Kat opis aku skang ramai btol yang tengah diserang demam kus-kus menda ntah..aku aritu pon dah agak2 nak demam jugak..tapi disebabkan hati kental + tegar, demam 2 dah lari jauh2 sket la dari aku..well thanks untuk hati aku yang dah berfungsi macam anti-virus neh..hahahaha :P
Bahaya gak demam neh. Berjangkit2 mengalahkan selsema. Simptom2 dia pon pelik2..pesakit pompuan ada yang macam angau..tak senang duduk and selalu gelisah, meracau2 menyebut nama ntah sesapa la..isk.
Yang lelaki plak, simptom dia cepat marah2 tak ketahuan, kuat jeles, bila bercakap, ayat yang kuar penuh dengan nada2 hasutan and hasad dengki je..setakat ni macam takda ubat kat mana spital and klinik. Tapi rasanya petang ni wabak penyakit demam yang pelik ni InsyaALLAH akan makin reda kot..tapi kena standby jugak kot2 kes ni jadik makin serius. Setakat kajian and pemerhatian aku yang rabon neh, punca penyakit neh satu ja..
Ha..jejeng..ce teka..hahaha..
Aku gitau jelah..
Ni ha punca dia >>> Seth Tan.
Apahal weh semua pakat dok gila Seth Tan? Seram jugak aku tengok..hish..
(selingan : Nah baca gosip sket pasal cite neh..hehehe. ~ hesh, aku pon dah mula bergosip plak dalam blog..adeih laa.. (aku macam sokong ja point2 surat bantahan 2..ada betol gak..tapi, geli ah perut aku baca surat 2..hahaha).
Korang rasa wujud betol ke hambaALLAH yang cenggitu sifat dia?yang sebijik setan Seth Tan? Mesti ada yang jawab 'YA'. Ok la..ya, MUNGKIN ada..tapi masok kategori 1 dalam sejuta kot..bertuah sangat sapa yang jumpa. kalau ada sesapa jumpa bole roger aku okek..aku nak tengok jugak..kot2 ada chance nak ngorat ala2 Yvonne punya style..hahaha..
Erm..aku rasa, secara logik akalnya,..kalau watak2 novel and drama ni, memang rekaan semata2 jelah oleh orang2 yang beranggapan 'setiap insan adalah sempuran tanpa sebarang cacat-cela'. padahal Sah2 takda satu makhluk pon yang sempurna..hampir sempurna pon susah nak dapat..Takpe2..aku bukan nak cerita pasal 'mencari kesempurnaan'. Aku cuma nak cakap aku tak cukup yakin je ada manusia yang macam tu.
*actually, aku sangat2 pelik kenapa watak Seth Tan merangkap hero Nora Elena yang pernah rogol orang 2 tetap diterima ramai..dah 2 siap jadik pojaan hati, pengarang jantung plak dah..ish..~ Ok, part ni aku memang x bole terima even aku dah try semat kuat2 ayat 'semua porang ada buat salah'. Finela..semua prang buat salah..tapi bukan semua orang boleh terima kesalahan yang dibuat 2.. ~ EMO plak
Bagi aku forgive and forget tu adalah 2 different things. Totally different. Orang selalu cakap, senang nak maafkan orang, tapi masuk bab naklupa ni..susah kan. Apa pon, terpulan pada pendapat and penerimaan masing2. Ni semua pandangan aku ja.
Ni contoh je okek..dari sudut pandangan aku. no hard feeling..jangan emo2 bila baca, walaupun bila aku menulis dengan penoh emo-nya..hihih.
Kalau sorang lelaki 2 romantik, mana kita tau sebalik romantik 2 ntah2 dia hot temper ke.. Kalau tak panas baran pon, belom tentu dia caring kan? Kalau caring, maybe dia kurang bertangungjawab dalam hal2 tertentu..kesimpulannya, tak sempurna la..
Semua orang ada cara tersendiri nak ekspresikan sesuatu pada orang lain. So, bagi aku 'Everybody's perfect with their own imperfect way..'
Kita tak tau semuanya..& kita tak perlu menjadi sempurna untuk kelihatan sempurna dimata orang lain.
Pesan aku..
'kamon la..be realistik la okek?sekali-sekala sebagai manusia normal nakberangan tuh, orait ja,,tapi bila dah bebetol terpengaruh ni..erm, paham2 sendiri la..memang cari penyakit jiwa je..'
Quote of The Day :
Loving is about seeing imperfect person perfectly.*jangan terlalu mencari kesempurnaan dalam diri orang lain sedangkan diri kita sendiri pon x kan pernah sempurna.
