SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Khamis, 14 Mac 2013

Seekor semut, sejenis kelupaan dan sebuah kealpaan.

Manusia ni memang cepat lupa.

Betul. Akulah di antara manusia yang termasuk dalam golongan cepat lupa ni.

Pernah dengar tak orang selalu cakap kalau kita terminum air yang dimasuki semut, nanti kita akan jadi pelupa selama 44 hari?

Fakta ke auta?

Semut ke punca semua kelupaan manusia ni? Ok, find out sendiri jawapan dia sebab aku pun dalam kemusykilan lagi..(ataupun aku dah pernah tau jawapannya apa, tapi lupa lagi dan tak inga-ingat dah sampai sekarang).

Tapi pernah jugak aku rasa aku ni dah banyak terminum jus semut. Selalu sangat jadi manusia pelupa.

Yang paling teruk adalah aku selalu lupa semua yang aku ada sekarang ni cuma pinjaman.

Disebabkan tahap kelupaan kronik aku tu la yang selalu buatkan aku sentap sendiri bila owner yang bagi pinjaman kat aku dulu mula ambil balik kepunyaan dia pada aku sebelum ni..

Benda pinjam pun, kalau dah lama bersama dengan kita dan dah sebati dengan jiwa raga, bila diambil balik oleh tuan punya, tetap menimbulkan kesedihan. Tapi, sendiri mau ingat la kan.

Macam kebelakangan ni la..bila berada dalam situasi mengalami kehilangan ni, memang sedih. Rasa macam nak ja mintak lanjut tempoh, or renew pinjaman tu untuk satu tempoh yang lebih panjang..em, maybe sampai bila-bila? Tapi mustahil lah aku dapat buat macam tu..aku tak ada sebarang kesaktian untuk menghalang apa yang dah tertulis akan terjadi.

Pinjaman yang dituntut semula tu pulak bukannya macam loan bank, barang-barang atau pun harta benda. Memang takda ganti dan tak mungkin boleh dapat extention extra time.

T-T

'Kebencian orang jangan dibuat, kesukaan orang jangan diambil'.

~ cuma yang menjadi masalah bila kadang-kadang yang menjadi kesukaan kita tu bukanlah kepunyaan mahupun hak mutlak kita.

'Try to love what you have, don't try to have what you love'

Bila sesuatu yang kita suka gagal kita jadikan hak milik, mungkin sepatutnya lebih elok bila kita fikirkan ada sebab yang lebih baik kenapa ia tak jadi hak kita berbanding kenapa ia tak boleh jadi hak kita..kan?

Kelupaan itulah pendorong kepada kelapaan. Dah lupa satu hal, sibuk bersedih, lansung tak sedar dan lupa terus pada kesusahan dan kesedihan orang sekeliling yang disebabkan oleh kita. Arghh, lupa lagi.. Itulah kan..kita ni hidup bermasyarakat, jangan leka dalam dunia sendiri ja..

p/s : dah apasal la aku ni asyik dok post entry emo pasrah ja sekarang neh..parah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?