SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Selasa, 20 Mac 2012

Mana jiwa aku..

Hari itu, aku berjalan seorang diri.

Di tengah-tengah alam.

Dengan situasi kesihatan yang tak mengizinkan.

Apa nak buat, selalu masa-masa ada peperiksaan, ada temuduga ke..ha, masa tu lah antibiotik badan jadi sangat lemah. Suka sangat nak sakit pada waktu-waktu yang tak sesuai macam tu.

Aku gagahkan diri dan tabahkan hati..Aku tetap pergi juga peperiksaan tu. Tapi kali ini bukan macam dulu lagi. Kali ini, aku dah pasang nawaitu baru. Aku 'reset' hati dan akal aku dengan niat baru. Bukan aku mudah berubah pendirian. Cuma aku rasa, aku dah tak boleh lagi nak guna-pakai niat yang lama tu.

Semalam aku tonton siri Criminal Minds (lagi). Seavers cakap, '...kadangkala kita sentiasa lakukan perkara yang betul, namun..MASIH GAGAL.!' Jadi aku dapat rasa yang aku memang perlukan anjakan paradigma dalam diri.

Aku ingat lagi, dulu, asalkan dijemput untuk menduduki peperiksaan awam pra-perkhidmatan ke, atau temuduga kerja ke..mesti aku pergi dengan niat nak dapatkan kerja..yelah..aku ni kira dah macam pemburu kerja yang agak-agak tegar jugak la.

Jadi kali ni, aku hadiri semua peperiksaan dan temuduga dengan niat untuk dapatkan pengalaman dan gambaran skop kerja yang ada. Kalau tak dapat kerja tu pun tak apalah. Aku dah cuba. Anggap ja bukan rezeki kita. Lagipun, kat tempat-tempat macam tu aku boleh jumpa orang baru dan buat kawan. Boleh bina network dengan lebih luas. Hati aku akan rasa lebih senang macam tu. Aku mengaku yang aku tak cukup positif, tapi aku belajar dan berusahah untuk menjadi lebih redha.

'Bila kita terasa asing dan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Itu cabaran.

Kawan makan kawan. Itu cabaran.

Berada di kalangan manusia spesies 'ketam'. Itu cabaran.

Tersepit pada situasi sukar membuat keputusan. Itu cabaran.

Terpaksa dan / atau enggan memilih. Itu cabaran.

Susah nak kawal rasa tamak dalam diri. Itu cabaran.

Orang yang kita harap-harapkan untuk menyokong kita tak membantu kita seperti yang kita harapkan. Itu cabaran.

Orang yang sepatutnya memberi semangat pada kita lansung tak sedar akan situasi kita di saat-saat sukar dalam hidup kita. Itu cabaran.

Begitu juga kalau sukar mendapatkan pekerjaan. Itu CABARAN.'

Peperiksaan kali ni memang berbeza sikit dari peperiksaan-peperiksaan lain yang pernah gua ambil. Soalan peperiksaan kali ni meminta calon untuk membuat suntingan artikel untuk akhbar, terjemahan teks dari bahasa lain ke Bahasa Melayu dan juga mentransliterasikan petikan artikel jawi ke ejaan rumi. Menarik.

Calon-calon yang menduduki peperiksaan pun rata-ratanya memang berlatar-belakang pendidikan yang berkaitan Bahasa, Sastera dan Media. Kecuali aku. Apa kejadah la kan pelajar Geografi dan Alam Sekitar macam aku ni nak jadi Pegawai Perancang Bahasa..? Ish..masa tu, rasa kecil ja diri. Tapi memandangkan niat aku untuk tambah pengalaman, jadi, takdelah rasa ralat sangat nak menduduki peperiksaan tu.
*****
Lepas baca satu blog yang aku jumpa masa tengah mencari maklumat berkenaan Dewan Bahasa dan Pustaka buat aku tersedar. Sedar yang jiwa aku dah lama rapuh. Dah lama goyah pada satu perkara ni.

Bahasa Jiwa Bangsa.

Pernah dengar? Mesti biasa dengar kan?

Blog tu bercerita tentang orang-orang yang macam aku. Orang-orang yang ambil mudah pada Bahasa Kebangsaan. Orang-orang yang dengan sengaja melakukan kesalahan pada penggunaan bahasa. Bukankah Bahasa Jiwa Bangsa? Bukankah bahasa itu cerminan diri kita? Penggunaan bahasa rojak dan tatabahasa yang salah adalah gambaran kepada jiwa yang memberontak dan sifat malas...MUNGKINKAH?

Dah kalau macam tu, mana letak fungsi jiwa kita yang sebenar kalau memang kita dah terbiasa dengan penggunaan bahasa yang salah dalam kehidupan harian kita?

Ada hikmah aku dijemput menduduki peperiksaan Pra-Perkhidmatan kat Dewan Bahasa dan Pustaka tu. Lepas ni aku kena betulkan semula kesalahan-kesalahan bahasa (lisan dan penulisan) yang dah jadi tabiat dan kebiasaan aku sama ada sengaja ataupun tak.

Selepas sedikit perkongsian info dan pengalaman pasal isu mencari kerja dengan Mr. A tadi, dia ada bagi aku idea..dia cakap dia dah jilidkan semua surat panggilan temuduga dan panggilan peperiksaan yang dia terima jadi sebuah buku..Nanti boleh la tunjuk kat penemuduga supaya mereka nampak akan kesungguhan kita untuk bekerja. Agak-agak kalau untuk situasi aku, jalan lagi tak idea ni?hihihi...

p/s : Aku ingatkan jogging sorang-sorang ja yang best. Jalan sorang-sorang pun best juga. Layan je. Tak perlu nak fikirkan pasal orang lain.

2 ulasan:

  1. kit, sory..forgot bout ur exam.. bz sokmo.. how was it?? sk kata2 dlm post kali ni.. and ayat agak skema..he.. mcm penolong pegawai..he..
    btw, goodluck dear..jgn lp plan TIMES SQUARE kita ek.. sy da 'BOOK' kamo.. hahahaha :D

    BalasPadam
  2. he..no worry la..exam dh setel.xpyh pk dh.hehe..ayat skema tu disebabkan oleh sesi muhasabah diri sempena nk sit exam DBP aritu..kikiki...TS? xda masalah. bole roger2 once dah konfim..ok :)

    BalasPadam

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?