SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Rabu, 6 April 2011

Girls..speak up..!!

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..
(tak sempat ke?ke malu? ke memang tak sedar? erm..)

Note ni aku amik dari fesbuk (credit 2 penulis asal note ni : Mtd Kota Lama)

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat.Yeke tak sempat bagitau? Silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 
(SETUJU - aku boleh ja gelak2 walaupon tengah sedih..hehe..kadang2 perlu jugak jadik plastik sket..hesh - Kena ingat bukan semua orang suka mempamerkan emosi sebenar diorang pada semua orang)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
(Kalau untuk diri aku, aku SANGAT SETUJU - sebab kalo aku tengah marah n sakit ati ingat aku nak layan ke ayat2 manis bagai ni..mau kena maki free je karang, Tapi kalau dah buat silap 2, mintak maap le..jangan buat bodoh je..pantang btol aku orang camtu..and kalau rasa perlu nak explain apa2 2, plz do so..aku mmg xkan tanya, tapi kalau ada otak n akal yang waras + matang, sila la buat apa patot tanpa perlu disuruh. Act like one okek?)

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 
(Bab ni aku tak sure, bagi aku disebabkan rasa suka n sayang 2la yg akan buatkan kita lagi mudah nak marah or benci seseorang yang kita sayang sebab kita akan jadi sangat amik kisah walaupun dengan hal2 yang sanagt remeh..kan? Pernah dengar tak orang cakap berpada-pada bencikan seseorang sebab rasa benci 2 bebila masa ja bole bertukar jadi suka..erm..and macam 2 la jugak sebaliknya kan?)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
(Erm..sometimes kot?Tapi kalau dah betol2 suka dengan sorang lelaki, rasanya dah agak berat kot nak keluar dengan lelaki lain..barulah nampak macam dah ready untuk komitmen yang lebih serius kan..hehe)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (Haish..ada lagi ke lelaki yang nak buat camni neh? OIAM ja kot? So, kebarangkalian untuk menjadi 'cair' 2 agak tipis di sini..hahaha)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. (Hehehe...ye r..camna eh? nak menidakkan nanti orang pikir kita tak appreciate dorang, mengiyakan plak, nanti dorang pikir kita perasan, show off or masuk bakul plak..how?? - whatever it is, jangan sampai ter-over react lah kann?)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
(Manusia memang susah nak dijangkakan sebab kita takkan pernah tau what they're up 2..so, be careful la kalau2 terjebak dengan cinta perempuan yang nekad tahap gaban ni..be rasional & bijak handle situasi - ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut boleh dikeluarkan, tepung pon tak berselerak..barulah matang mengendalikan perempuan namanya)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
(Yeap..sama cam bagi masa dorang redakan perasaan bila tengah marah macam point no.2 tu jugak la konsep dia ni)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
(Aku pilih melukis..sebab aku suka melukis - walaupun aku tak pandai melukis..sukati la kan?hehe.)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
(Exactly...bukan x bole terima hakikat..tapi setiap orang diciptakan sebab ada kelebihan dan kegunaan sendiri..ALLAH tak ciptakan apa2 pn hanya untuk sesuatu yang sia2 saja..kan?)

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
(Yeap..sangat bosan okeh..serius pada waktu dan situasi yang sepatotnya, its ok..tapi kalau berlebih2..erm, bole apply keja ngan polis la pasneh okek?)

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
(Biasa la 2..over-excited..tapi part semua kawan2 tahu after 10 minutes 2 aku rasa tak semua pompuan praktikkan macam tu kot??and tak semua pompuan suka terjerit2 ala2 kak ponti tau)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 
(Hak3...really?? Same goes 2 u man..jangan nak perasan lebih2 kalo ada awek senyum2..ntah2 awek 2 sewel..haha)

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
(Betol2..bukan semua pompuan percaya cinta versi pandang pertama n macam2 lagi yang sewaktu dengannya ni..kena kenal hati budi & perangai lelaki betol2 dulu..Dah kenal betol2 pon belom tentu boleh peracaya betol2 lagi 2..PENTING ni..)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
(bagus la kalau paham..yang parahnya bila ada yang tak paham2 lagi..adehh)

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
(Hm..kalo macam ni tindakan pompuan 2, maybe la dia nk show yang dia pon berminat jugak untuk kenal dengan lelaki 2, tapi better tunggu panggilan @ sms yang seterusnya sebab yang 1st 2 maybe dia tak terniat pon macam 2)

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
(SOKONG!! Hm..diz is exact same thing apa yang aku rasa..tanya sendiri la..baru gentlemen. Jangan nak men serkap jarang or menuduh tak tentu pasal ja ok? Bab ni boleh menimbulkan kemarahan neh,..ish..)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
(Orang tua2 selalu pesan : jangan menyesal dengan apa yg terjadi..adala hikmahnya 2 kenapa baru jumpa..at least walaupun dah jumpa dengan orang yang salah sebelum ni, tapi 2 semua adalah peluang supaya kita lebih kenal 'rupa' sebenar manusia yang namanya LELAKI ni)

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
(Tak semua pompuan letakkan harapan tinggi mengharapkan bf dorang 2 jenis yang romantik..tak romantik pon takpe kalau pandai amik+jaga hati, amik berat..Lagi 1, jangan selalu rasa yang diri korang [lelaki] hebat. Bolek nek jelak jugak dengan lelaki macam ni walaupun hati budinya baik.)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. (Pasaipa aku macam x pernah buat camni pon dulu? Dah kira terlepas satu nikmat hidup ke neh...hadoyai..Tapi, setakat cakap dalam hati..'apasal la dia tak dok sebelah aku' 2 terlintas la jugak kot?hahah..nak balik ke zaman dulu kejap bole?hehe..)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 
(Kadang2 2 mesti la ada, tapi, takdela sampai 'sentiasa ada'..cuma apa yang membuatkan kita teringat 2 mungkin berbeza..tak bermakna kita teringatkan old flame 2 sebab kita x bole nak lupakan cinta dia..lebih kurang macam teringat kawan lama la..lagipun, tak perlu nak kenang2 cinta lama..kata orang 'barang yang lepas usah dikenang'..erm, lelaki pon sama jugak kan?hep2..jangan tipu.

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya
(Yeke? haih..entah lah kan? Aku ni kadang2 demand jugak. Takkan la just nk say 'hi' ja..tido lagi bagus..nak mudah lagi, tak payah ucap apa2..)

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
(Macam orang selalu cakap la, hanya wanita yang lebih memahami wanita..untuk sesetengah perkara, lelaki memangb tak paham wanita, tak kira la berapa rapat sekalipun lelaki 2 dengan wanita 2..so, I do agree with diz statement)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
(Ntahnye...tackle la sendiri. Tak confident ke?Aku tak minat nak jadik posmen2 a.k.a orang tengah ni. Orang yang nak dingorat 2 pon sure tak suka lelaki yang tak berani nak tackle sendiri ni..camna nak hidup sama2 nanti kalau dah macam 2 gayanya??)

25. Cinta bermaksud KESETIAAN, AMBIL BERAT, JUJUR dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 
(Absolutely rite.!! Kalo diri belom cukup JUJUR, SETIA n AMIK BERAT lagi, hold dulu la hasrat nak bercinta 2 okek?)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
 (Of course la..tapi jangan la sampai taksub dan buat perkara2 yang tak masuk akal plak..seram nak bercinta dengan lelaki fanatik cinta macam 2 - ekstrem and berisiko)

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 
(Erm...mana bole beli ini senjata ha tokei?hahaha...fakta ke auta ni?Camna plak dengan pompuan2 yang susah nak nanges [dalam erti kata lain 2 kira ego la]) - Aku pon nak kena test la senjata ni berhasil ke x..hahah

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 
(Sekali-sekala mestila terharu orang buat suprise, tapi jangan sampai tahap nak gula2kan wanita dengan harta menda plak..$$ and material memang sesuatu yang penting untuk kelansungan hidup, tapi semuanya kenala seiring..baru la complete. Kita tak hidup dengan cinta semata2..pon tak hidup dengan harta benda and material semata2 jugak..Sama macam amalan kita > kena seimbang untuk kedua2 dunia and akhirat)

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
(Yeap..but biar da real one la..bukan yang fake and plastik..terutama sekali bukan yang hipokrit and lakonan semata2 - don't pretend..Women will hate that the most.!! Percaya la cakap den ni)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 
(Hm..and mudah jugak untuk sakitkan hati wanita..so, bertindaklah secara matang and bijak. Hati wanita bukan untuk dipuja @ dipijak Letakkan ia pada tempat ia sepatotnya berada)

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)

Sesungguhnya wanita dan lelaki  diciptakan untuk saling melengkapi. Hakikatnya tiada beza antara lelaki dan wanita kerana kita semua dicipta olehNYA dari jenis yang sama. Dalam Al-Quran sendiri pon dah jela menerangkannya.


وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)


فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)


وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ
Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72) 
(Surah2 Al-Quran credit 2 : Aksara Cinta Ilahi)

p/s : Nota kat atas 2 aku dah campur dengan pandangan aku..No offence..Itu pendapat aku semata2..tak berkaitan dengan yang masih hidup or yang telah mati.

Quote of The Day : 
*Tercipta wanita dr rusuk lelaki,bkn dr kaki utk dialasi,bkn dr kepala utk dijunjung,tp dekat di bahu utk dilindung,dekat jua di hati utk dikasihi*

3 ulasan:

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?