SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Selasa, 27 Mac 2012

Audit Bahasa?? Aduhh..Datuk K

(Ok..ni bukan Datuk K husband Siti Nurhaliza tu okek).

Awal jugak aku sampai opis Datuk K semalam. ~ Walaupun bukanlah yang paling awal.

Tapi lama kena tunggu sebelum dapat jumpa dengan beliau..isk. Kepala pagi-pagi lagi memang dah ting-tong. Mengantuk. Tak cukup tido sebab stay up sampai pagi. Ni semua gara-gara pegi tengok F1 + enjoy katak + lepak2 tak ingat dunia masa siang hari. ~ Memang salah sendiri. Tak boleh nak tuding jari pada orang lain.

Sementara tunggu untuk jumpa dengan Datuk K, aku duduk sembang2 + bincang sikit2 dengan kengkawan yang baru aku kenal kat situ pasal isu yang berkaitan. Atau paling tidak pun, tentang isu-isu yang berkemungkinan bakal dibangkitkan nanti.

Gementar? Yes. Sebab panel yang hadir dengarnya guna konsep 'expect the unexpected'. Semuanya kuat memprovokasi calon dengan soalan-soalan tak terjangka. Jadi, semua calon kena pastikan yang kitorang masing-masing 'well-prepared'.

Tapi, kalo da soalannya men terjah ja, jawapan dah tentu-tentulah yang tak dirancang jugak..hehe..takda dalam nota. Takda dalam buku teks. Takda dalam internet. Tapi sebenarnya, semua jawapan tu ada dalam diri calon tu sendiri.

Dari apa yang dapat aku lihat dari pengalaman kawan-kawan baru aku yang lebih awal bertemu dengan Datuk K tu, apa yang dicari sebenarnya adalah potensi dan sifat dalaman calon yang positif dan kuat. Dan juga pertahanan mental serta pertimbangan akal yang rasional.

Walaupun tak dinafikan banyak soalan berbentuk fakta yang memerlukan jawapan tepat yang tak boleh diputar-belit atau ditambah perasa untuk digoreng sampai hangit, aku tetap kena berhati-hati dalam memberi jawapan dan bersedia untuk berhadapan dengan soalan-soalan provokasi pihak panel. Salah jawab, memang cari penyakit. Buka peluang pada ahli panel untuk basuh minda cukup-cukup.

So, situasinya a bit tough for me. Elok2 masuk mengadap Datuk K aku dah dibentangkan dengan statistik agenda semalam. Down jugak sikit masa otak tengah teliti mencerna setiap maklumat yang keluar dari mulut Datuk K masa tu. Mujur ja dia hensem..so, walaupun hati memang dah luluh sikit, tapi mata segar lagi la nak melangut depan dia untuk tempoh masa yang berbaki sejam lagi tu..hehehehe.

Tapi, dalam banyak-banyak soalan yang ditanya, satu soalan yang paling aku ingat ~ Audit Bahasa.

Datuk K : Pernah dengar??

Aku : (errr...) Pernah. Saya ada terbaca petikan artikel temuramah satu akhbar dengan Ketua Pengarah, baru-baru ini..yang mana dalam temuramah tu Dr. Awang ada menyuarakan usulnya untuk melaksanakan Audit Bahasa pada badan-badan, syarikat dan pertubuhan yang ada di Malaysia.

Datuk K : Jadi, awak rasa  adakah wajar Audit Bahasa dilaksanakan?

Apa pandangan korang? As for me, memang patut pun. Masa Datuk K tanyakan kenapa, alasannya, aku dah biasa sangat terjumpa kesalahan bahasa di kawasan Institusi Pengajian Tinggi..dah kalau kat pusat-pusat sebaran ilmu pun banyak berlaku penggunaan bahasa yang salah..agaknya macam mana nak mendidik yang lain untuk mengaplikasikan penggunaan bahasa yang betul..kan? Takkan nak jadi macam 'ketam mengajar anaknya berjalan lurus' kot? Dah sama ja dengan konteks orang yang 'cakap tak serupa bikin' ni..

*****
p/s : Rasanya banyak pengalaman + banyak kawan baru yang aku dapat semalam. Terima kasih pada semua yang terlibat. InsyaALLAH panjang umur, ada rezeki kita jumpa lagi. Mungkin lepas ni kita ada peluang untuk duduk berbincang lagi kat meja dan bilik yang sama. Who knows? InsyaALLAH. Semoga peluang tu sentiasa terbuka untuk kita. AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?