SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Isnin, 22 Ogos 2011

Message to the main

Ada orang cakap ~ Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Jikalau Allah berkehendak, gunung pun boleh hancur lebur, kalau gunung pun boleh hancur lebur, bagaimana tidak dengan hati manusia yang lembut dan rapuh?? ~ kan?

Ya Muhaimin Kau peliharakan hatiku untuk terus mecintaiMu..
Ya Jabbar Kau gagahkan hati dan diriku dalam menempuh segala ujianMU.
Ya Ghaffar Kau maafkan segala kesalahanku pada diriMU...
Ya Sami’ Kau dengarlah rintihan hatiku yang merayu padaMU..
Ya Bashiiru Kau lihatlah aku dengan pandangan kasih sayangMu..
Ya Aliimu Kau sahaja yang mengetahui apa yang ada di hatiku ini..
Ya ALLAH ~ hanya kau yang MAHA MENDENGAR (semoga cintaku padaMU takkan terkalahkan dek cinta hambaMU ya ALLAH)

p/s : Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakamNya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Quote of The Day :
Saat tiada lagi yang mencintaimu di dunia ini, yakinlah tetap adanya DIA yang akan sentiasa mengasihani dan mengasihimu sepanjang waktu ~ dunia & akhirat..namun, andai tiada lagi DIA mahu mengasihimu dek kealpaan dirimu dalam mengingatiNYA, bukan sahaja di akhirat, hatta di dunia sekalipun akan lenyaplah semua yang mungkin mencintaimu di sini..
 
["Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai ALLAH membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat."] crdt : Khairil Anwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?