Ellow...he..i'm back..wahh..rasa cam dah sangat lama ja aku tinggalkan opis nih..tapi pelik ah..napa cuti rasa kejap je..patotnya cuti dua minggu kan??hehe..ada banyak cerita sepanjang cuti seminggu ni..tak campur dengan hari ni punya cerita lagi tu..sampaikan aku dah tak tau nak tulis yang mana dulu sebab semua cerita tu dah bercampur-aduk dalam kepala hotak aku nih..so, aku mix-kan jelah semua cerita tu ok..baru la banyak perasa sket..baru la bervariasi, then barulah 1Malaysia..kan??..heh3.
'Dah seminggu tak masok opis..arini start bekerja semula macam selalu..huwargh..x besh..huks3 (T,T).
Nak balik umah tido bole?'
Cuti @ Penang + kampung (Kedah) :
Tempoh seminggu tak bekerja aritu aku sempat ke rumaha kakak aku di Penang dan balik kampung kejap di Kedah, tapi balek kampung for a few days je (TAK CUKUP..ok!?)..hu. Apapun, sangat seronok being there walaupun sekejap ja. Otak pun dah relax sket rasa (for now la kan..pasnih aku tak sure la..ngeh..ngeh..ngeh).
Tapi tahun ni aku tak sempat pun nak pegi Pesta Penang sebab aku stay kat Penang dua hari ja..so, sempat main-main ngan anak sedara + lepak-lepak + sembang-sembang ngan kakak ja. Dapat jugak la aku release tensen ngan dorang. Al-maklumlah aku ni kan selalu sangat tensen + berangin satu badan. Sempat la buang kejap angin kus-kus aku tuh..heh3.
Kat kampung pon aku tak sempat nak jenjalan sangat. Memerap ja kat umah. kakak aku ajak keluar pun malas ja nak mengikut..hm..Cuaca pulak tak berapa best..asyik hujan ja. Tapi aku orait ja walaupun dok kat umah ja as long as aku dapat balek kampung..(",). Kebetulan kakak aku yang sulung pon balik kampung (sebab husband dia kena pi operasi kat Gubir). Kebetulan pulak budak-budak ngah cuti sekolah kan sekarang ni, so dapat main ngan anak sedara lagi la..dah lama jugak aku tak gaduh ngan Izham and Irfan sejak kali terakhir aku pi Penang 6 bulan lepas..(banyak sangat pulak 'kebetulan' kan? hehe..)
Bestnya cuti kali ni sebab aku boleh lupakan kejap masalah-masalah aku kat sini..maunya tak lupa, aku nak pikir pun lansung tak sempat sebab buat benda lain..hehehe..so, takdela emosi terganggu sangat kan even masalah-masalah aku tu tak setel-setel pon lagi. Barulah terasa nikmat dapat hidup tanpa perlu nak pikir semua hal yang menyakitkan hati dan kepala+otak..kan?
Ok..tutup cerita pasal kampung la..kang teringat-ingat nak balik lagi pulak aku ni..hesh..
Al-Fatihah untuk Allahyarham suami...
Tadi aku sempat kol akak aku kejap..niat sebenar nak pesan suruh dia bawakan baju aku yang kat kampung tu..tanya-tanya khabar dia kat mana sebab aku terdengar suara orang ramai-ramai ja dari corong tepon aku nih..then akak aku cakap dia kat kubur. 'Erk..pardon me..kat mana again?? Kubor? Sapa meninggal?'
Dup..dup..dup..
Rasa cam jantung aku tengah masuk lari pecut peringkat olimpik plak..kira konfim menang la kalu jantung aku yang lawan lari dalam olimpik tu (kalu aku yang lari, konfim kalah la.hehe)..eh, merepek..sambung cerita.
"Sapa meninggal?.."
"Laki Pini (kawan kak aku).. "
"Owhhhh....Innalillah hi wa inna ilaihi rajiun.." Panjang pulak 'owh' aku kali ni.
Lega sket rasa sebab jawapan tu bukan dalam senarai yang boleh memeranjatkan aku..tapi aku still bersimpati pada kawan kak aku, Shafini atas pemergian suami dia dalam tempoh perkahwinan dorang yang belum sampai setahun pun..hm, kalau tak salah aku, baru 9 bulan ja.. Lagi kesian sebab sekarang dia tengah pregnant pulak..sedihnya ditinggalkan dalam keadaan dia sekarang ni. Besar la tanggungjawab dia lepas ni sebab terpaksan jadi ibu dan bapa kepada anak yang bakal lahir beberapa bulan dari sekarang..isk..tak dapat nak membayangkan kalau aku yang berada di tempat dia..Nauzubillah.
Semoga dia terima ketentuan ni dengan redha..dan cekal menghadapi semuanya.
Hati bukan kebal..tapi kental.
Aku tau hati perempuan ni bukan kebal..tapi, InsyaAllah, hati tu boleh jadi kental dan tahan menerima apa juga cabaran dan dugaan. Harap-harap hati Pinie pon kental jugak..
Dan, hati aku jugak harap-harap makin kental untuk hadapi semua kemungkinan dalam hidup ni..Amiinn.
Aku cakap aku tak terkejut tu bukan sebab aku tak prihatin..ok?Walaupun tak terkejut, aku tetap jugak rasa tak sangka dan macam separuh percaya ja.
Tapi sebab aku memang sedia maklum yang suami dia dah seminggu dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebab berlaku jangkitan kuman dalam badan dan kak aku cakap jangkitan kuman tu dah merebak sampai ke otak dah pun..so, memang dah tahap yang serius...dan masing-masing dah menjangkakan yang dia berkemungkinan besar akan meninggal cuma tak tau bila ja..so, kira dah mentally prepared jugak la..
Lagipun, aku memang kenal dengan dia dari kecik lagi. Sekampung pulak tu.. Sampai tengahari ni saja dah tiga orang kakak aku yang asyik inform pada aku pasal berita kematian suami dia. Takkan la aku nak cakap yang aku tak rasa apa-apa kan walaupun aku bukanlah rapat sangat dengan dia..
Untuk Pinie..sekalung takziah atas pulangnya insan kesayangan dia ke Rahmatullah... Semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian Allah S.W.T.
p/s : Semua orang akan kembali ke sisi-NYA juga satu masa nanti yang telah ditetapkan..bezanya antara semua orang cuma ruang dan masa bila kita akan dijemput.. Teringat kata-kata yang selalu aku dengar..mengingati mati adalah wajib..dan mati itu sendiri adalah sesuatu yang PASTI..walaupun masa dan tempatnya masih lagi samar.
Al-Fatihah untuk arwah..semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amiin.
Back to opis :
Rutin kebiasaan aku bila masok opis, cek email kot-kot ada emel penting, panggilan interview ke (hopefully), then buka web cari kerja nak semak kot-kot dia ada keluarkan iklan jawatan kosong terbaru (ha, aktiviti ni memang aku tak pernah miss - mesti cek hari-hari punya, kecuali masa aku cuti balek kampung la..), pastu ber-fesbuk jap (erm, kejap ke kalau dah buka bendalah yang melekakan tuh?erm, no komen lah.. Tepuk dada, tanya mindalah eh..hehe).
Tengah cek notification fesbuk aku tadi, ada la kawan aku si Mimi Alia ni tagged 1 pic accident kat Penang..tengok punya tengok + baca komen-komen pic tuh..owh, masuk Ehoza Candid Photo Contest (by Ehoza.com) rupanya minah nih..ceh..sejak bila ntah dia neh..tp, erm..bila dh buka fesbuk si ehoza tu sambil-sambil tengok contest's pic orang len, tetiba aku pon rasa cam nak TER-join jugak..
Camna nih?? Aku nak join bole tak? belom tarikh tutup lagi walaupun dah dekat dah dengan 18 Disember 2010. Just for fun. In fact aku memang suka bab-bab fotografi ni. Pic-pic aku yang candid pon bole tahan banyak jugak. Dah tak payah nak snap pic baru dah pon, tinggal nak select da best pic among all je lagik..hahahaha...Kompem + nekad. Aku NAK JOIN..!! yess..yes..
So, misi abeh keja petang karang, balek umah buka semua pic-pic aku and pilih satu candid pic yang ter-hot untuk contest nih..heh3..best2..!! Talk sabar plak rasa..hm, aku ni memang tak menyempat btol kan?haha..but i don't care..kalau pic-pic aku tuh ada kat opis, memang sekarang jugak aku dah pilih the suitable one..tapi takdela pulak kan..semua kat umah..so, sabar sket yer cik Keet..!
Tapi karang pas kerja bebudak opis ni ajak gi makan nasi arab kat Cyberjaya la pulak..hadoi..kena postpone jap la misi 'Mencari gambar candid ter-hot' aku tu..sebab, orang cakap rezeki jangan ditolak kan..so, ada acara makan-makan ni kena la pegi..ye tak? Sambil-sambil tu, bole la temankan Cik Nad berbuka puasa (alasan semata-mata)..hehehe..
(Baru masok kerja semula, dah pikir bila nak tukar keja lain plak..huish..ungrateful ke camni??)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?