SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Jumaat, 4 Januari 2013

Lagi satu ~ Ramalanku benar belaka


Ha, nampak tak?

Tajuk tak nak kalah. Nak sebaris dengan tajuk lagu saja. Damn! Eh..apahal mencarut plak ni. Damn..eh, lagi... Ok2..aku bersopan lepas ni.

Straight to the point.

Petang kelmarin adik aku telefon cakap dia dah beli motor. Ok. So? Motif bagitau aku?

Aku nak sentuh motor pun jarang2. Al-maklumla bab nak menunggang motor aku memang failed. Jangan cakap nak suruh aku lak p amik motor tu. Memang tak la. Kucing bertanduk pun aku aci botak kepala aku takkan p amik. NEVER. I mean it!

Ok2.

Itu bukan point sebenar entry ini.

Here comes the main point of this entry.

Adik aku cakap mak aku dah pos surat untuk aku.

Surat?

Apa surat2? Pos amenda plak neh. Tiga hari lepas kan dah pos.

Yeah. My brain refuse to compute the data. MALAS. Sumpah.

'Surat apa?'

Adik aku dah gelak2. Sangat hampeh untuk seorang bakal lawyer ketawa mengejek sedemikian rupa..

'Surat saman.'

Hah..?  Again?

Adakah ini mimpi? Atau dejavu? Atau halusinasi? Atau..atau.. Wake me up! Wake me up! PLEASE!!!

Gosh... Bukan mimpi..bukan juga dejavu.. NO!..damn! Ah, sudah. Dah termencarut lagi..

Terus aku call mak kat kampung. Dan aku kena bebel lagi untuk ke sekian kalinya. Timbul lagi la isu 40km/j. Isu feberet mak aku ni. Hot issue kot.

Dan kali ni, makin keras hujah-hujah mak aku dengan main point nya yang satu itu. Makin sukar nak dipatahkan. Serangan dari pelbagai sudut.

Aku?

Redha jelah. Terima semua, biar apa jenis situasi sekalipun. Walaupun hari tu, pagi2 buta on the way ke opis dah kena bebel se-round, harini time petang tengah bizi-bizi kat opis kena bebel lagi.

Opismate yang 2,3 kerat tu pun tak habis-habis mem’bahan’kan aku. Ditambah lagi dengan senyum kambing yang cukup sinis bercampur-baur dengan ejekan dan sindiran. Ah, tipikal kan?

Ya.

Tiba-tiba aku rasa diri aku dah gaya pawang ja hematnya. Dalam sesaat saja, aku terus dapat baca hati mereka. Dapat tangkap apa kata hati diorang memasing. I can read them. Seriously.

Hah, jangan nak mebongak sangat dengan aku bila masuk bab-bab mengejek orang ni..sebabnya, aku sendiri pun miliki kehandalan mengejek tu. Bukan setakat handal, malah pakar lagi bertauliah okek..(pergh..sembang tak agak-agak. Lansung tak pandang kiri-kanan. Ce tengok sapa yang membongak skang ni..haha)

Tapi kan, berbalik pada cerita yang mulanya mengenai saman ni, aku rasa sempena tahun baru 2013 yang baru saja 4 hari menjengukkan diri ni aku dah dapat lagi satu hobi baru..iaitu hobi mengumpul saman.

Yeay..x lama lagi banyak la koleksi saman aku sebab aku ni fast-learner..haha..Sekali belajar, pastu praktikkan pastu terus terer. Which means, sekali dapat saman, maka akan berterusan la aku akan terima saman di atas kehandalan aku menekan pedal minyak tanpa kawalan. Wa caya sama lu la Kit..lu memang betol-betol anak murid Tuan Tanah..tabik spring beb! A big applause for me please.

Dan, disebabkan oleh alasan seperti yang termaktub di atas tadi jugak lah, makanya masa di akhir perbualan antara aku dengan mak aku, aku ada pesan dengan dia, untuk tunggu dan tengok-tengokkan kalaulah betol aku ni pemandu laju yang tegar dan berbakat, InsyaALLAH kot-kot lepas ni akan ada lagi dua surat susulan untuk saman seterusnya. Atau sekurang-kurangnya lagi satu surat. Hopefully takda la.

Haha..tegar betol kan aku nak pesan-pesan camtu dekat mak aku. Old-timer tu. Ish, damn, rasa meluat plak dengan penggunaan word TEGAR dalam entry ni dah apahal *tetiba. 

Konflik jiwa betol la aku ni.

Tapi saman yang kedua ni memang instinct aku ada mengatakan yang aku memang akan terima lagi surat seumpama yang pertama dulu.

And, memang betol pun. Ramalanku benar belaka.

Opismate pun tak habis-habis dok bagi ayat igauan ngeri kat aku pasal saman nih. Stress aku.
Apa pun, tahniah pada diri sendiri untuk pencapaian di awal-awal tahun yang sangat mem’bangga’kan ni. Dah mencapai KPI dah ni..hahah.

Aku tutup buku 2012 dengan saman kesalahan trafik. Buka buku baru tahun 2013 pun dengan saman kesalahan trafik jugak.

Damn.

*Terer : cekap
* kot-kot : mungkin


p/s : semoga korang tak macam aku.

2 ulasan:

  1. kite selame ni rekod brsih dr saman. tp balik cuti sem aritu, boleh pulak smpai surat saman kat umah. aduhhh mmg kne bebel ngan abah. nsb baik dia yg bayar. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..untung la abah bayarkan..tp saman skang ni senang sangat kena sebab AES tu la..kalo x, xda la banyak sgt saman yang dikeluarkan..

      Padam

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?