SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Rabu, 1 Ogos 2012

'Solat Sabtu'

Nak share satu isu semasa ni.
 

Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.
Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.
 
*****
 
Kalau orang yang bertanggungjawab dalam hal tukar hari untuk Solat Jumaat ni orang Islam, memang Islam yang rapuh iman agaknya..tapi, kalau bukan Islam pun, bukan hak dia untuk sesuka hati ja nak tukar hukum-hakam agama Islam..

Apa peranan pemerintah negara ni sekarang ni..? Kalaupun semua ahli Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan tu bukan terdiri dari kalangan orang muslim sekalipun, takkan la takda pemantauan dari pemerintah kot.. Takkan la Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan tu suka-suka ja keluar arahan macam tu tanpa perbincangan dan kelulusan dari pihak pemerintahan negara kan.. Sepatutnya, dah nama pun pemerintah, secara logiknya pemerintah mestilah seorang yang bijak kan..tapi yang ni..?

~ malas nak cakap lebih-lebih.

sumber : sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?