SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu hati

Good morn...eh, dah petang?

Ingatkan pagi lagi.. since kat luar masih berkabus. Putih-putih melati ja atmosfera kat sini kebelakangan ni.

Tempat ni namanya Genting Highlands.

Saja aku letak pic Genting Highlands tu sebab aku nak cakap yang sekarang ni kat tempat aku lagi tebal kabus dari Genting Highlands ok..hebat tak? dah tak payah pergi Genting dah. Kat sini pun dah feeling-feeling Genting Highlands, cuma bezanya sini takda theme park dan udara kat sini tak sejuk + nyaman macam kat sana sebab yang dekat sini bukan kabus, tapi JEREBU.! Jerebu ok, J.E.R.E.B.U. So, panas, sakit mata, sakit tekak, sakit hati kena menghadapi jerebu ni for these few days and tak tau ianya akan berlanjutan sampai bila..harap-harap jerebu cepat hilang ok, jerebu?Takmau berkeliaran lelama sangat macam hantu raya..cepat baik ok? Haih (-.-) >sigh<

Dari pagi tadi, aku sekejap-sekejap pusing belakang pandang cermin opis nih, dok mengagak sendiri jerebu dah berkurang ke belom..adoi la..macam orang takda keja kan?

Aku tak buat ukuran dengan apa-apa alatan pun, bacaan IPU (Indeks Pencemaran udara) pun aku tak buat catatan sebab aku agak pakai jarak penglihatan ja..hahah..setakat ni, apa yang aku dapat dari observation aku sepanjang hari ni adalah, tahap jerebu bagi kawasan sekitar opis dan rumah aku makin meningkat sehingga tengahari tadi. Rumah aku langsung tenggelam dalam jerebu. Tak nampak langsung. Selalunya, hari-hari lain aku boleh nampak dengan jelas rumah aku dari tempat duduk aku kat dalam opis ni. Pusing belakang ja nampak. Pusing ja nampak. rasa macam kerja dari rumah pulak.hahah. Tapi hari ni tak nampak la..risau pulak dengan rumah tetiba..hahah..ok, auta. Bukan rumah yang patut dibimbangkan sekarang ni. Yang patut kita risau sekarang adalah kualiti udara yang kita sedut. Aku yakin sepanjang jerebu sekarang ni mesti kita lagi banyak sedut karbon dioksida berbanding oksigen. Cayolah cakap den ni ha...

Tapi aku rasa bacaan IPU dah menurun sekitar pukul 2pm tadi hingga sekarang sebab bangunan pejabat yang bertentangan dengan cermin opis aku ni dah mula kelihatan. Tapi rumah aku masih hilang ditelan jerebu lagi. Pusat Maritim pun sayup-sayup mata memandang ja, em, hampir tak kelihatan actually. Dan jerebu dijangka akan berlarutan sehingga Ogos. Diulangi, sehingga Ogos ok. Itu ramalan setakat ni la. Which means, sepanjang Ramadhan dan mendekati Syawal nanti mungkin hidup kita masih lagi diselubungi jerebu. Hm, dengar ja pun dah dapat rasa yang situasi tu sangat tak sihat kan?

Jerebu ni memang sinonim sangat dengan sakit tekak, sakit hidung, pedih mata, sesak dada, sesak nafas dan segala bagai lagi..so, bersempena dengan Ramadhan yang dah lama lagi akan bertandang ditemani dengan jerebu-jerebu yang belom nampak gaya nak berkurang ni, banyak-banyakkan lah meminum air kosong dan mengurangkan aktiviti di luar rumah ok. Demi kesihatan dan kesejahteraan bersama. Jangan nanti ada pulak yang guna alasan jerebu untuk skip puasa ye..haip, takmau..takmau..tak baik camtu. ALLAH tau nawaitu kita. Yang penting, apa yang wajib kita dahulukan. InsyaALLAH andai kata dah masuk Ramadhan nanti pun jerebu masih lagi berada disekitar kita, kita tetap boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. InsyaALLAH.

And, harap juga ada kesedaran sivik dari kita semua. Hentikan pembakaran terbuka atau apa-apa aktiviti yang boleh mengundang kebakaran atau apa saja yang boleh mencetuskan dan menyumbang kepada pencemaran udara ok? Pencemaran udara khususnya, dan apa saja pencemaran secara amnya cuba kita elakkan. Starting from today, apa kata kita cuba pupuk sikit perasaan dan semangat cintakan alam sekitar. Bukan dengan manusia ja kita perlu berbaik-baik, dengan alam pun sama. Barulah hidup kita akan jadi lebih berkualiti. Setuju? Tak Setuju? Well, ni pendapat peribadi aku. Open for discussion.

Till then. Jaga kesihatan. Jaga pemikiran. :)

p/s : Jerebu di hati siapa yang tahu..kekekeke (menarik plak status FB adik aku nih bila ulang-ulang baca..lol)


UPDATED (27/6/2013) :

Dah dapat tgk awan bergerak dan langit kelihatan lebih cerah. Rasa lebih menghargai nikmat penglihatan yang diberi. Juga nikmat bernafas tanpa gangguan ~ jerebu dah berkurang..hoorey (",)

X sure Floria tahun ni ada pertunjukan bunga api ke tak, tapi masih berharap pihak penganjur peka dan prihatin dengan isu alam sekitar yang melanda Malaysia sekarang ni,, harap2 xda aktiviti pembakaran bunga api sangat ~ maybe acara akan jadi kurang meriah, tapi kang nanti kelabu balik langit..biarlah tak meriah dia mata dan telinga, daripada tersiksa nanti nak menahan bahana pencemaran udara dsbgnya..

Isnin, 13 Mei 2013

Criticising...

..is what people's around us always do, GOD never.


Aku mau menjadi yang lebih baik.

Aku mau menjadi yang lebih tulus.

Aku mau menjadi yang lebih ikhlas.


Berikan aku peluang.

Panjangkan aku waktu.

Tunjukkan aku jalan.


AMIN.


p/s : Speculation is in the air : kalau kita tidak boleh menilai diri sendiri, jangan sesekali menilai orang lain dengan syak-wasangka kita.


Silence remain the best treatment of all ~ as always.

Rabu, 24 April 2013

Daripada dia, biarlah Dia..

Tersedar dari kebodohan semalam.

Ada sebab kenapa ia dipertontonkan di depan mata kita.

Ada sebab kenapa ia diperdengarkan pada pendengaran kita.

Ada sebab kenapa ia terdetik pada naluri nurani kita.

Aku berusaha menggandakan kadar penggunaan otak dan akal.

Cuba sedaya-upaya mengawal tindakbalas hati dan jiwa.

Dari konsep kaya harta, mungkin tiada bezanya aku dulu dan sekarang..tapi, untuk hati, hidup kebelakangan ni much better than before ~ rasanyalah.

Daripada dia, biarlah Dia saja.

InsyaALLAH. AMIN.

p/s : Nobody's going to present you the truth, look for it instead ~  Matluthfi

Khamis, 11 April 2013

Kalau.

Yang namanya 'KALAU' itu mainan syaitan.

Supaya kita ragu-ragu.

Supaya kita was-was.

Supaya kita menyesali sesuatu yang telah terjadi.

Supaya kita menangisi apa yang sudah berlalu.

Supaya kita goyah pendirian.

Supaya kita tidak tetap iman.

p/s : Sentiasa berbaik sangkalah terhadap apa jua sekalipun rencana-NYA pada kita.

Jumaat, 5 April 2013

Rindu Bakal Bertamu di Abu Dhabi

Jangan salah faham.
Memang aku TAK salah taip tajuk entry tu.
Hep..hep..sapa yang cakap aku nak taip tajuk entry macam tajuk drama slot Akasia yang tayang petang-petang Isnin-Khamis, 6.00 petang kat TV3 yang baru tamat tu? Bukan..bukan.. 
Semalam pegi pick up abang aku kat Puduraya.
Memandangkan aku memang failed dengan  jalan-jalan kat KL ni, maka kena la bawak pemandu arah kan.
Tak lain, tak bukan, memang Tuan Tanah la mangsa yang paling sesuai untuk dijadikan pemandu arah bertauliah tu...hahahaha. Setel satu masalah. 
Lagi pulak semalam aku tak sihat. Tooth ache + fever.
Cycling punya angkara. Dah sakit-sakit kena paksa pi cyling keliling tasik, kena hujan plak tuh..memang memanggil-manggil demam datang menyerang la..ibarat katak memanggil hujan.. ~ ha, kan dah over explain habis semua details.
Dah pick up abang, update-update sikit perkembangan hidup masing-masing, dah kena lecture ilmu kehidupan + cinta + kahwin + kerja sikit. Hah, pulak kan. Adeh..hampir bernanah telinga. Tak kurang jugak sakit gigi den kono ceramah malam-malam..huks.
Actually, abang aku tu nak gi interview kerja. Dia ajak aku sama-sama pegi interview tu..sebab katanya, wife dia (which is kakak aku) bising-bising + risau sebab aku belum dapat permanent job. Mak aku pun join da group la ~ group bising2 + risau.
Dia tanyakan aku apa yang aku nak dalam hidup ni? Dah beberapa peluang kerja dia suruhh aku grab, tapi aku tak ambil. Yang kali ni pun, puas dia pujuk suruh aku try. Tapi, hati berbelah-bagi la. Memang peluang kali ni lebih besar dan lebih menarik, tapi kalau dapat, kena kerja kat Abu Dhabi..dah nanti jadi 'Rindu Bertamu di Abu Dhabi' hah, camano pulak tuh?
Kalau aku dapat keja tu karang, bagi ke mak aku? Dulu kemain lagi mak ayah aku dok ingatkan aku dengan isu-isu keldai dadah semua tuh..hahaha. ~ betul la kata abang aku. Aku ni banyak cekadak. Banyak no alasannya. Kalau nak, cakap nak, kalau taknak cakap taknak. Kan setel?
Tapi macam abang aku cakap, tak salah pun mencuba..kalau takda rezeki, tak dapat keja tu, simpan pengalaman interview tu untuk masa depan. Kalau dapat, Alhamdullillah. Rezeki ALLAH. 
Renung-renungkan la Keet ooii..dan selamat beramal..pheww..  
Sometimes, by holding on too tight, you end up losing what you were trying so hard to save. ~ Gerald Anderson
p/s : Tahniah kat abang ipar aku sebab dah berjaya dapat job yang dia pegi interview tu..
 

Jumaat, 22 Mac 2013

Hujung.

Beberapa hari lepas...

Dalam pukul 4 petang camtu, aku dah kalut-kalut turun ke surau untuk solat.

Oh, tolong jangan tanya aku solat apa pada pukul 4 petang.. (-_-)

Hari tu aku rasa agak busy kat opis..tapi mana bolah jadikan busy sebagai alasan untuk lewat solat kan?haish..lempang diri sendiri.

Siap amik wuduk kat toilet, jalan cepat2 ke surau.

Lalu depan lif.

Ada sorang staf lelaki yang lain. Tengah pakai kasut depan surau. Baru sudah solat jugak kot..ahh, doesn't matter la..kocoh2 aku nak masuk surau..

'Dah hujung-hujung..'

Tetiba ja terkeluar butir ayat tu dari mulut mamat yang tengah pakai kasut tadi. Aku pandang

Hujung?? ~ dalam hati.

Owh..

Nasib baik dia tegur sambil senyum. kalau dia buat muka ketat, memang aku dah rasa tersindir dah tadi.

'Ha'ah..dah terlewat ni, hujung-hujung waktu dah..' balas aku, then terus masuk surau.

Lepas solat, terngiang-ngiang lagi dialog sebabak kat luar surau tadi.

Betapa lalainya manusia ni dengan dunia kan..

p/s : Jika dunia semata-mata yang dikejar, tak mungkin kita dapat memiliki akhirat. Tapi, jika akhirat yang kita cari, InsyaALLAH kita mampu untuk memiliki kedua-duanya ~ dunia dan akhirat. Maka, carilah akhiratmu agar lebih jelas jalan dunia yang kau lalui dan tidak tersasar dari landasan sepatutnya.

Rabu, 2 Januari 2013

2013 : Eh, bila sampai?

*ni entry autopost.

Cepat ja kan dah masuk tahun 2013 pulak. Macam mati juga, isu-isu berkait dengan masa ni takkan datang terlalu awal atau terlambat walaupun sesaat.

Bila sebut pasal tahun  baru, soalan paling tipikal yang hampir kebanyakan orang akan tanya tak lain tak bukan adalah mengenai azam. Kan? Kan?

Azam dan Tahun Baru memang dua istilah yang sukar dipisahkan.Umpamanya macam lagu dan irama.

Kalau tanya aku bab-bab azam tahun baru ni, senang ja.

Kalau nak berazam tak perlu tunggu tahun baru jengah muka..yg penting make sure semua azam yang ditanam tu direalisasikan menjadi realiti..barulah bermakna dan tak sia-sia semua azam yang dibuat tu..barulah terbuka luas jalan menuju kejayaan..kan?

Apa guna tanam azam kalau tak dikotakan?

Apa guna tanam azam yang kita sendiri tau kita tak nak / tak boleh / malas / enggan nak capai kan?

Paling penting, nak buat azam biarlah yang berpadanan dengan diri kita. Ukur baju di badan sendiri. Tak perlu nak buat azam yang kedengarannya gah di telinga orang lain, tapi tak ada hasil dari diri kita sendiri kan? Hampeh. Lupakan saja azam yang macam tu.

Kita tanam azam bukan untuk bermegah-megah atau nak tunjuk pada orang lain yang kita ada azam, kita ada niat untuk melangkah maju ke hadapan pada tahun depan berbanding tahun ini.

Sebaliknya kita tanam azam untuk bagi semangat pada diri kita untuk capai kejayaan.

Azam dibuat untuk DICAPAI. Bukan untuk menambahkan senarai azam tak tertunai yang kita asyik dok kumpul entah sejak dari zaman bila lagi tu.

Tapi aku ada jugak la senarai perkara-perkara yang aku harap aku dapat perbaiki lagi di masa akan datang :-

1) Cuba jadi lebih berhati-hati dan tak cuai as always..(should be no prob la yang ni..cuma perlu lebih fokus ja).

2) Nak jadi pemandu yang berhemah, InsyaALLAH (sebab housemate cakap aku memandu laju. Siap ada bukti lagi.)

3) Nak habiskan bacaan buku-buku baru yang aku dah lama beli tapi belum bersentuh sampai sekarang. (Oh my..ada lagi ke yang aku tak habis baca?? Damn..nampak benor pemalasnya.)

 4) Akan lebih gigih bekerja.. (Ecewah..yang ni pun masuk list..sangat tak boleh blah..list ni patotnya jadi azam setiap hari neh)
*****

And....hey, HAPPY NEW YEAR everyone! Semoga kita semua dikurniakan segala kebaikan dan dihindarkan dari segala keburukan di dunia dan akhirat. InsyaALLAH. AMIN.

*****


*Pendapat aku semata-mata. Tiada kena-mengena dengan orang lain ~ yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

p/s : Walaupun, dengan masuknya tahun baru 2013 menandakan semakin pendeklah nafas yang boleh aku dan kau, dan kau dan kau, dan kita semua hembus kat atas muka bumi ni, tapi aku berharap dan berdoa semoga tahun 2013 akan lebih baik dan indah dari tahun-tahun sebelumnya. AMIN.

Rabu, 4 Julai 2012

Nisfu Syaaban ~ Malam keberkatan.

 
SYAABAN datang bertamu bersama rimbunan keberkatan buat umat Muhammad SAW. Kehadirannya saban tahun menandakan kemuliaan dan keistimewaan buat umat ini dengan rahmat dan pengampunan buat mereka yang dipilih oleh Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA berkata: "Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."

Malam pengampunan.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."

Imam al-Auza'i mentafsirkan musyahin dengan makna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad SAW).

Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi SAW, orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.

Dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."

Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah RA berkata: "Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah SAW, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda SAW di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda SAW bersabda: "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah RA berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."

Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."

Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: "Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud AS "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."

Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka."

Daripada Abu Darda' RA, bahawa Nabi SAW bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.

"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim."
Mustajab doa.

Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah, maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda SAW."

Berkata Abu Sa'id RA, "Apabila Rasulullah SAW keluar solat Subuh, Baginda SAW akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."

Dalam riwayat lain Rasulullah berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril AS dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."

Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda SAW kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril as. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."

sumber - UTUSAN

p/s : Kehadiran Syaaban beri peluang untuk manusia berebut berbuat kebajikan - Ikhlaskan ibadah kepada ALLAH SWT. Semoga segala dosa kita diampuni dan ibadah kita diterima-NYA. AMIN.

Psstt...dah mula terasa angin Ramadhan..kan?

Selasa, 17 April 2012

Sorry 2 hear dat..sabar yer kawan..

Tadi kawan aku mesej inform yang dia and sorang lagi kawan kitorang ada kat balai polis.

Buat report. keta kawan kitorang tu hilang.

Dugaan.

Jom kita sama2 doakan keta yang hilang tu akan ditemui semula.

Pada hambaALLAH yang bertanggungjawab buat perkara tak senonoh tu, harap2 hati dia terbuka untuk menginsafi diri and kesalahan dia sebelum terlambat.

Moga dia sedar yang adalah sangat tidak baik bila kita menganiaya menyakiti dan menyusahkan saudara sesama kita.

p/s : Sabar ye kawan..

Khamis, 22 Mac 2012

3 malam

Ni bukan entry '3 Malam Tanpa Bintang' okek..?
 
3 malam penuh doa.
3 malam penuh pengharapan.
3 malam penuh bimbang.
3 malam penuh tanda tanya.
3 malam bermain dengan teka-teki.
3 malam aku tercongok depan komputer ~ refresh email setiap 5 saat.

Dengan satu harapan.

Satu lafaz untuk 3 malam yang terasa panjang.
Satu lafaz untuk harapan yang mula menunjukkan wajah.
Satu lafaz mengiringi rasa hati yang kian lega.
Satu lafaz yang menghurai persoalan.
Satu lafaz untuk satu jawapan yang aku jumpa.
Satu lafaz untuk bermacam rasa yang singgah dalam jiwa.
Satu lafaz yang menggambarkan segalanya.
Satu lafaz hanya untuk Dia yang mendengar.

ALHAMDULILLAH.

Sentiasa ada Dia untuk mendengar keluhan kita. Senyum dan berbahagialah selalu dengan hidup yang sementara ni. Memang akan sentiasa ada hikmah untuk semuanya.

p/s : To all my dearest sisters, tengkiu atas sokongan dan dorongan. Ceewahh..hihihih...

Isnin, 22 Ogos 2011

Message to the main

Ada orang cakap ~ Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa. Jikalau Allah berkehendak, gunung pun boleh hancur lebur, kalau gunung pun boleh hancur lebur, bagaimana tidak dengan hati manusia yang lembut dan rapuh?? ~ kan?

Ya Muhaimin Kau peliharakan hatiku untuk terus mecintaiMu..
Ya Jabbar Kau gagahkan hati dan diriku dalam menempuh segala ujianMU.
Ya Ghaffar Kau maafkan segala kesalahanku pada diriMU...
Ya Sami’ Kau dengarlah rintihan hatiku yang merayu padaMU..
Ya Bashiiru Kau lihatlah aku dengan pandangan kasih sayangMu..
Ya Aliimu Kau sahaja yang mengetahui apa yang ada di hatiku ini..
Ya ALLAH ~ hanya kau yang MAHA MENDENGAR (semoga cintaku padaMU takkan terkalahkan dek cinta hambaMU ya ALLAH)

p/s : Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakamNya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Quote of The Day :
Saat tiada lagi yang mencintaimu di dunia ini, yakinlah tetap adanya DIA yang akan sentiasa mengasihani dan mengasihimu sepanjang waktu ~ dunia & akhirat..namun, andai tiada lagi DIA mahu mengasihimu dek kealpaan dirimu dalam mengingatiNYA, bukan sahaja di akhirat, hatta di dunia sekalipun akan lenyaplah semua yang mungkin mencintaimu di sini..
 
["Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai ALLAH membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat."] crdt : Khairil Anwar

Selasa, 16 Ogos 2011

Tenangkanlah..

Ya Allah,
Tenangkan hati yg resah ini.
Hati yg mendambakan sebuah ketenangan.
Tiada banyak pintaku, hanya skelumit rahmat dari Mu ya Allah.
Andai tiada rahmat dari mu, pasti aku rebah dan tiada nilai disisi-Mu.

Amiinn..

Isnin, 15 Ogos 2011

Doaku padamu..

"Ya Allah, ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian, yang tersembunyi dan nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan segala dosa yang mana Engkau amat mengetahuinya daripadaku, Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahan, tidak ada Tuhan selain daripada Engkau, wahai Tuhan yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (pegangan kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjungi titah-Mu. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang zalim."


"Ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkaulah cahaya yang menerangi langit dan bumi serta seisinya, Engkau yang hak, janji-Mu adalah haq (benar), menghadap kepada-Mu itu juga haq (pasti), syurga itu haq (benar), neraka itu haq, hari kiamat itu haq, nabi itu-nabi itu adalah haq dan nabi Muhammad itu haq. Ya Allah, kepada-Mu sajalah aku berserah diri, kepada-Mu sajalah aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu sajalah aku bertahkim. Maka ampunilah dosaku yang silam dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang nyata. Engkau yang awal dan Engkau yang terakhir. Tiada Tuhan selain Engkau. dan tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah." 

p/s : Tiadalah seluruh hidup ini untuk sesiapa melainkan untuk menghambakan diri kepada ALLAH S.W.T ~ Penguasa pada hari pembalasan. ALLAH akan tetap berpihak pada kebenaran. PERCAYALAH. Kerana percaya itu adalah IMAN. > Bimbinglah hati hambaMU ya ALLAH, tuhan yang berkuasa bagi segalanya..Amiinn..

Quote of The Day :
KETIKA kita sedih, ketika itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan. Ketika kita sakit, ketika itulah kita dapat merasakan nikmatnya kesihatan. Ketika kita sunyi tanpa teman, ketika itulah kita tahu betapa berharganya sebuah persahabatan... ~ Mohd Adha