Mesti ramai yang panik..kan?
Tadi berlaku beberapa siri gegaran di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang ekoran daripada kejadian gempa bumi kedua yang melanda Sumatera Utara. Opis aku pon bergegar gak sket. .ada la dalam 3 @4 kali..bergegar jugak la tombol pintu opis and paip air. Cadangan bos besar, turun bawah lepak kedai mamak dulu..GREAT..! ~ macam la aku ada kat opis time tuh.. (T_T)
Pic credit to google image. Bole baca lebih lanjut perihal gempa bumi Sumatera Utara kat sini. |
Kat Malaysia ni jarang sangat nak alami sendiri kejadian gempa bumi. Selalu terkena bias gegaran daripada gempa bumi-gempa bumi yang melanda jiran2 sekitar je..Kepulauan Indonesia la salah satu jiran yang paling glemer dan kerap dilanda gempa bumi.
Buktinya, di sesetengah kawasan berisiko tinggi, tak sempat nak pulih dari kerosakan akibat gempa, dah ada gempa susulan plak (ni salah satu sebab kenapa certain places kat sana susah nak membangun and dibangunkan - struktur geomorfologi memang tak boleh nak diabaikan la dalam kes ni), sampaikan pada waktu2 tertentu gempa berlaku hampir selang beberapa saat/minit sahaja. So, aku assume yang penduduk Indonesia takkan se'gelabah' rakyat Malaysia bila hadapi situasi macam ni (kecuali bagi kes2 gempa yang berskala tinggi - setakat 5@6 skala ritcher 2x de nyer dorang nak rasa gempa tu teruk sangat sebab dorang dah terbiasa alami gemba yang lebih dasyat dengan frekuensi yang tinggi - x caya ce baca berita, gempa tadi 2 diklasifikasikan sebagai BERMAGNITUD SEDERHANA je pon)..
Tapi ramai yang lupa or maybe tak tau bahawa Malaysia termasuk dalam lingkaran api pasifik yang memang berisiko dengan kejadian2 macam ni. Maksud aku,Malaysia memang terdedah dengan risiko berhadapan dengan kesan2 gempa yang dialami oleh negara lain.
Nampak tak kat mana kedudukan Malaysia dalam Lingkaran Api Pasific tuh? Pic credit 2 Google Image. |
Waktu2 kejadian macam ni ingatkan aku pada lecturer2 geo.fizikal aku..teringin nak masuk kuliah semula. Kalau still belajar lagi skang, mesti isu gegaran ni akan jadi study case dalam kelas kitorang untuk satu tempoh masa tertentu..kalau naseb baik bole buat fieldwork..best btol dapat kuar buat fieldwork..experience jumpa ngan pusher and drug addict pon time buat fieldwork..kadang2 rasa best jugak hidup berisiko (bole la buat master proposal untuk isu vulnerable society lepas neh ye cik keet b4 otak 2berkarat semula). Secara jujurnya, aku suka dengan apa yang aku belajar kat U dulu walaupon ia lansung x membantu aku untuk survived dalam alam pekerjaan (sekurang-kurangnya pada waktu ni). Aku suka main tanah + masuk hutan.. X payah tanya apa2 okek..sebab aku pon still can't figure it out. PELIK.
Kalau entry aku ni macam tak meyakinkan..korang bole la baca berita gempa tadi kat berita harian online je..
p/s : serius rasa macam tengah buat esemen bila taruk imej peta dalam blog.. (2 belom nak cerita pasal cause and effect kejadian lagi tuh) (T_T)
> menghayati + memahami alam sekitar sama la macam kita nak memahami manusia..cuma alam sekitar x kejam and xda niat jahat macam manusia..
> menghayati + memahami alam sekitar sama la macam kita nak memahami manusia..cuma alam sekitar x kejam and xda niat jahat macam manusia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?