SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Khamis, 21 Jun 2012

Prometheus

Semalam aku tengok 1 movie PG-13.ni. Filem sains fiksyen / thriller. Tajuk? PROMETHEUS. Durasi tayangan selama 2 jam 4 minit. Filem ni diarahkan oleh pengarah filem Alien & Gladiator dan dibintangi oleh  Michael Fassbender, Charlize Theron and Idris Elba (barisan pelakon dia, cuma Idris Elba sorang je yang aku kenal).

Nak sinopsis? Ok2.

"Ridley Scott, director of 'Alien' and 'Blade Runner,' returns to the genre he helped define. With PROMETHEUS, he creates a groundbreaking mythology, in which a team of explorers discover a clue to the origins of mankind on Earth, leading them on a thrilling journey to the darkest corners of the universe. There, they must fight a terrifying battle to save the future of the human race" *(20th Century Fox).
~ sila translate sendiri okek?

Poster filem Promentheus
Filem ini mengisahkan tentang misteri asal-usul kewujudan manusia dan siapakah pencipta manusia. (eh, boleh ke pakai term 'siapa' untuk rujuk pada pencipta?)

Cerita Prometheus ni agak memang menarik jugak la. Not bad, but not as good as Gladiator la bagi aku.

Tapi, cerita ni tak relax la..so, aku rasa movie ni tak sesuai untuk orang2 yang nak relax santai dan release tensen selepas seharian penat bekerja.. (walaweh ayat..skema tak hengat...entry pasal movie kot keet..ce relax sket..hak..hak..hak)

Untuk golongan yang nak relax2 tu, aku rasa bila tengok je movie ni, tahap stress kompem meningkat.!

Hesh..menyesal lak tengok movie ni time badan tengah letih + otak penuh benda nak pikir. PENAT nak paksa otak computed maklumat jalan cerita movie ni. Struggled jugak la nak abehkan menonton filem ni selama 2jam 4minit. Tepu otak aku. Tu belom campur geli perut + rasa mual dengan certain scenes lagi 2..masa scenes pembedahan - caesarian tu kot bahagian yang paling ngilu perut aku rasa..

Kan bagus kalo aku tengok movie Mael Lambung ja..dah kompem2 x payah senak otak nak memahami jalan cerita. Bole jugak la bergelak ja sepanjang tayangan filem. Lebih relax + santai. Release tensen sket. Baru la terapi diri.

Ni la first time aku rasa macam nak tengok cite melayu instead of english movies.. Bukan sebab cerita tak menarik, tapi sebab otak dah sendat nak terima cerita-cerita berat yang memerlukan otak untuk bekerja..hmm.. (ke aku yang malas nak berfikir ni..?erm..)

Satu babak yang tipikal tentang movie Prometheus ni adalah, di akhir cerita ada ja muncul watak makhluk misteri baru. Which means, misteri yang ada masih belum terungkai, tapi dah ditambah lagi dengan misteri baru..just same dengan cerita2 misteri makhluk asing yang lain..yang feeling2 dia seakan-akan 'movie ni mesti to-be-continued ni. Kompem punyalah akan ada Part 2 ni' kan.? Haa, perasan tak? Perasan tak?

Idris Elba
Scene yang tak boleh diterima akal bagi aku adalah, perjalanan mereka dari Bumi ke Marikh memakan masa selama 2tahun berapa-bulan berapa-hari berapa-jam, berapa-minit ntah ~ok, yang ni does make sense lagi sebab jarak antara kedua-dua planet 2 memang tersangat-sangatlah jauh.

Tapi yang jadi tak masuk akalnya adalah bila, krew2 kapal angkasa Prometheus 2 yang di'tidur'kan dalam tiub balang-yang-entah-apa-ke-namanya-dia-panggil-pon-aku-tak-ingat sepanjang tempoh 2tahun ++ tu.

Dah tu, sesampainya kat Marikh, bangun terus bole berjalan normal, macam tempoh 'tidur' selama 2 tahun tu lansung tak bagi apa-apa kesan pada badan melainkan hanya muntah-muntah. Tu pun pada individu2 tertentu ja.. hesh..ntah apa kejadahnya la scene ni..sedangkan orang koma setahun dua pon kena jalani kemoterapi dulu untuk regangkan balik tulang-tulang yang dah lama tak guna..

Aku bagi 3 bintang jelah untuk movie ni sebab dia dah buat aku penat sangat untuk berfikir..hehehe.

p/s : Boleh la korang pi tengok movie ni kalo ada yang rasa dia belom guna otaknya dengan semaksimum mungkin lagi harini..ngeh3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?