cari tiket..sampai la 1 kaunter ni..tiket memang dah abes, tiket ke Penang ada lagi la..so, kitorang decide untuk turun Penang dulu. Hmm..better than nothing kan? Daripada tak balik terus dan aku mental sensorang ja kat umah sewa aku 2..hu, tak sanggup aku.! Takpe la. Since dah transit Penang dulu, bole la aku p melawat 2orang my new nephews kat situ. Sambil menyelam minum air. Dah alang2 nak kena transit situ kan?


***** ***** ***** *****
Sehari sebelumnya... 

Mama J pegi Temerloh, Pahang. Menziarah sahabat meninggal katanya. Kak Lin tido umah aku semalam lepas penat2 pi jalan2 buang duit kat KL. Tengahari 2 kak Lin balek umah dia. Nak kena p opis katanya. Tinggal la aku sorang2. Lagi. buat kali yang ke berapa ratos ntah aku dok sensorang - aku pon dah tak ingat atau lebey tepat lagi aku tak kira pon sebab memang tak terkira, macam bintang kat langit tuh...huks.

Seharian.

Malam baru Mama J balik. Kejap ja sebab pastu dia kuar semula. P online ngan kawan. Ok. Dok sensorang lagi. Layan tengok citer Merlin si Dragonlord la aku malam 2..Nak sambung tengok Smallville pulak. Tapi malas dah. So, aku decide untuk tido awal. Lagi pon sok (Isnin) nak kena sampai opis awal - pukul 730am sebab lepas tu nak kena pegi Dewan Seri Seroja, Presint 15 plak. Ada majlis Amanat Ketua Pengarah..huhu..memang bosan..so konfim tido awal!

sekitar 230am..
Aku terjaga. Tengok jam kat henpon. Adoi baru pukul 230am. Pagi lagi ni..ada mesej. Aku buka baca. 'Gila la ad bunyi dengus tepi kpala katil sy j...ha3' Hahaha..fine. Adoi apasal la ayat mesej pepagi buta pon berbaur misteri dan agak2 seram ja neh..  Abes reply mesej aku nak sambung tido. Pusing kiri, pusing kanan..pejam selik, pejam celik..tak dapat tido. Ni kes tido awal sangat ah ni. Mesti terjaga tengah malam. Tensen aku.!

Aku paksa2 jugak mata untuk tido..ntah tak ingat bila aku betol2 tertido..tapi, yang pastinya dalam tido aku tu aku nampak orang macam baju yang Mama J pakai untuk menziarah arwah kawan dia 2 berjalan mundar-mandir kat ruang tamu umah..'hesh..bila pulak aku tido tak tutup pintu bilik neh..' Kaget.

Aku terus pandang ja makhluk 2 jalan ulang-alik macam orang ada problem. 'Ah.! Semak otak arr..! dok dendiam ja bole tak?' Oppss..!aku tutup mulut. Hish..gatal tau mulut neh. Tampar sket. Thank God. Seb baik makhluk tu tak pandang aku. Ntah Mama J dah balik belom ni? Aku dok pikir2. Tetiba..

tenet..tenet..tenet..tt!! 

Owh..bising ah plak..semak telinga plak kali ni. Tangan aku teraba2. Cari henpon. Dah pukul 6am rupanya. Aku bangun. Ces..mimpi.! Agak2 mimpi aku 2 sebab tengok cite Merlin ke, sebab Mama J belom basuh baju yang dia pakai pegi menziarah arwah ke sebab mesej seram tengah malam ke sebab gangguan setan semata2 eh? Ok. tak payah pikir. Jom siap2 pegi keja.

Gangguan tido semata2 ja 2. Titik!

p/s :  Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri - Misteri Nusantara. hahaha


Quote of the day :
The most beautiful thing we can experience is the mysterious. It is the source of all true art and all science. He to whom this emotion is a stranger, who can no longer pause to wonder and stand rapt in awe, is as good as dead: his eyes are closed. - Albert Einstein

2 ulasan:

  1. suspender toi..hahahah
    da aritu time tido kucing masok bilik...kacau daun ja mlm Ahad tue..wuaa
    kol 3 pg..kecut perot..ngat lembaga pa ka..wuuuu
    tertanta,betol ke itu hanya bygn atau mimpi??selalu ayu alami camtu..huks

    p/s : gara2 tgok khurafat..menci..x sk..

    BalasPadam
  2. Ha3..betoi ka kucing 2? ka kucinta?heh3..erm..2 r..tp mmg mimpi r 2..kot.hee. bestkah khurafat? mcm xmau tgk ja..takot xbest..ha3

    BalasPadam

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?