SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Isnin, 8 November 2010

Pilihan?? Aku tak suka..!!

(Selingan jap..bole?? dah tak bole nak simpan dalam hati dah..nak jugak cakap kat orang..hehe)

Semalam kakak aku yang kat Sabah mesej untuk inform that esok (hari ni la) dah boleh buat semakan untuk Panggilan Ujian MTesT..pagi-pagi hari plak dah call mintak no.ic aku - nak tolong cek..haish..malu la kalo tak dapat panggilan untuk ujian tu kan?? 

Tp..naseb baik la..Thank God..Alhamdulillah sangat-sangat..permohonan aku berjaya dan dipanggil untuk ujian MTesT tuh..tengok lokasi ujian pun orait dah..kat Sekolah Alam Shah, Putrajaya tu..unfortunately, timing lak tak kena..bole plak tarik ujian MTesT tu sama dengan tarikh exam PTD aku?? Haish..camna nih? Memang aku tak berjodoh nak jadi cikgu ke hapa nih? huks..huks..(tu la..aritu kan drama sangat ngan mak cakap tak nak jadi cikgu dah..ni kan dah bebetol takde rezeki nak jadi cikgu..huhuhu..)

Skang dah tak tau nak pegi exam PTD ke nak pegi Ujian MTesT tu..dah call KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) dan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk bincang dan setelkan apa yang patot..pun tak dapat jalan penyelesaian jugak..aku memang tak boleh nak attend kedua-dua exam tu serentak..badan ada satu ja..takkan nak potong dua?? otak pun nak kena bahagi dua jugak camnih..!..huhu..

Part yang paling aku tak suka is..kedua-dua ujian ni tak boleh nak buat pindaaan tarikh dan masa hatta lokasi ujian sekalipun..sebab dorang (KPM dan SPA) cakap ujian tu dijalankan serentak di seluruh Malaysia..aku tau tu..tapi kenapa mesti nak adakan dua ujian (Actually aku dipahamkan oleh staf SPA ada 3 ujian besar pada tarikh 13 November tu - satu lagi aku tak tanya pulak ujian apa..kalo ada jugak manusia yang dapat ketiga-tiga ujian tu camana??hah..Sapa nak jawab nih??) yang besar camtu serentak pada tarikh dan masa yang sama?? kenapa?? kenapa?? aku tak paham..!! Somebody explain me plzz..!!

Mungkin diorang tak paham atau tak tahu atau buat-buat tak paham dan tak tahu yang pemilihan tarikh dorang tu dah mengecilkan peluang orang-orang macam aku..kalo aku pilih untuk attend salah satu ujian pun belum confirm lagi aku akan dapat keja tu..ye tak?? Sekurang-kurangnya dorang (aku maksudkan pihak yang bertanggungjawab akan hal ini) perlu adakan perbincangan sesama jabatan atau kementerian dorang supaya tak berlaku pertindihan tarikh ujian macam yang bakal berlaku pada 13 November 2010 nih..Peluang-peluang orang yang memohon kedua-dua jawatan tu pun takdelah akan tertutup kan..

Tak bole ke sesapa gantikan tempat aku untuk salah satu ujian tuh..??!! huk..huk..kenapa nasib mesti selalu macam ni..so sad lorr.. (T,T') Tak suka betol bila kena buat pilihan ni..sebab aku ni tamak jugak kadang-kadang..rasa macam nak je dua-dua tuh..sebab walaupon aku dah pilih dua-dua pon belom tentu lagi aku akan dapat kedua-duanya..nak dapat satu tu pun belum tentu lagi..huwarghh..!! Camana?? Camana?? Kang aku tak pilih mana-mana lansung jugak karang.

Kalo badan aku boleh dipotong-potong banyak bahagian, percayalah..dah lama aku akan buat macam tu..so that aku takkan miss mana-mana ujian pun.. Aku tau rezeki setiap orang tu memang dah ditetapkan Allah S.W.T..tapi Dia nak kita berusaha sebelum dia berikan kita sesuatu..ujian-ujian ni adalah salah satu usaha aku untuk tentukan rezeki maku pada masa hadapan..tapi ada halangan macam ni pulak..hu..Terpaksalah redho ja..tapi ikhlas ke aku nak redho je dengan hal ni sebab aku tau ada solution yang boleh diambil untuk elakkan perkara camni..Tapi..kuasa bukan ditangan aku.

Pihak berkaitan yang bertanggungjawab terhadap perkara ini..silalah amik perhatian serius akan hal ni..ok?? Hopefully..lepas ni korang akan fikirkan perkara ni sebagai satu perkara y ang perlu dititik-beratkan..supaya takde lagi orang lain yang perlu buat pilihan macam aku..terpaksa memilih salah satu perkara yang akan menentukan masa depan aku - dan at the same time terpaksa lepaskan peluang lain..disebabkan oleh pihak lain dan bukan dengan keinginan aku sendiri..!

p/s : kalaulah aku jadi bos kat SPA or KPM.konfim aku akan usulkan hal ni..supaya takde rezeki orang lain pulak yang akan tertutup disebabkan masalah kecil yang tak sepatutnya timbul ni..

Mode : Serabut + Jiwa Kacau.

2 ulasan:

  1. t mintak tolong JK eh..kuikui
    JK tya nk bg pe kalu die tolong???hee

    BalasPadam
  2. ckp JK..t kalu lps org blanja dia kepsi..hahaha..bole??

    BalasPadam

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?