Masa aku tengah tengok Buletin Utama@TV3 semalam, ada keluar berita pasal isu pemimpin PKR berbangsa India yg gunakan ayat 190-191 Surah Al-Imran (yang telah dimanipulasikan) dalam ucapannya dalam perhimpunan apa ntah di kalangan ahli-ahli PKR. Dan menurut berita tu lagi, takde sorang pun ahli PKR yang berbangsa Islam yang cuba membetulkan maksud ayat dari Surah Al-Imran tersebut yang telah disalah-tafsirkan oleh pemimpin PKR berbangsa India tersebut. Ini petikan ayat tersebut :
‘Di sebalik penciptaan langit dan bumi dan penggantian siang dan malam, terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH S.W.T) bagi orang-orang yang berakal’
Isunya kat sini sekarang ialah, aku bukan nak campur terlibat dlm kontroversi PKR tu, cuma aku agak tak sangka dengan kebetulan yg terjadi. Jumaat lepas aku baru ja post ayat 190-191 dari Surah Al-Imran 2 dekat facebook aku..and kebetuan jugak Mama J, kawan aku tu selalu cakap yang aku ni SELALU post ayat-ayat yang KONTROVERSI dekat status Facebook aku..Alahai..nampaknya, kali ni pun kontroversi lagi la eh shout out post aku tuh..tapi aku dh post dulu ayat tu, then barulah timbul isu ni..so Jalwa, stop cakap-cakap aku suka buat kontroversi dalam facebook ni ok..? B’coz I’M NOT..!
(Jalwa, I told you rite..aku ada sixth sense..ngeh..ngeh..ngeh.. ~penuh nada riak~)
Apa sekalipun, start esok aku nak rehat dari ber-FB and blogging selama seminggu. That means seminggu jugaklah aku rehat dari kontroversi-kontroversi FB nih. Satu minggu dari sekarang aku tak bekerja (sebelum kontrak disambung semula). Yehaa..!! Syok tak terkata minggu ni, tapi bulan depan merana semula la sebab gaji tak berapa nak masyuk dah banyak sangat cuti dan rehatnya..huks..
Tak kira la..apa pun, nanti bole la aku balik kampung. Dah plan ngan kak aku, nak turun Penang dulu sebelum balik Kedah. Nak p jenjalan kat Pesta Pulau Pinang ngan kakak-kakak aku..yes..!yes..!! Aku sangat suka part berjalan-jalan nih. Lagipun dah lama sangat rasanya since my last 'jalan-jalan'. Aku pun dah tensen tahap gaban ja asyik mengadap the same old work..bosan teramat dowh. Harap tempoh satu minggu ni cukup la untuk aku release-kan (apa punya bahasa la yang aku pakai nih?) semua rasa tensen aku nih kan..
Hopefully satu minggu tanpa kerja (nak cakap menganggur karang macam sedih sangat plak kan?) aku ni akan berjalan dengan lancar, semua plan tertunai, semua tensen dapat dihapuskan, dan semua apa-apa yang aku tak dapat nak buat masa time kerja boleh la aku buat dalam tempoh seminggu tu. Amiinn..
post ni pon mcm kontrobesi jugak..heshhhh
BalasPadam