SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu hati

Good morn...eh, dah petang?

Ingatkan pagi lagi.. since kat luar masih berkabus. Putih-putih melati ja atmosfera kat sini kebelakangan ni.

Tempat ni namanya Genting Highlands.

Saja aku letak pic Genting Highlands tu sebab aku nak cakap yang sekarang ni kat tempat aku lagi tebal kabus dari Genting Highlands ok..hebat tak? dah tak payah pergi Genting dah. Kat sini pun dah feeling-feeling Genting Highlands, cuma bezanya sini takda theme park dan udara kat sini tak sejuk + nyaman macam kat sana sebab yang dekat sini bukan kabus, tapi JEREBU.! Jerebu ok, J.E.R.E.B.U. So, panas, sakit mata, sakit tekak, sakit hati kena menghadapi jerebu ni for these few days and tak tau ianya akan berlanjutan sampai bila..harap-harap jerebu cepat hilang ok, jerebu?Takmau berkeliaran lelama sangat macam hantu raya..cepat baik ok? Haih (-.-) >sigh<

Dari pagi tadi, aku sekejap-sekejap pusing belakang pandang cermin opis nih, dok mengagak sendiri jerebu dah berkurang ke belom..adoi la..macam orang takda keja kan?

Aku tak buat ukuran dengan apa-apa alatan pun, bacaan IPU (Indeks Pencemaran udara) pun aku tak buat catatan sebab aku agak pakai jarak penglihatan ja..hahah..setakat ni, apa yang aku dapat dari observation aku sepanjang hari ni adalah, tahap jerebu bagi kawasan sekitar opis dan rumah aku makin meningkat sehingga tengahari tadi. Rumah aku langsung tenggelam dalam jerebu. Tak nampak langsung. Selalunya, hari-hari lain aku boleh nampak dengan jelas rumah aku dari tempat duduk aku kat dalam opis ni. Pusing belakang ja nampak. Pusing ja nampak. rasa macam kerja dari rumah pulak.hahah. Tapi hari ni tak nampak la..risau pulak dengan rumah tetiba..hahah..ok, auta. Bukan rumah yang patut dibimbangkan sekarang ni. Yang patut kita risau sekarang adalah kualiti udara yang kita sedut. Aku yakin sepanjang jerebu sekarang ni mesti kita lagi banyak sedut karbon dioksida berbanding oksigen. Cayolah cakap den ni ha...

Tapi aku rasa bacaan IPU dah menurun sekitar pukul 2pm tadi hingga sekarang sebab bangunan pejabat yang bertentangan dengan cermin opis aku ni dah mula kelihatan. Tapi rumah aku masih hilang ditelan jerebu lagi. Pusat Maritim pun sayup-sayup mata memandang ja, em, hampir tak kelihatan actually. Dan jerebu dijangka akan berlarutan sehingga Ogos. Diulangi, sehingga Ogos ok. Itu ramalan setakat ni la. Which means, sepanjang Ramadhan dan mendekati Syawal nanti mungkin hidup kita masih lagi diselubungi jerebu. Hm, dengar ja pun dah dapat rasa yang situasi tu sangat tak sihat kan?

Jerebu ni memang sinonim sangat dengan sakit tekak, sakit hidung, pedih mata, sesak dada, sesak nafas dan segala bagai lagi..so, bersempena dengan Ramadhan yang dah lama lagi akan bertandang ditemani dengan jerebu-jerebu yang belom nampak gaya nak berkurang ni, banyak-banyakkan lah meminum air kosong dan mengurangkan aktiviti di luar rumah ok. Demi kesihatan dan kesejahteraan bersama. Jangan nanti ada pulak yang guna alasan jerebu untuk skip puasa ye..haip, takmau..takmau..tak baik camtu. ALLAH tau nawaitu kita. Yang penting, apa yang wajib kita dahulukan. InsyaALLAH andai kata dah masuk Ramadhan nanti pun jerebu masih lagi berada disekitar kita, kita tetap boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. InsyaALLAH.

And, harap juga ada kesedaran sivik dari kita semua. Hentikan pembakaran terbuka atau apa-apa aktiviti yang boleh mengundang kebakaran atau apa saja yang boleh mencetuskan dan menyumbang kepada pencemaran udara ok? Pencemaran udara khususnya, dan apa saja pencemaran secara amnya cuba kita elakkan. Starting from today, apa kata kita cuba pupuk sikit perasaan dan semangat cintakan alam sekitar. Bukan dengan manusia ja kita perlu berbaik-baik, dengan alam pun sama. Barulah hidup kita akan jadi lebih berkualiti. Setuju? Tak Setuju? Well, ni pendapat peribadi aku. Open for discussion.

Till then. Jaga kesihatan. Jaga pemikiran. :)

p/s : Jerebu di hati siapa yang tahu..kekekeke (menarik plak status FB adik aku nih bila ulang-ulang baca..lol)


UPDATED (27/6/2013) :

Dah dapat tgk awan bergerak dan langit kelihatan lebih cerah. Rasa lebih menghargai nikmat penglihatan yang diberi. Juga nikmat bernafas tanpa gangguan ~ jerebu dah berkurang..hoorey (",)

X sure Floria tahun ni ada pertunjukan bunga api ke tak, tapi masih berharap pihak penganjur peka dan prihatin dengan isu alam sekitar yang melanda Malaysia sekarang ni,, harap2 xda aktiviti pembakaran bunga api sangat ~ maybe acara akan jadi kurang meriah, tapi kang nanti kelabu balik langit..biarlah tak meriah dia mata dan telinga, daripada tersiksa nanti nak menahan bahana pencemaran udara dsbgnya..

4 ulasan:

  1. tempat aku masih jerebu la

    :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh ko duduk mana RC? Johor ke Melaka?Lembah Klang pun dah teruk ni..harap2 doa rakyat Malaysia untuk hujan turun dimakbulkan..jom ramai2 ke majlis solat sunat doa untuk mohon turun hujan kt KL lepas zohor nanti..

      Padam
  2. kurlass....memang patutlah kit ni blajar degree alam sekitar..mcm prof dah bersyarah..hihihi;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah wanie ni...common sense ja ni, x pyh amek degree alam sekitar pon bole tau..banyak info kat media massa..blom kuarkan fakta2 alam sekitar pon lagi ni..bhahaha

      Padam

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?