Disebabkan tadi kat umah kalut-kalut nak cepat siap, tak sempat la aku nak betolkan tudung elok-elok terletak. So sampai ja kat opis, tempat yang aku paling nak pegi mestilah toilet..hee..tapi bukan nak cerita pasal toilet, tudung ataupun pasal masok opis lambat. Aku nak story pasal hukum...sebabnya...
....masa aku tengah on the way nak ke toilet tadi, aku bertembung dengan sorang staf ni. Lelaki. Dia pun lambat aku rasa sebab dia masok opis lagi lambat dari aku..ok, abaikan statement di atas. tak berkaitan dengan story aku ni. Dalam masa dia tengah nak punch card dia tu, ada la dia bagi salam kat aku yang kebetulan lalu kat belakang dia..and as a muslim, yes..aku pun jawab la salam tu, jawab dalam hati ja.
So, mamat ni pun cakap la.." tak jawab berdosa..". Dia bajet aku belom jawab lagi salam dia la tu..hm, sah-sah la dia tak dengar kan sebab aku jawab salam tu dalam hati ja pun.
" Dah jawab dalam hati.." aku menjawab.
Then mamat tu cakap lagi. " kalau jawab....gatal ". Pulak dah. Hesh..geram pulak aku..oo, ko nak main-main eh..kalau ko setakat nak main-main dengan aku ja tak pe..tapi ni dah kira ko main-main dengan hukum sekali tu...
Yelah, kalau tak jawab salam tu kan hukumnya berdosa..rite? Tapi kalau dah jawab, kita dikira gatal pulak..so, nak pilih dosa ke nak kena cop gatal? Of course there's no option untuk pilih yang mana satu kita suka dalam bab-bab hukum-hakam ni..
" Gatal pon gatal la..rather than nak berdosa sebab tak jawab salam, benda yang memang kita wajib buat pon.." kata aku lagi kat hamba Allah sorang tu. Mamat tu gelak ja. Hampeh..!
Whatever la..nak cakap aku gatal sebab jawab salam ko? Go on...
Ok, aku tau mamat tu just nak bergurau ja dengan aku. And aku sangat sure yang dia tak perasan pun tindakan dia tu dah main-mainkan hukum Allah. Tapi untuk hal-hal yang melibatkan agama dan hukum-hakam ni, memang patot fikir dua kali sebelum nak cakap apa-apa. Kang tak pasal-pasal ja berdosa walaupon tak da niat pon nak buat jahat...
Erm..renung-renungkan..dan selamat beramal (ayat pinjam).
p/s : Ada tak apa-apa hukum bagi orang yang main-mainkan hukum nih?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?