SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Khamis, 4 November 2010

Bah..lagi.

Kedah bah teruk lagi tahun ni selepas tempoh 5 tahun (banjir teruk yang terakhir pada tahun 2005) ..bah??

Kalu dalam loghat Kedah, bah tu maknanya ialah banjir. Dan kali ni daerah aku (Kubang Pasu) pon kena jugak tempias banjir tu..agak teruk jugak banjir di daerah Kubang Pasu tu kali ni termasuklah pekan Changlun, mybe lebih teruk dari 5 tahun yang lepas..sampaikan adik aku tak dapat nak pegi sekolah untuk exam dan kawan-kawan aku yang kerja di kawasan sekitarnya pun tak dapat nak pegi bekerja jugak disebabkann oleh beberapa jalan utama yang ditutup kepada laluan orang ramai atas faktor-faktor keselamatan.

Dan disebabkan banjir teruk tu jugak, dengarnya Majlis Konvokesyen UUM ke-23 Sidang Kedua ditangguhkan.

BANJIR TERBURUK SEJAK TAHUN 2005 DI KEDAH, PERLIS

Gambar-gambar banjir di Changlun bagi tahun sehingga 02 November 2010 (foto : credit to daddy Zilhan)

Kat sini la tempat aku tunggu bas bila nak balik kolej masa study kat KL dulu..Skang pon still tunggu bas kat sini lagi..hmm..

Larr..kat jejantas jalan nak ke sekolah lama aku pon bah teruk jugak..patot r adik aku tak pegi sekolah..
Pagi 02 November aku cuba telefon mak aku kat kampung..tapi banyak kali aku try telefon..lansung tak dapat..tak tau lah samada takde connectivity ke or masalah-masalah len (kot-kot takde bateri ke..sebab mak aku selalu buat dek je ngan henpon dia tu..hmm). Nak tepon adik-adik aku, hari tu hari Isnin..comfirm-confirm lah dorang p sekolah kan?

Hm..tapi pikir punya pikir..at last aku try tepon jugak henpon adik lelaki aku..pon tak dapat jugak..haish..awat nih??risau gak..aku try lagi..tak dapat-dapat jugak..pastu baru terpikir nak tepon no.celcom dia..ni yang aku malas nih bila dorang pakai banyak sangat nombor tepon..nak kontek mana satu pon susah..yang tu tak dapat..yang ni tak dapat..ni yang mula nak hangin ni..!!esh..tapi..baru tengah nak marah-marah dorang dalam ati, seb baik dapat pulak panggilan kali ni...hehe..

Adik aku yang jawab call tu..(for sure la adik aku..tu kan tepon dia..hehe). Naseb baik dia tak pi sekolah..so dapat la aku cakap ngan mak aku, tanya khabar..rupa-rupanya yang aku sibuk dot tepon mak aku tak dapat-dapa tu bukan sebab takde line or bateri flat..tapi adik bongsu aku tu yang buat hampeh..dia guna tepon mak aku..tah, apa kena lagi la dengan  tepon dia neh..hesh ("-). Tapi..apa-apa jelah kan..as long as aku still dapat tepon mak aku kira orait la..takde la terputus hubungan terus..

Mak cakap kampung aku tak naik air..Alhamdulillah la..setakat hari ni, every time banjir kat Kedah, kawasan kampung aku tu memang tak pernah lagi naik airi, sebab kedudukannya di kawasan tanah tinggi..strategik jugak la lokasi kampung aku tu..hehe. Kalu umah aku pon naik air jugak, haru-biru jugak..umah atas tanah ja..mau habes satu umah tu masuk air..kalu rumah dulu okay lagi sebab ada tiang..

Harap-harap banjir kali ni cepat-cepat surut..so adik aku dapat pegi sekolah dengan selamat..ayah aku dapat menjual macam biasa..dan aktiviti harian mak aku tak tergendala..kebun aku kat kampung tu pun boleh la orang pegi kerja cam biasa..semoga semuanya selamat tanpa sebarang kejadian buruk lagi sepanjang tempoh banjir tahun ni..Amiinn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?