SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Isnin, 7 Februari 2011

Memorable Saturday..

Sabtu lepas (05 februari 2011), bersempena dengan cuti Gong Xi Fa Cai, aku sempat pi kenduri kawen kawan2.. Salah sebudak kengkawan yang kawen 2 adalah Jan (Shahrizal Saibon), skulmate merangkap village-mate + scout-mate..kekeke..saja ja nk 'mate2' kan semua 2..heh3. Sori pada kengkawan yang turut berkahwen pada tarikh yang sama, tapi aku tak dapat nak pegi majlis korang 2 (Syikin Ramli dan Nurul Syaidatul Farhana) yang disebabkan oleh kekangan masa dan lokasi.

Kiri : Ct, Syadah, Mama J, Jan (da bride), Aku and Shima. Thanks 2 mr.photographer, Din.
Rasa macam sangka tak sangka ja banyak kengkawan dah kawen.


Tak sangka ketinggian aku dah melebihi paras bahu Jan..haha..dia kan tinggi cam galah dulu..erm, ke aku yang pendek masa tuh..ah, abaikan...yang pentimg skang neh, kalo aku berdiri sebelah dia + dengan heel aku tu dah boleh cecah paras telingan dia dah..yes..!!2x.


Dapat jumpa ramai gak kengkawan lama. Hee..rindu plak zaman sekolah sesama ngan dorang dolu2.

Aku, Mama J and Syadah lepas bersantap tapai.. Sejak bila aku mula makan tapai aku pon tak hingat.
Masa stim je Mama J 2 kalo pas makan..dah tau dah hint yang dia cuba sampaikan tuh..(mata mintak orang sorongkan bantal..ahaks).
Syuhada Saad (merangkap skul-mate + fiancee x-classmate aku dulu, Nik Hafizi), Ct and Shima.
Motif aku nak pandang Mama J makan macam tu? Ntah larr..dengki tengok dia asyik makan ja kot..hahahah..
 Pas kenduri umah jan, berangkat pi kenduri abang Ain plak kat Kg. Sungai Petani yang bukan terletak di Sungai Petani.

Yang tengah tudung pepel 2 la Ain..makin cun plak aku tengok lani.
Menu kenduri umah Ain, makan bubur kacang merah + ratah lauk + minum2 + agar2..tak larat dah nak makan nasik..hee.

Bubur kacang merah. Nyum2..




Khusyuk makan tak pandang kiri kanan.
Agak2 sejuk tak mata bakal mak mertua aku
tengok picm aku neh?hahaha.
Aktiviti lepas kenyang makan kenduri...Lepak time..hee..teka kitorang lepak mana?jeng3...
Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Ni la lokasi lepak kami petang tuh. Stadium Darul Aman. Lepak kat stadium pakai baju kurung. Tebiat sungguh! Tak pernah2 aku lepak kat tempat cenggini dengan baju kurung + heel. Selalu lepak dengan jeans + selipar ja..santai sket..


Ni dah ala2 nak pi photoshot busana muslimah ja lagaknya..hesh..memang tebiat empat orang kami petang tu..
 

Macam2 la gaya nak posing punya pasal..siap terbongkok2 badan aku tuh gara2 lari nk enter frame lepas setting kan kamera..hihihi.

Shape of my heart finger


Lepas tu pi lepak kat Istana Anak Bukit plak sebab Ct cakap depan istana 2 ada pokok yang ala2 pokok kat Taman i-City..





Buang masa sambil bergelak ketawa tak hingat dunia dengan dorang

 Dekat malam jugak la lepak2 snap pic kat situ..syiookk betol..hehe.

Kalau bab2 buang masa ni memang syok + tak ingat dunia kan? Tak sedar masa cepat berlalu..jangan amalkan selalu. Tak elok untuk diri. Amalan tak berfaedah ni. Setan suka sangat la bila manusia camtu..
Uihh..emas 22 karat la..jom kikis sikit amek buat cincin..nak?
Sekali-sekala dapat gathering macam ni dengan  kengkawan lama yang memang dah agak lama dan susah nak jumpa ni MEMANG BEST kan..hopefully our friendship will last forever..till our last breath. Hopefully. Amiiinn.
Ni la dia pokok yang aku cakap ala2 kat Taman i-City 2..tapi yang ni versi Istana Anak Bukit..takdela banyak sangat macam kat i-city dengan replika haiwan bagai 2.
Erm..ni apa kes pulak..
Ntah paparazi mana neh sempat ja candid pic aku ngah warning Mama J suh pesan ngan kucing jantan dia jangan nak skandal2 + menggatal dengan kucing betina aku..lol
Ni Siti Fatimah dengan gaya ala2 puteri bunian kayangan..ngeh3..
Puteri kayangan turun ke bumi..
Aku dan Mama J > 1 gandingan ideal kalo untuk bab2 menyengal neh.

Dua2 sengal tahap gaban!

Hee...weee.aku ngan Mama J lagik..and lagik..and lagik..!!

 



Hehe..cukup la kot pic sengal aku ngan Mama J buat masa neh..berbulu mata karang asyik tengok pic sengal aku ngan Mama J nih..lalalalala...


 


Ngah tunggu putera raja datang jemput..duduk depan istana kata?












Tapi..anggap jelah macam korang tengah jamu mata untuk santapan rohani eh..hehehe... Aku memang suka bab2 bergambar, ambil gambar orang, simpan gambar, edit2 and apa2 jelah yang berkaitan dengannya. Titik.

Feeling LOST as a lost kitten. Ada sesapa bole tunjukkan aku ke Jalan Yang Benar tak?
Sekian.


p/s : Agak2 sapa eh kengkawan aku yang sudi nek bas dengan aku? Setakat la ni, yang hampir pasti Mama J and Anim still sudi kot?kot2 dah dapt keta kebal nanti xtau la sudi lg ke tak dorang nak nek bas ngan haku..erm, wondering..hehehe..







Quote of The day :
 Lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down. - Oprah Winfrey

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?