SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Selasa, 25 September 2012

Selfish..? Don't ever.

Aku macam ensaiklopedia?? Bole cari apa saja cerita? Well..thanks friends...hehe..

Bukan niat nak riak..sebab aku tau, memandangkan aku ni jenis bored type person, tak pandai bercerita, tak ada cerita menarik dalam hidup, so yeap..memang aku suka bercerita semula tentang apa yang aku baca. Kat internet ke, buku ke, newspaper ke, petak ke..anything lah senang cerita. Itu ja modal yang ada dan tidak berbayar..hehe.

* Amaran : entry panjang berjela-jela-jela-jela. Kalau malas, jangan baca. Heheheh.

*****

Kali ni pon nak share satu cerita yang aku pernah baca dari satu buku terbitan Malaysia.. Ceritanya macam ni.

Ada sebuah family kaya (ibu, bapa dan seorang anak perempuan) sedang bercuti di sebuah hotel mahal dan terkemuka.

Pada satu senja nan merah (intro nak drama saja..heheh), si suami sedang santai berehat di balkoni suite bilik mereka di tingkat 10 bersama si isteri. Si anak sedang tidur kerana keletihan berjalan-jalan seharian. Dari balkoni tu kira boleh la nampak swimming pool kat bawah dan orang-orang di sekitarnya, walaupun tak dapat nak melihat wajah dengan jelas (sebab bilik dorang tingkat 10 kan). Dari situ, memang dapat dilihat setiap orang yang sedang mandi-manda, berenang, main air dan ntah hapa sajalah yang dorang suka nak buat kat swimming pool tu. Itu pun, kalau ada orang la..kalau takda orang yang pegi situ, duduk depan swimming pool pun x nampak jugak kan..?hii..okey, stop merepek.

Kebetulan, petang tu tak ramai pun yang mandi kat swimming pool tu. Si suami terus lepak2 santai dengan isterinya sebelum tiba-tiba si isteri dengan cemas menjerit...

'Bang..bang..ada budak lemas bang kat bawah tu bang..lekas bang'

Si bapa tadi pandang ke bawah. Untuk seketika dia menoleh kepada isterinya dengan muka selamba lalu berkata..

'Biarkan jelah..kita kat atas ni, karang-karang ada la tu staf ke sesapa ke yang kawa bawah tu pegi tolong budak tu. Lagipin, budak tu bukannya anak kita pun..'

Si bapa enggan menolong seorang budak yang tengah terkapa-kapai kelemasan dalam swimming pool hotel tadi. Puas si isteri mendesak, tapi si suami tetap bermalas-malas enggan membantu budak yang lemas tadi.

Akhirnya si isteri diam. Mengalah. Dia sendiri nak turun membantu pun tak dapat jugak sebab dia sendiri pun tak pandai berenang. Yang dapat, cuma mengharapkan si suami. Tapi si suami plak? Hampeh. Tak bertimbangrasa dan enggan menghulurkan bantuan.

Selepas beberapa ketika, telefon hotel berdering. Dah tentu-tentu la panggilan tu dari pihak hotel.

Si suami yang kebetulan nak ke toilet terus menjawab panggilan tu. Beberapa saat kemudian si suami masih terdiam sebelum terduduk meraung di tepi meja.

Si isteri yang terkejut dengan raung tangisan si suami bergegas dari balkoni mendapatkan si suami. Si isteri yang masih terpinga-pinga kebingungan dipeluk erat oleh si suami.

'Anak kita yang..'

'Anak kitakan tiii..mana anak kita bang? Kenapa dengan anak kita?' 

Si isteri pula mula tidak keruan saat dia menyedari anaknya tiada di katil, tidur seperti yang mereka sangkakan tadi.

'Yang lemas tadi tu anak kita..' 

Ni semua salah abang..tadi kan saya suruh abang selamatkan budak yang lemas tu..?!'

Si isteri mula menengking dan meracau. Masih tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya. Manakala si suami terus meratap.


p/s : Nak menyesal sekarang pun dah tak berguna. Dah terlewat. Nak undur masa adalah sesuatu yang mustahil. Kalau budak tadi bukan anak pasangan suami isteri tu pun, adakah menjadi satu kesalahan kalau kita tunjukkan sedikit belas kasihan pada mereka yang memerlukan pertolongan??


*****

Ni ada lagi satu kisah yang seakan-akan sama dengan kisah di atas (kisah benar - diceritakan oleh seorang sahabat).

Ada sepasang suami isteri. Isteri mengidap satu penyakit kronik dan sudah di tahap akhir dan memerlukan pembedahan segera untuk menyelamatkannya. Namun mereka suami isteri masih belum menerima penderma organ yang bersesuaian.

Nasib mereka baik, kerana pada saat-saat akhir si suami menerima panggilan daripada hospital yang memaklumkan bahawa ada penderma organ yang sudi menderma dan akan melakukan pembedahan segera dan memerlukan kebenaran dari saudara rapat. Si suami berasa gembira dan mula nampak sinar harapan untuk masa depan mereka yang lebih baik.

Dengan rasa gembira dan eksaited yang amat, si suami terus memecut keretanya menuju ke hospital. Memang langgar had laju ditetapkan la si suami ni bawak kereta. Kalau ada speed trap konfim kena saman!

Dalam masa yang sama, ada la lagi satu makhluk Allah yang bawak kereta sama pelesit macam si suami tu jugak.. Laju kemain. Kalut benar nak drift ke mana pun entah la..hanya si polan dan Allah SWT ja yang mengetahui. Siap cucuk-cucuk kereta si suami tadi tu, cuba memotong.

Tapi, dah namanya manusia, memang lumrah la, pantang betul dengan situasi macam ni, terus bajet Michael Schumacher, tambah tekanan pada pedal minyak. Si suami tadi enggan bagi peluang kereta si polan tadi untuk memotong kerana merasakan dia ada urusan yang lebih mustahak. Nak cepat-cepat sampai ke hospital untuk pembedahan isterinya.

Tiba-tiba, tanpa disangka-sangka, kereta si polan yang kat belakang tadi mengalami kemalangan yang dahsyat. Si suami hanya memandang ke cermin pandang belakang, tiada masa untun berhenti mahupun menolong. Dia harus segera ke hospital.

Sesampainya di hospital, jururawat bertugas menyatakan yang isterinya berada dalam keadaan yang kritikal. Namun pembedahan tidak dapat dijalankan segera kerana satu-satunya doktor pakar yang akan menjalankan pembedahan ke atas si isteri terlibat dalam satu kemalangan maut semasa dlam perjalanan ke hospital.

Rupa-rupanya, si polan yang bawak keta laju, sambil cucuk-cucuk kereta si suami cuba nak memotong tu adalah doktor pakar yang bertanggungjawab untuk lakukan pembedahan tu.

Kerana tiada rasa timbang rasa dari si suami tadi yang enggan bagi jalan pada doktor tadi telah menyebabkan pembedahan tidak dapat dilakukan. Nyawa doktor tu melayang sebab eksiden dan isterinya pun akhirnya meninggal, tak dapat diselamatkan.

Takdir.
*****

Moral of the story, tak ada yang rugi pun kalau kita bagi laluan (bukan laluan kat jalanraya saja tau, apa-apa saja laluan dalam hidup) pada orang lain. Kalaupun, kita ada urusan penting, semua orang pun macam tu. Kita bukannya tau, bila masanya urusan penting orang lain tu rupa-rupanya melibatkan diri kita juga.

Bagi peluang. Bertimbang rasa. Tolak ansur.

Yes, do take control of your life. Tapi jangan berlebih-lebih dan tidak kena pada tempat. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Kita tak boleh menjangkakan bila semua siat negatif kita tu akan merugikan diri kita. Kan??

*****

'Dan yang paling jauh itu adalah masa lalu..' ~ Imam Al-Ghazali.
Sekali terlepas, tak mungkin akan dapat di capai semula. malahan akan semakin jauh dari jangkauan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?