Just cakap-cakap ja, nak share rasa and pendapat, no hard feeling, no offence.. Tolong jangan emo bila baca en3 ni okek? (terpengaruh betul aku dengan penggunaan word 'okek' oleh kakak aku yang ntah dari mana dia celup pun aku tak tau..haish)
Ada orang cakap..makna tangisan sorang wanita itu mewakili manifestasi kekecewaan diri mereka..betol ke?
Dah lama dok pikir-pikir, aku rasa betol jugak cakap-cakap orang pasal airmata kecewa ni..tapi, rasanya ia tak terhad kepada satu rasa saja.. Airmata perempuan ni bukan setakat manifestasi kekecewaan sahaja, tapi ia mewakili keseluruhan perasaan dorang (wanita-wanita, perempuan, perawan, muslimah, bunga-bunga..eh?hahaha..dan lain-lain yang sewaktu dengannya) yang tak dapat atau tak terluah dengan kata-kata..maybe rasa itu adalah kecewa, gembira, sedih, marah, geram, bengang, bangang and so on..terpulang kepada apakah punca yang membuatkan tertitisnya airmata mereka tu...
Kalau Indonesian cakap, pompuan yang kuat nanges ni cengeng..bukan cengei no (tak tau macam mana nak eja word tu sebab tak da dalam kamus dewan bahasa dan pustaka > sah-sah la bukan bahasa surat @ bahasa baku kan?)..tu loghat bahasa utara yang membawa maksud garang. Nak pronounce 'e' dia macam kita pronounce word emak. Kena bagitau ni, kalau tak nanti timbul salah paham bahasa. Aku dah pernah alami..contohnya macam :
Perang - 1) peperangan di medan perang.
2) awan perang terhasil akibat pembebasan CO2 yang tinggi...bla..bla..bla
atau ;
Semak - 1) Semakan panggilan temuduga boleh dibuat mulai 14 Januari 2011.
2) Apasal ko suka sangat menyemak depan muka aku hah?
(wahh..siap bagi contoh lagi..da layak jadi guru bahasa dah ni) hehehe..
Tapi..macam mana pulak kalau lelaki yang menangis?
Bagi aku, okey ja kalau ada mana-mana lelaki yang nak menangis ni..airmata bukan tuhan ciptakan untuk satu kaum @ untuk wanita sahaja, malah untuk semua hamba-hambaNYA - untuk semua manusia di atas muka bumi ni..hakikatnya seorang lelaki pun adalah manusia, dan semua manusia ada perasaan - begitu juga dengan lelaki. So, memang tak ada masalah pon kalau dorang ni (lelaki, jejaka, kumbang,
Tak dinafikan menangis ni boleh meredakan perasaan kita. So, sesapa pun boleh menangis puas-puas kalau nak. Lepas tu jangan nak buat perangai dah okek? hesh..macam marah budak kecik je ayat aku ni..erm. Kat bawah ni aku taruk beberapa statement berkaitan airmata yang aku search kat tenet..saja ja suka-suka nak kongsi ngan readers..hehe..heh..heh
" ..AIR mata yang keluar dari mata tak hanya diproduksi ketika menangis mahupun saat hati sedang gundah. Namun air mata memang diperlukan agar fungsi mata berfungsi secara optimal..."
(sumber : Jambi Independent online)
"...Pada saat sedih, seseorang cenderung mengeluarkan airmata. Namun ada
kalanya airmata itu ke luar ketika seseorang merasa sangat
berbahagia. Ada kalanya pula airmata ke luar tanpa adanya pelibatan
perasaan, baik sedih maupun senang. Air mata ini keluar ketika ada
sesuatu yang merangsang kelenjar airmata, misalnya saat mengupas
bawang merah, ketika mata kemasukan asap, dan lain-lain.
Jangan kira rasa airmata itu sama. Ternyata rasa airmata sangat
dipengaruhi oleh perasaan kita.
Dengan demikian dapat dikatakan bahwa 'airmata' merupakan sarana
dalam berkomunikasi dengan sesama manusia untuk pertama kali. Tetapi
tidak banyak yang mengetahui apa sesungguhnya 'airmata, yang
merupakan ekspresi perasaan yang dibawa sejak lahir..."
Ni ada beberapa fakta berkaitan airmata :
1. Airmata berasal dari cairan darah (owh..no wonder la..so korang jangan tertipu lagi dengan cerita orang menangis airmata darah ke, airmata pontianak ke, kuntilanak ke..the fact is dah memang itupun asal-usul airmata..drama lebih tu)
2. Airmata yang mengalir ketika bersedih dan airmata yang ke luar ketika merasa dongkol atau menyesal memiliki rasa yang berbeza.
3. Airmata mengandungi unsur stress
4. Rasa lega setelah menangis disebabkan oleh fikiran atau jiwa.
5. Airmata mengandungi kalium.
(sumber : sukasukamu)
Aku nak tarik balik la statement aku pasal 'da layak jadi guru bahasa dah ni' kat atas tuh..sebabnya...heee, bos aku (berbangsa India) baru ja betulkan ayat bahasa melayu aku kat unjuran perancangan pakej 2011..huwaa.. (T,T)
Tulah, riak lagi ("-)..!!
Pesanan penaja : Ada beberapa petikan ni aku amik dari web Indonesia, so maybe ada beberapa ayat cam nampak macam tak kena ja dengan Bahasa Melayu kita kat Malaysia ni..kira aku copy - paste terus la petikan tu dengan bahasa- Indonesia sekali tanpa sebarang editing..sebarang ketakfahaman ayat bole google translate okek? sebab aku pon tak pandai sangat nak translate Indonesia - Malay nih...
p/s : kantoi dengan bos tengah update blog..gulp.! Sori bos..hehe..
Lepas lunch...
mode : sedih.
sebab : dapat 1 fon call yang tak gembira..huks..nak nanges..huwaa..!! (T,T)
Air mata mengandung k33t??
BalasPadamkat mananya 'air mata mengandung' 2? hee..spelling error la 2..almaklumla yg tulis blog nih rabon orangnya...hahaha..
BalasPadamkat fakta no.3 n no.5
BalasPadamhee..ok. 10Q bebeh..dh tambah 'i' kat sumer airmata yang mengandung tu..heh3.. (",)
BalasPadam