SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Selasa, 25 Jun 2013

Mata Duitan

Sebenarnya aku ni tipikal wanita yang boros dan suka membeli-belah. Cumanya aku bukanlah dilahirkan dalam situasi yang membolehkan aku untuk bershopping hari-hari..ya..ya..aku tau setakat mana kemampuan aku.

-_-'

Bak ayat feberet kakak aku : 'Hang ni time takdak duit pon boleh pi bershopping lagi..'

Ha..see? Boleh bayangkan tak camana aku kalau sentiasa ada duit untuk bershopping?hahahah.. Kepada bakal banker aku nanti, Never imagine about it..I bet you won't like it. SUMPAH.!!

Hesh..dah kenapa introduction entry dok cerita pasal keburukan diri nih Kit ooii..?! -..-

Tapi...

Ha, nampak tu?ada 'tapi'-nya ok. (Readers semua harus tau yang word 'tapi' dalam entry aku ni selalunya adalah pembuka kata untuk ayat nak bela diri sendiri..hahaha)

Tapi, aku ada hobi yang bagus jugak berkaitan dengan duit ni. Aku pengumpul tegar duit-duit lama dan duit dengan no.siri yang cun. No.siri yang tak cun, aku tak simpan.haha. Duit yang semua orang dok kumpul tu bukan untuk hobi, yang tu namanya saving. Untuk masa depan. Kan? Saving ni semua orang pun buat..KOT. aku ja spesies yang jarang-jarang nak saving..hehehee.

Dah jadi habit plak bila dapat duit aku wajib belek-belek no.siri duit tu..takot ter-miss duit dengan no.siri yang cantik then terguna buat beli barang ke jajan ke..kan dah satu kerugian tu bagi aku..huhu. But some peoples found that hobi aku ni pelik. Pelik?ish..salah seorangnya mak aku.

Selalu bila balik kampung, ayah aku akan bagi aku duit kertas RM2 yang lama tu kat aku semua bergantung pada berapa banyak yang ayah aku ada waktu tu sebab dia tau aku memang simpan..Nasib badan jugak la kalau dapat note-note yang lain jugak..hihihi... :) So, satu sokongan dari ayah aku untuk hobi aku ni..lalalala

RM2 ni la..hihi (sumber)
Lepas tu bila mak aku nampak, dia konfim akan sound aku dengan ayat-ayat yang lebih kurang camni bunyinya...

'Duit yang ayah hang dok bagi tu guna jela..dok simpan masuk album buat apanya..' -.- lol

Dan ini pulak satu tentangan dari mak aku dengan hobi aku yang satu tu..huhu. Tapi, sebab aku ni degil budaknya, aku kumpul jugak..buat-buat macam orang hilang telinga masa mak aku mebebel suruh aku spend ja semua duit-duit yang aku kumpul dalam album tu..ngeh..ngeh..ngeh..

Ha, siap masuk album okek..jangan gelak..hep!..hep..! ("-)

Masa study dulu, sorang kawan aku pernah cakap kat aku cenggini bila dia tengok hobi aku kumpul duit lama + duit no.siri cantik dalam album..

'Nanti kalau nak p shopping, kitorang curi album ko jelah bawak p Midvalley ea Kit?ko jangan terkejut plak kalau album tu hilang..hahahaha...'

Err..apa dia? Tak dengar. Hello, penat mak kumpul ok..aku tau dorang gurau. tapi kalau hilang betol, memang aku cari dorang. KONFIM. Muehehehehe.

Dulu aku pernah tengok duit kertas RM1000 yang versi lama. Kepunyaan abang kepada abang ipar aku. Menggugat keimanan betol. Puas jugak la tahan hati..macam rasa nak rompak ja dia time tu..SERIOUSLY. Dia lagi pengumpul tegar dari aku. Dia siap beli dari bank lagi everytime bank ada keluar koleksi baru or duit special edition untuk collector. Aku simpan apa yang hado ja, tak daya aku sampai nak beli-beli kat bank, huh..maybe sikit masa lagi kot..huhu.

Duit edisi ni la abang kepada abang ipar aku punya yang RM1000. Aku punya macam pic ni ja RM1. Jeles ok.! (sumber)
Biasanya aku akan simpan serba satu bagi setiap jenis duit syiling dan kertas untuk kenangan masa depan bila duit-duit tu dah ditukarkan dengan design yang baru. Design yang sama tapi gabenor yang berlainan pun aku akan simpan at least satu keping bagi setiap note-note yang berlainan. Boleh la update diri sendiri jugak sapa the latest Malaysian Gabenor kan.. Old skull tapi tinggi nilai sentimental value bg diri aku. Tak pernah pulak aku niat nak simpan duit-duit tu untuk dijual semula sebab rasa sayang la nak jual. Estetika ok.

Sekarang ni dok mencari-cari jugak duit kertas lama RM20. Lansung takda lagi dalam simpanan aku. Banyak jenis lagi yang takda sebenarnya. Hope ada la chance untuk memiliki satu nanti. InsyaALLAH
And..yes..yes..yes..aku mata duitan $_$. NO DOUBT. NO OBJECTION. $_$ Hahahahahaha $_$ (er..er..dah kuar gelak setan)

Ni hasil pertama aku untuk tempahan kek batik. Ada sentimental value nih. Terharu. So, harus masukkan duit ni dalam album jugak.. sobs..sobs T_T

Keet's kek batik...bhahahaha...err, sapa dulu tu yang dok compare aku dengan alien planet mana ntah yg kononya pandai masak sangat tu? Mana..mana? Gua pun reti masak ok..cuma malas ja..huh.!
Al-kisah jual kek batik tu sebab ada request order dari husband kawan. Aku tak buat bisnes kek batik pun. Saja suka-suka ja. Buat bila ada orang order, sesaja memang aku tak buat la. Dasar pemalas kan.

Tapi, duit bukan satu-satunya benda yang aku kumpul. Mama J pernah cakap dengan aku yang dia taktau nak cakap apa hobi dia sebab she don't have one. Lain pulak dengan aku. Aku ni terlalu banyak hobi..ok, fine..she got the point. Banyak hobi bukan perkara buruk kan..yang jadi buruk bila ada hobi yang menyusahkan diri..weehehehe.

My another most excited hobby adalah, aku suka Mini Cooper and everythings about MC will turn me on. So, aku ada jugak kumpul Mini Cooper's collectible. Dari replika kereta tu sendiri, sampai la ke t-shirt, wallet, keychain..yeap, I mean EVERYTHING..haha fanatik.

Auumm..hehehe :P
Seronok kumpul MC ni sebab anak-anak sedara aku yang kecik-kecik tu pun suka. Anak sedara lelaki la. Yang pompuan bo-layan ja..haha. Tapi part tak best sebab nanti ada la yang nak berebut MC dengan aku. Si Izham tu dulu pernah sembunyikan Mini Cooper yang aku baru beli. Katanya nak tolong simpan. Ceh. Taktik semua tu. Akal budak 4 tahun, apa la sangat kan?

Walaupun aku alergik kaler pink, tapi harus ada jugak la semua kaler. Baru meriah.
Tapi, memang seronok betol terutama masa Izham kecik-kecik dulu, masa zaman-zaman dia tak reti pon lagi nak sebut Mini Cooper. So, Mini Cooper tu dia panggil 'ta-bin'  yang merujuk kepada kereta Mr.Bean..hahah. Sekarang ni dah bertambah geng kitorang lagi sorang, Irfan. Adik si Izham. This simply means that lagi tinggi la kebarangkalian aku nak hilang Mini Cooper aku yang lain-lain tu..penyimpan sukarela dah makin bertambah..Oh My Cooper..uhuks T_T

Tengok. Dah carried away sangat aku ni kalo cerita pasal duit-duit dan Mini Cooper, dua benda yang aku paling suka. Overwhelming. Excited. OVER - macam selalulah. Haha.

p/s :  Duit bukan segala-galanya, tapi segala-gala benda di dunia ni memerlukan duit. Setuju?

2 ulasan:

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?