Assalamualaikum w.b.r.
Dalam kita sedar tak sedar, setiap masa, setiap hari, setiap detik, setiap saat usia kita makin menginjak.
Meningkat.
Dan semakin lama kita hidup, bermakna semakin hampirlah kita dengan penghujung perjalanan hidup kita di muka bumi ALLAH S.W.T. Cuma waktunya tak diketahui bila. Hanya DIA yang tahu setiap rencanaNYA untuk kita.
Bersyukur masih bernafas untuk hari ini. Juga untuk hari-hari yang lepas yang kadang-kadang terlupa, kadang-kadang angkuh untuk bersyukur. Untuk hari esok? InsyaALLAH jika masih dipanjangkan usia (dengan izinNYA).
Aku anggap pertambahan usia ini sebagai ingatan pada diri aku tentang pinjaman waktu dan tempat persinggahan yang telah DIA kurniakan (dan hanya menunggu sikit masa lagi akan tiba tarikh luputnya).
Semoga waktu-waktu hidup kita yang masih berbaki ini akan dapat dan akan kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya.
InsyaALLAH.
Terima kasih ALLAH.
Terima kasih untuk keluarga + kawan-kawan yang tak putus-putus ikhlas mengingati dan mendoakan kesejahteraan aku (melalui mesej, phone call, fesbuk and etc). Semoga kita semua dirahmatiNYA sentiasa. AMIN. Thanks juga pada yang bagi hadiah :) Semoga dimurahkan rezeki anda semua juga.
Akhir sekali, salam Aidiladha yang akan tiba hanya beberapa hari sahaja lagi. Bersama-samalah kita menghayati dan berjuang + berkorban untuk agama, bangsa dan negara. InsyaALLAH. AMIN. Mohon harapkan diampunkan segala salah silap aku yang mana ada. Aku juga maafkan semua yang pernah (sengaja atau tak) berbuat salah dengan aku.
Till then.
Bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?