SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Rabu, 28 November 2012

Sesuatu yang pelik

Ada sorang anak ofismate aku kat opis hari nih. Semalam pun dia ada ja.Cuma aku yang tak da kat opis. Terlibat raptai event Kementerian.

Dah alang-alang aku pun tak bizi, sempat la aku sembang-sembang sikit. Main-main sikit dengan dia.

Lupa pulak aku.

Musim cuti sekolah kan sekarang ni, so memang agak banyak juga staf yang bawa anak datang opis. Ok jugak. Tau apa sebabnya? Bila ada budak-budak dalam opis, maknanya ada la hiburan tambahan. Boleh la nak buli-buli sikit ke, saka-sakat sikit ke..heaven apa camtu..hahah..

Anak opismate aku tadi tanya..

Dia : Akak, akak umur berapa?

Aku : Dua puluh (20)

Dia : Tipulah!

Aku : Betul la..kalau bukan 20, awak rasa berapa?

Dia : Lapan belas (18)

Aku : Ha??hihi..then 18 la umur akak.. (hahahaha...bajet awet muda dan-dan tu jugak..)

Dia : Akak..cuba buat muka pelik.

Ahh..isu pelik lagi.

Fed up mak! *teringat entry semalam.

Tapi untuk tidak menhampakan perasaan seorang kana-kanak yang memang sentiasa excited dengan benda-benda pelik + tak berpekdah ni, makanya aku pun buat juga la muka pelik.

Aku : dah. Awak pulak buat muka pelik akak nak tengok.

Dia : Em...em.. (10 kali em muka peliknya tak buat-buat jugak..ish) Kita tak reti buat muka pelik sebab selalu buat suara pelik ja.

Aku : Ok. Buat suara pelik.

Dia : Em..(sengih-sengih kerang busuk tayang gigi sikit) Tak boleh la sebab takde benda pelik pun.

Owh..banyak cekadak ea..ada ja alasannya. Mengelat.

Dia : kak, muka akak kat kad pergerakan pegawai ni tak sama pun macam muka akak. tak cantik la gambar tu.

Eh? Ok. Ini sudah lebih..

Dia : Akak kat luar lagi cantik dari gambar.

Ok..ok. Nasib baik ko dah cover balik ayat tadi dengan kata-kata manis tak hingat..huh.Budak-budak. Makin dilayan makin banyak benda pelik yang dia suruh kita buat.

Arghh..aku ada sebut word pelik lagi ke tadi?? Isk!


p/s : Ok. Takde benda pelik pun dalam entri ni. Saja takde motif.haha.. Jom la kita siap sedia berkhidmat untuk negara. For the first time aku nak sarung baju korporat Kementerian untuk event Second ASEAN-India Car Rally 2012..kalau tak, memang sampai kesudah takdanya aku pakai baju tu.


* dan-dan : pada masa tu juga / current time.

2 ulasan:

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?