SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Selasa, 28 Ogos 2012

Untuk kita ~ bila langit tak selalu cerah



Langit tak selalu cerah. Kadang-kadang turun hujan.

Begitu juga dengan hidup, takkan selalu indah. Akan ada ujian. Ada dugaan.

Kalau kita bernasib baik, selalu kita dapat tengok pelangi indah lepas hujan kan?

Macam tu jugak hidup.

Sebalik ujian dan dugaan, terserak hikmah yang tersembunyi. Tak tercapai dek akal jika belum waktunya untuk kita betul-betul faham semua yang terjadi.

Tapi tersimpan satu kemanisan dan kebahagiaan bila kita dah berjaya harungi semua cabaran tersebut.

Sabar.

Redha.

Ikhlas.
*****

Entry ini untuk mereka yang merasakan perjalanan hidup ini sukar dan berliku. Untuk yang bersedih. Untuk yang hampir berputus asa. Untuk jiwa yang merasakan tidak tertanggung oleh ujian dan dugaan. Untuk kau. Untuk aku. Untuk kita semua, hamba ALLAH yang lemah dan khilaf.
*****

Setiap orang pasti pernah melalui saat sukar dalam hidup masing2.

Saat tak tertanggung rasa, bebanan yang memberat di dada, pasti tangisan yang menjadi peneman. Cuba mengubati hati sendiri dengan melepaskan apa yang terbuku melalui airmata.

Menangislah.

Tapi, menangislah hanya padaNYA. Kerana hanya DIA yang lebih memahami dan tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Ada hikmah untuk setiap apa yang DIA kehendaki berlaku kepada kita. DIA tidak akan sekali-kali berikan kita dugaan yang tak termampu ditanggung oleh kita.

Kita merasakan setiap kesusahan yang kita alami itu adalah ujian & dugaan. Sampaikan kita selalu bersedih dan merintih. Tapi, ingatlah juga bahawa setiap kesenangan dan kegembiraan yang melingkari juga boleh jadi merupakan ujian & dugaanNYA.

DIA turunkan dugaan pada kita, hambaNYA dengan pelbagai cara. Maing-masing bersama hikmah yang tersembunyi.  Terpulang pada kita bagaimana untuk menanganinya.

Yang pasti, ada jalan penyelesaian untuk semua rusuhan yang melanda hati & jiwa. Carilah jalan yang sebaik-baik jalan untuk diikuti.

Jangan sesekali berputus ada dengan hidup. Bersyukurlah untuk setiap nafas yang masih ada. Untuk setiap pengalaman yang berharga walau sesukar manapun yang harus kita tempuhi.

Setiap yang berjaya, ada ketika dulunya mereka sudah puas tersadung dan tersungkur.

Setiap yang merdeka, dulunya pasti pernah dijajah.

Setiap yang ikhlas dan redha, suatu ketika sudah jerih merintih dan kecewa. Pasrah.

Dan, setiap yang gembira hari ini, pasti ada cerita sedihnya yang tersendiri pada masa lalu.

Namun..

Jika tanpa dugaan kegagalan masa lalu, adakah kita akan benar-benar menghargai kejayaan hari ini?

Jika kita tidak pernah merasakan penjajahan, sejauh mana erti merdeka yang kita laungkan hari ini?

Jika sedih dan kecewa tidak pernah singgah, bersarang dan membaluti jiwa dan minda, mampukah kita untuk redha dan seikhlas saat ini?

Dan jika kita lansung tidak faham ertinya kesedihan, adakah kita tahu bagaimana caranya untuk menikmati kegembiraan yang muncul?

Aku percaya yang setiap kesukaran dan kepayahan kita pada satu-satu ketika, ia adalah kerana DIA sedang merencana dan mempersiapkan diri kita dengan sesuatu yang lebih baik pada masa depan yang mendatang.

Ya, ke arah sesuatu yang lebih baik. Malahan yang TERBAIK.

Jadi, apa sekalipun dugaanmu..BERSABARLAH.

Jadilah insan yang paling gembira pada setiap saat. Kerana setiap berat bebanan yang ditanggung itu adalah bukti kasihNYA pada kita.

Persiapkanlah diri untuk menghadapi setiap dugaan dengan sabar dan ikhlas.

Yakin.

Pahit akan manis juga pada akhirnya.

InsyaALLAH. Ada jalannya untuk kita.

AMIN.


p/s : Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Al-Fatihah buat arwah Wan. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

1 ulasan:

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?