SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Jumaat, 1 Julai 2011

Terpaksalah aku...jaga suara

(Nak pesan siap2..hari ni aku nak merepek panjang...)

Kerna terpaksa...aku melangkah pergi..kerna..bla..bla..bla.. (x ingat lirik..hahah..lagu sapa ntah ni~pon xingat jugak.. :p )
*****
Semalam aku mimpi cikgu febret aku masa sekolah rendah. Tapi dalam mimpi 2 aku macam bad student ja..keja sekolah x siap. Buku Latihan x pernah antar..urm.. (T_T)
*****
Batuk2 aku macam makin teruk ja hari ni. Tekak pon rasa gatal semacam ja. Mesti buat sesuatu neh sebelum situasi makin melarat..

Sejak2 aku menceburkam diri dalam profesion yang mementingkan suara ni, em..terpaksalah aku jaga kesihatan suara aku dengan sebaik2nya supaya reputasi aku konsisten and tak menjunam merudum ke bawah..nightmare okek..(dramatik lahh..kui3)

Kalau suara x sedap ke, xda suara ke, suara serak2 ke, sakit tekak ke..abes la aku. Masalah tu. Camna aku nak buat keja kalo xda suara.. Kena jugaklah paksa2kan diri yang x suka minum ni, minum air banyak2..jaga suara beb.

Kalau terpaksa minum air asam jawa teptiap hari pon aku sanggup ja..nak kena telan telur mentah pon aku sanggup jugak..Eh..ok, yang ni aku tak sanggup, walaupon telur 2 makanan febret aku.heheh..

Keja baru aku nih memang mementingkan suara. Kalo ada bakat untuk buat lantunan vokal yang gemersik and menusuk kalbu orang yang mendengarnya 2 kira lagi bagus la. Pakej lengkap untuk profesion aku neh. Dah la mencabar dan sangat menguji kesabaran jiwa + iman. Pendek kata : kena banyak BERSABAR okek.

Tapi dalam banyak2 dugaan and cabaran 2, x bole nak nafi la, banyak pengalaman baru and kenangan mengusik jiwa and tacing2 yang aku alami tiap2 hari..terus berubah lagi pendirian aku yang sebelum ni yang masa aku dramatik nanges2 kat mak aku cakap 'cik x mau jadi cikgu dah la..' dalam entry ni..kehh3..ni mak aku blom tau lagi ni aku part time jadik cikgu.. Mau menanges dia sambil baca surah yasin siang malam untuk aku agaknya kalau dia tau..  Yela, dulu 2 dia dah bagi ayat2 berbaur redha ja dengan 'keputusan konon2 nekad' aku 2..hak3..alih2 skang tup2 aku jadik cikgu tuisyen plak dah..hahaha

Skang aku rasa macam nak jadi cikgu balik la. Sumpah aku suka bila bebudak a.k.a student2 aku 2 datang salam cium tangan sebelum dorang balik umah time dah abes class...(walaupun sebelum ni aku selalu cakap aku tak suka + rimas dengan budak2. Skang dah makin suka kot). Budak2 ni banyak bagi aku lesson yang confirm kita x kan jumpa kat mana2 kelas kat sekolah, kelas tuisyen, or kelas berbayar len2 yang sewaktu dengannya.

Btol cakap Kak L-pengarah projek 2. Dia cakap, untuk sesapa yang baru and xda pengalaman lagi 2, nanti pelajaran sebenar untuk kita adalah pelajar2 2 sendiri..dorang yang banyak mengajar kita. Bukan kita yang ajar dorang..maksud aku, pelajaran dari pengalaman yang kita lalui semasa sama2 dengan dorang pelajar2 ni la yang akan membuka minda n mencelikkan mata kita terutamanya mata hati..

Jadi sorang pendidik ni bukan mudah. Tapi x sukar kalau kita tahu caranya.

Dari awal2 aku nak cuba mengajar ni pon memang dah ada dugaan. Kecil and besar. Dari macam2 cara dugaan ni bole datang pada kita.

Masa abes briefing sebelum program ni berjalan, pengarah program (Kak L) ada cakap camni depan aku 'Kit ni comel la..risau nanti student buli..'

Dalam hati aku 'eh..?'.

Memang dia tak maksudkan apa2 yang negatif dengan kata2 2. Memang niatnya hanya ikhlas nak puji aku. Tapi pada tafsiran otak aku yang kadang2 tak abes pikir ni, ayat 2 kedengaran macam kurang yakin dengan keupayaan aku untuk mengajar. Kalau comel 2 bole buat student2 bertambah minat nak belajar,apa salahnya kan??heheh (gila perasan ayat). Comel tak comel 2 is not an issue. Tolong bagi aku peluang. Betul..aku sendiri pon x pasti samada aku layak tak, ada bakat tak untuk jadi pendidik ni. Jadi, selamanya aku takkan tau kalau aku tak diberi peluang mencuba..kan?

Buka sikit ruang untuk aku tunjuk dulu kebolehan aku untuk mengajar. Lulus ke tak, yang 2 nanti biar dia yang tentukan. lepas tu buatla keputusan nak kekalkan aku sebagai tenaga pengajar untuk program 2 atau pon x..sekurang2nya aku dah give a try. Aku akan buat semua yang aku termampu. InsyaALLAH. Aku nak tambah pengalaman. Aku harap jugak satu hari nanti yang entah bila aku pon x pasti..mybe aku bole guna ilmu and skill yang aku pelajari kat sini untuk ajar orang lain pulak. Anak2 sedara aku ke, anak2 kawan2 aku ke, anak2 aku ke..(eh..anak aku?hahaha..).

Jadi..please count me in..! Aku sangat2 nak try. Lagipon aku ada sebab lain jugak kenapa aku nak sangat mengajar kat situ ~don't get me wrong okek..sebab aku 2 sebab yang mulia..eceh..heheh.
Satu     - aku harap aku bole ajar anak sedara aku yang mana2 yang lambat nak belajar kat sekolah;
Kedua - aku rasa ni la salah satu cara yang aku bole buat untuk latih diri aku yang OVER emo and cepat marah ni jadi lebih sabar lepas ni. Harap2 berhasil.
*****
Lepas briefing, ada perjumpaan singkat dengan pengarah program untuk cikgu2 yang baru. Aku termasuk sekali. Ada sedikit penerangan tentang beberapa perkara yang perlu kami (pengajar2 baru) tahu. Kak L ada ingatkan kami untuk TETAPKAN NIAT kita kenapa nak bekerja sebagai pendidik ni. Aku sedar nawaitu ni memang penting. And ofkos la Kak.L nak pesan jugak supaya kami akan laksanakan tugas dengan penuh berhemah and berdedikasi kan.. Yes..i'm in..!! Eksaited la weh nak jadi cikgu..weehehehe...
*****
Ada yang tanya aku..'x letih ke keja siang malam?' Ikutkan hati, memang letih..tapi, inilah yang orang selalu sebut2 tu. HIDUP. Kata big boss Mama J 'kalau nak hidup, macam raja, kerjalah macam kuli. Kalau nak hidupmacam kuli, kerjalah macam raja..' Something like that la ayat dia. And, disebabkan aku nak jugalah merasa hidup macam raja, so kenalah aku kerja macam kuli kan? ~ terpaksalah kerja siang malam.

Keja yang aku buat ni bukanlah keja berat. Aku bukan jadi buruh. Angkat bata sini-sana. InsyaALLAH aku masih boleh handle kedua-dua keja aku ni..InsyaALLAH aku masih mampu untuk galas tanggungjawab ni. Cumanya, sebagai manusia biasa yang terbatas kudratnya, sekali-sekala, memang terasa letih and nak benti ja dari semua ni. Mybe otak aku yang lebih letih berbanding badan. Dan masa untuk bersuka-suka or layan hobi pebret aku pn dah kena kurangkan la (buku yg kawan aku belikan minggu lepas pon aku baru baca blom sampai 1m/s pon lagi..heheh..bizi la konon).

Aku skang dah kena serius & fokus selalu. Kena bijak manage time unttuk uruskan semua hal. Kesimpulannya, yang paling penting kena utamakan yang perkara2 yang mustahak+mendesak dulu la..(uiks..mendesak??erm..)

Oleh sebab otak+akal kita yang mengawal semua perlakuan dan tindaklan kita (termasuklah aku), jadinya..asal ada masa lapang ja, otak aku mesti pikir rasa nak tido je..heheh. Nak cover balik tidomana2 yang tak cukup sejak2 keja malam ni. Dah set dah kat mind 2 cakap 'nak tido..nak tido..nak tido..' so, memang itu jelah kerjanya bila free.. :p
*****
Walaupun aku baru ja mengajar untuk satu tempoh yang masih singkat lagi, tapi dah banyak jugak la pengalaman dari kerenah2 pelajar ni yang aku boleh nampak and alami. Ada 1 malam 2 ada sorang pelajar panggil aku ustazah. USTAZAH? Ok..ce teka camna pakaian aku time 2?? Aku cuma pakai kemeja lengan suku and suar jeans. Dia panggil jugak aku ustazah. (T_T).

Nampak tak betapa budak2 ni respek kita sebagai pendidik~orang yang menyampaikan ilmu pada dia. Rasanya, kalo aku pakai lagi selekeh, tshirt lengan pendek + suar trek pon aku sure ada jugak yang tetap akan panggil aku ustazah. Rasa dihargai and dihormati ja bila dorang panggil camtu. SERIUS. 1st lesson untuk aku dari dorang. Lepas ni dah pasang niat nak p kelas pakai sopan2 sikit and tunjuk teladan yang baik untuk pelajar2. InsyaALLAH.
*****
Ada jugak yang kelakar bila mengajar ni.

Ada sorang pelajar ni.. 7 tahun. Kecik. Comel. Nakal. Suka lari2 sambil buat aksi bajet macam ultraman and superman..hahah..Nama dia Luqman Hakim. 1 hari tu, sorang rakan pengajar aku yang len panggil dia 'Norman Hakim...' 

Aku tanya, 'awak panggil dia apa??'

'Norman Hakim.'

'Kenapa panggil camtu..nama dia Luqman Hakim kan?'

Kawan aku u mengangguk. 'Dia yang suruh panggil macam tu.'

'Erk..??ok..'

Rasa tak senonoh plak kalau aku nak pegi kat 'Norman Hakim' 2 and cakap cenggini : 'awak panggil cikgu, Memey Suhaiza la..bole??' hak3..merepek.!

*****
Jangan tak tau, budak2 ni hampir semuanya bole dikategorikan sebagai nakal @ sangat nakal. Dorang ni pon sangat kuat mengusik jugak. Part nakal + kuat mengusik ni, memang dorang x amek port dah sapa mangsa dorang. dari kawan2 sampai la ke cikgu. Semuanya berpotensi untuk jadi mangsa usikan + perangai nakal dorang 2 okeh..tapi, aku yakin sangat yang hati dorang ni masing2 masih suci murni lagi. Takda bintik2 hitam dalam hati macam kebanyakan orang dewasa. So,apa2 pon dengan budak2 ni kena banyak senyum. Amik ati dorang..dorang suka la camtu.

Tiap2 malam bila aku berselisih dengan sesetengah pelajar ni, dorang akan cakap kat aku 'cikgu cantik la..' sambil senyum2 kambing.

Aku bukan nak cerita pasal puji2an dorang pada aku. Tapi tentang sifat budak2 ni. Sebenarnya, aku rasa lagi senang hati bila dengar pujian2 macam tu dari mulut dorang berbanding dengan orang dewasa macam aku ni. Budak2 ni macam mana nakal sekalipon dorang, percayalah, kebanyakan  dari dorang ni, miliki hati yang masih tak dicemari lagi dengan drama2 dunia macam hidup sehari2 kita orang dewasa. Suci and murni. Innocent je. Dengar ja apa yang dorang cakap ni, kita xpayah nak pikir panjang untuk tau samada dorang ikhlas ke x..Kalau kata2 yang kuar dari mulut kita plak, kadang2 tu penoh dengan tipu muslihat, tak ikhlas, ada yang penoh tersirat maksud yang x sepatotnya. Tak dinafikan banyak di antara kita yang akan lakukan sesuatu bila nak dapatkan sesuatu ja..betol x? Kadang2 niat kita menyimpang dari landasan sepatutnya.

Macam 2 situasi kat bawah ni la :
Ada budak2 puji ko cantik masa ko tengah selekeh dengan tshirt+trek suit ja,..dengan;

Sorang lelaki cakap ko cun+seksi bila pakai baju kurung..

Agak2nya pujian yang mana satu nampak lagi mencurigakan? Mana lagi memusykilkan kepala hotak korang?? THINK. Complicated kan jadi orang dewasa ni?
*****
Semalam, masa tengah ajar sorang pelajar ni membaca, aku tanya dia 'awak ada kakak x?' sebab aku rasa muka dia serupa dengan sorang student kelas sebelah. Dia angguk2. Aku dah agak dah. Aku senyum. Aku tanya lagi.. 'kakak awak kelas mana?'. Tau dia jawab apa?? 'kakak saya kat umah cikgu..bla..bla..bla..' panjang la jawapan dia..siap cerita2 pasal kakak dia yang kat umah 2.

Adoi..baru aku tersedar. Habis ja cerita dia, aku tanya lagi, 'kakak awak yang datang belajar sekali kat sini ada x?'. Dia geleng kepala. Salah aku.Terlupa yang aku tengah bercakap dengan budak2. Bajet budak 2 bole paham la kan soklan aku 2 kalau aku tanya sekerat2 ja..apa la aku ni..

Aku lupa yang dengan budak2 ni, kita kena cakap dengan jelas, tanya soklan pon biar jelas and penuh2..x bole nak singkat2kan macam cakap dengan rakan sebaya kita. Kalo x, mestila menyimpang ja jawapan budak 2 dari soklan aku..hahah..biol betol aku time 2.

Budak2 ni lurus. Senang nak ajar. Memang dorang dengar ja cakap kita kalau betol cara kita 2 and kena gayanya. Macam orang selalu kata 'melentur buluh biar dari rebung'. Time dorang still budak2 lagi la waktu yang penting untuk kita bagi didikan yang betol dengan cara yang betol dan bersesuaian dengan umur dorang.
*****
Semalam lepas mengajar, sempat sembang2 kosong kejap dengan cikgu2 yang lain..Rupa2nya dah macam gelaran yang cikgu2 and pelajar2 kat situ dapat. Ketua program dah jadi 'Cikgu Siti Nurhaliza', ada jugak pelajar yang jadi 'Nabil'-muka,cara percakapan and perangai sebijik Nabil.

'seronok cikgu kacau orang ni..ada feeling2 sikit..' Kata si Nabil ni masa sorang cikgu pesan ngan dia jangan kacau2 kengkawan yang lain dengan gaya sambil juih2 mulut ke depan macam Nabil..hahah. Aiyya..pening gak jadi cikgu camni..
***** 
Lagi sorang pelajar ni plak tanya aku semalam.

'Cikgu2...kenapa cikgu pakai spek??' (semalam aku memang pakai spek pegi mengajar..dah letih mata aku ni asyik pakai lens ja.)

Aku : cikgu memang pakai spek..sebab mata cikgu x nampak..Cikgu rasa lah kan..cikgu nampak lagi garang kot pakai spek..ngehheheheh..

'Tapi kan cikgu, kalau cikgu takpakai spek, lagi lawa..' Ehh?? Ish budak ni..

Em, kena banyak sabar jelah kan melayan kerenah budak2 ni..tapi, seronok la. Banyak alami hal2 yang tak disangka dengan dorang semua ni. Dah camtu, penat pon tak terasa sangat. Bole la lupa sekejap semua masalah orang dewasa yang selalu ja memeningkan kepala.
*****
Pagi semalam, ofismate aku pinjam pas keja aku kejap sebab pas keja dia tertinggal dalm keta katanya. Pas Keja aku tu kebetulan aku letak sekali dengan tag nama 'CIKGU SHAKIROH' aku 2..masa dia pulangkan pas tu, aku tengah bizi, kalut2 nak setelkan keja aku, so..pas 2 aku taruk ja atas meja. Lupa nak simpan semula (aku memang tak suka pakai pas keja n yang sewaktu dengannya~melainkan terpaksa+mandatori..hehe). Hm, at least masuk la pas 2 dalam laci meja kan..

Pastu..ada pulak sorang opismate aku ni lalu tepi meja ~ dia nak balik meja dia lah..tetiba dia pusing 360 darjah ke belakang. Aku perasan dah pacek 2 nak patah balik kemeja aku. Nak tengok mendalah apala yang tertulis atas tag kat atas meja aku tuh.

Dia pandang aku dengan muka yang agak2 pelik+ kompius sambil tanya.. 'ko jadi cikgu?cikgu apa?

'Cikgu menari..' aku jawab. Buat muka kering+ tak bersalah okeh. Gasak ahh..hahah. Aku jadi cikgu menari. Boleh??ahahaha...

Kalau la aku cikgu menari a.k.a koreografer, x payah la aku susah2 nak jaga suara kan? Jaga bdan sudah..biar solid. Baru la cun nak menari-nari. Tapi, memandangkan aku ni cikgu yang mengajar bebudak, terpaksalah aku jaga suara. Aset 2. Untuk digunakan buat menabur bakti selagi terdaya untuk kepentingan nusa dan bangsa. Ecewahh..hehehe...
*****
Semoga semua pelajar aku 2 akan berjaya dalam hidup di masa depan. insyaALLAH. Amin.

Sekian, laporan cikgu tuisyen untuk minggu ni.
*****
p/s : tengkiu pada Cikgu Siti Nurhaliza yang bagi aku peluang feeling2 jadik cikgu sekejap..hehe

Quote of The Day :
In teaching you cannot see the fruit of a day's work.  It is invisible and remains so, maybe for twenty years.  ~Jacques Barzun

9 ulasan:

  1. Tapi kan cikgu, kalau cikgu takpakai spek, lagi lawa..'

    `so sweet budak tuh..heheheh

    BalasPadam
  2. hehe..kan? actually semua bdk2 ni sweet..masing2 ada pe'el sendiri.

    BalasPadam
  3. Naseb dah baca warning tu siap2, ahaks! XD Memang best jadi cikgu ni kan, ehe.. d(^^,)

    BalasPadam
  4. seronok plak sye bce,...aritu sye nyaris2 jadi cikgu, tpi memandgkn ade hal tk dpt dielakkan, sye terpaksa cancelkan...ngajar tuisyen...:)

    BalasPadam
  5. xpe..lps ni kalau ada peluang lg utk jd cikgu,jz grab je pluang 2..pengalaman 2 x kn dpt d beli kt mana2 pn.

    BalasPadam
  6. ehhee...cikgu,sy takot nk jd cikgu...:)

    BalasPadam
  7. xda apa yg nak ditakotkan la cik ayu..bebudak ni semua baik2..
    yg dtg tuisyen 2 bknnya xda bdk nakal and ada rekod buruk kt skolah msg,tp sbnrnya dorg baik2 ja..mybe cara yg kita guna utk didik+tegur dorg sblm nu yg x kena..bdk2 mmg la nakal.even kita dulu pn mcm tu.. Kita yg dh dewasa ni la yg kena tau cmna nk handle dorg..

    Lps ni jom jadi cikgu sesama k :)

    BalasPadam
  8. tetibe rase trbukak plak ati nk jadi cikgu pas bace n3 yg "pendek" ni...(^__^)

    yeke best...dlu mak sruh jd...aq ckap xnk3...hahaha

    BalasPadam
  9. betol best..x caya ce try jadi cikgu 1ari..heheh

    BalasPadam

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?