SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Selasa, 22 November 2011

Sejauh-jauh mata memandang..

Aku takkan pertikaikan kenapa manusia selalu bersikap T.A.M.A.K. Sebab kadang2 aku sendiri pon termasuk dalam golongan tu ~ T.A.M.A.K.

Dah dapat sesuatu yang setara dengan taraf diri, tapi masih mahukan sesuatu yang lebih baik. Masih mahukan yang lain. Masih inginkan sesuatu lebih dari yang sepatutnya. Yeap..aku ada semua sifat2 tu ~ T.A.M.A.K.

Kadang2 disebabkan rasa T.A.M.A.K. tu jugak yang butakan mata dan hati untuk menilai baik buruk akan sesuatu. Juga kelamkan akal dan minda untuk buat keputusan yang betul. Juga menutup semua jalan-jalan rasional yang seharusnya didahulukan. Aku pernah berdepan situasi ni. Situasi yang mana rasa TAMAK 2 menguasai diri. Menguasai akal dan hati. Situasi yang menenggelamkan semua pertimbangan rasional. Situasi yang MUNGKIN dah mengenepikan hati dan perasaan orang lain disekeliling aku.

Cuma mungkin akal waras tak dapat menentukan rasional yang sebenar-benarnya pada setiap keputusan yang di ambil. MUNGKIN.

Maafkan bila aku tak sempurna..
maafkan bila hasratku terkeliru..
maafkan bila aku tersalah laku..
maafkan bila aku mengguris hati & perasaanmu..

maafkan bila aku tak pandai menilai..
maafkan bila aku tak bijak membuat keputusan..
maafkan bila aku sering tersalah tafsir..

maafkan bila aku masih terluka dengan perbuatanmu..
maafkan bila aku tetap juga teringat semua kata janjimu yang telah kau mungkiri
maafkan bila aku masih lagi berkecil hati dengan semuanya..
maafkan aku bila tetap tak dapat melupakan pedihnya rasa disakiti..

maafkan bila aku enggan menerima alasanmu..
maafkan bila amarah terkadang menguasai diri..
maafkan bila rasa terkilan kukuh terpahat di ingatan..
maafkan bila sedih yang hadir dalam setiap sesuatu yang mengingatkan aku pada kau & dia..

maafkan bila aku masih tertanya-tanya untuk kepastian yang tak wujud..
maafkan bila aku masih mencari jawapan pasti untuk sesuatu yang lansung tak pernah ada..
maafkan bila terkadang rasa benci itu tetap bertandang ke lubuk hati..
maafkan bila api dendam itu masih juga menyala & membakar jiwa..

maafkan bila aku meletakkan semua kesalahan padamu saat gugur airmataku..
maafkan bila retak hatiku enggan bercantum kembali..
maafkan bila belahan jiwaku rapuh & pecah menjadi keping-keping..
maafkan bila aku tak semulia yang lain..

maafkan bila aku enggan terus diperbodohkan..
maafkan bila aku x betah membiarkan hati lara menjadi hamba cinta yang kabur..
maafkan jika aku x sudi lagi menjeruk rasa yang lama terpendam..

maafkan bila aku masih mencari redha yang sepatutnya memandu arah jalan hidupku..
maafkan bila aku masih kelam dan kabur dengan takdir yang menimpa..
maafkan bila aku sukar menerima ketentuan-NYA..
maafkan bila aku adalah aku yang tak mungkin menjadi seperti yang kau harapkan..
maafkan bila aku tetap menjadi diriku - yang banyak khilaf dan kekurangan..

maafkan..
maafkan..

~ MAAFKAN BILA AKU MASIH TETAP JUGA BEGITU.. ~

p/s : Untuk itu, untuk semua rasa T.A.M.A.K atau apa saja yang telah membutakan mata, hati dan jiwa aku ~ maafkanlah aku..kerana aku tetap juga seorang hamba yang lemah jiwanya pada dugaan dan ujian-NYA.

> sedalam-dalam hati merasa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?