SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Ahad, 30 Disember 2012

Tiga budak hitam ~ jangan pandang belakang

sambungan entry semalam.


....masa on the way balik rumah, aku sensorang, follow dua orang lagi kawan aku kat depan. Masa tu jam menunujukkan pukul 1040 malam. If I'm not mistaken lah..yang pasti waktu tu around 1030pm - 1100pm.

Masa belok kiri keluar dari kawasan butik, aku pandang cermin belakang. Takda motif. Saja. Dah habit suka tengok cermin pandang belakang..hahah.

Aku nampak tiga budak hitam kat tengah-tengah jalan sambil berpimpin tangan ~ tengah melintas jalanlah alasan yang paling logik yang otak aku dapat pikirkan (hitam tu sebab malam, jalan sunyi, jalan plak takda lampu, so tak nampak muka, yang nampak macam bayang-bayang ja..semua hitam).

Daripada size bebudak bertiga tu, aku rasa budak yang paling tinggi tu maybe 7-8 tahun, yang lagi dua orang tu maybe adik-adik dia, sebab size badan dorang lagi kecik dari yang paling tinggi tadi tu.

Sekurang-kurangnya, itulah hipotesis yang paling tepat hasil daripada observation aku selama beberapa saat mata melekat kat cermin pandang belakang ja..naseb baik kat depan jalan lurus ja..kalau tak memang menyimpang jugak aku jadinya. Al-maklum la aku ni tak multi-purpose sangat. Buat sesuatu nak kena fokus, kalau tak, memang kelaut. Confirm.

Selepas beberapa saat, aku pandang depan. konon-konon cuba nak fokus. Tapi mata terasa nak pandang belakang lagi.

Maka, sebab aku memang pesen yang ketegaq, walaupun akal dok pesan jangan pandang dah, tapi susah nak menolak permintaan hati yang kalut nak jugak pandang belakang.

Aku kerling cermin belakang. Lagi. tapi tiga budak hitam makin kabur. Dah makin tak nampak susuk tubuh dengan jelas. Senang cerita, sebenarnya memang dah tak kelihatan dah pun tiga budak hitam tadi.

Ok. Tenang Kit.  Fokus. Pandang jalan elok-elok. Terus balik rumah..okek?

*****

Sampai rumah, aku tanya dengan kawan aku yang sorang tu ada nampak tak tiga budak tengah melintas jalan tadi.

Dia cakap dia tak perasan. Hm, memang patut pun sebab kereta dia di depan. aku yang kat belakang. mana sempat dia nak kerlingnya. Aku terniat nak tanya dia pun sebab aku asyik dok terpikir-pikir apahal la bebudak kecik tiga orang kat tengah jalan sunyi yang jarang dilalui orang tengah-tengah malam.

Disuruh ke kedai ke? Mak ayah dia tak risau ke? Kalau kat kawasan yang depan sikit, boleh terima jugak sebab situ ramai orang sikit. tapi jalan ke butik kawan aku tu memang sunyi. Tak ramai orang lalu. Hatta penduduk setempat sekalipun.

Masa nak tidur semalam, aku terpikir lagi. Pastu terus teringat sesuatu. Kawasan butik kawan aku tu rasanya takda plak berdekatan sangat dengan kawasan perumahan. Yang ada pun agak jauh. Bila dipikirkan logik, mustahil rasanya mak ayah nak suruh anak-anak kecil dorang ke kedai yang terletak di kawasan gelap, sunyi dan jarang dilalui orang, berjalan kaki tengah-tengah malam. Hesh..minta simpang.
*****

Aku ni bila letih atau dalam keadaan yang tak disangka-sangka, memang selalu jugak la terasa ala-ala dejavu, halusinasi seakan nampak sesuatu. Tahap kebolehpercayaan? Entah. Susah nak jawab. Maybe 50% out of 100%. Sebab selalunya aku sendiri jadi tak pasti sama ada betol ke tidak dengan apa yang aku nampak atau dengar.


*ketegaq = degil.


p/s : Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..pheww.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?