Andai aku sempurna..
tiada aku di dunia, aku kekal di syurga.
Andai sempurna yang kau, dia dan mereka cari..
itu bukan aku.
Tidak hidup aku senafas lebih dari yang telah ditetapkan oleh-NYA dengan kata puji mereka semua, dan tidak mati aku sesaat awal dari yang telah ditentukan oleh-NYA dengan maki keji kau dan dia.
SumBody Me..
- keet
- Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
- Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!
Lapor Diri sini
Saksi Kejadian
Memaparkan catatan dengan label rahsia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rahsia. Papar semua catatan
Isnin, 23 September 2013
Jumaat, 28 Jun 2013
Art is life..
![]() |
| Sebulatnya ~ The Fabulous Cat |
![]() |
| Talking to the moon ~ Bruno Mars |
![]() |
| Owl City. |
![]() |
| Mini Cooper ~ all time feberet -,- |
Iklan jap.
![]() |
| Nak shawl cantik untuk pakai raya?? Klik SINI |
Sambung balik.
![]() |
| Eh..baru prasan. Woi..woi sapa yang gatal tangan conteng 'hubby & keet' kat hasil seni aku neh?? |
Ok, aku boring..hahaha
p/s : Life is art...
Jenis kes :
aku dan sesuatu,
Art is Life,
De'Wanie Scarf and Shawl,
Fotografi,
Life is Art,
Live Your Life,
Mini Cooper,
rahsia,
senget,
Songs
Khamis, 11 April 2013
Kalau.
Yang namanya 'KALAU' itu mainan syaitan.
Supaya kita ragu-ragu.
Supaya kita was-was.
Supaya kita menyesali sesuatu yang telah terjadi.
Supaya kita menangisi apa yang sudah berlalu.
Supaya kita goyah pendirian.
Supaya kita tidak tetap iman.
p/s : Sentiasa berbaik sangkalah terhadap apa jua sekalipun rencana-NYA pada kita.
Supaya kita ragu-ragu.
Supaya kita was-was.
Supaya kita menyesali sesuatu yang telah terjadi.
Supaya kita menangisi apa yang sudah berlalu.
Supaya kita goyah pendirian.
Supaya kita tidak tetap iman.
p/s : Sentiasa berbaik sangkalah terhadap apa jua sekalipun rencana-NYA pada kita.
Jenis kes :
aku dan sesuatu,
doa,
dugaan,
dunia,
emo,
iman,
Live Your Life,
rahsia
Rabu, 6 Mac 2013
Seuntai kata untuk dirasa ~ Pudar.
Setelah mengetahui sedikit kebenaran..
akhirnya rasa itu semakin pudar.
ALHAMDULLILLAH.
'A clear rejection is always better than a fake promises'
'A clear rejection is always better than a fake promises'
p/s : sebuah rasa itu, walaupun indah tapi jika tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri mahupun orang lain, lebih elok jika dihindarkan.
Ahad, 30 Disember 2012
Stupid mistakes
Ni cerita siang tadi.
Memula masa nak pergi kolej adik aku kat Bangi. Nak gi hantar laptop (motif aku nak bagitau sebab musabab aku ke sana ni dah apahal Kit?).
Tersalah masuk simpang kat roundabout. Bukan sekali. Yeap, dua kali..hmm, my bad. Entah berangan ke hapa. Tak ketahuan hala. Memula tu tersalah masuk simpang ke kawasan perumahan. Ok la, fine..my fault. So, cari la jalan untuk U-turn balik.
Lepas tu, pun salah simpang lagi..apa kejadah la aku pergi masuk simpang jalan nak ke JPJ pulak neh..adeh..kena U-Turn lagi. Bertambah fed up aku dengan roundabout (padahal salah sendiri, roundabout xda kaitan pun kena blamed..hahah..manusia..manusia).
Entah apa ke bangang la aku tadi. Padahal ini bukan la kali pertama aku nak ke kolej adik aku tu..dah berkali-kali dah pun. Gamaknya pak-pak dan mak-mak guard gate belakang IPT tempat adik aku belajar tu pun dah cam muka aku. Harap-harap tak cam lah..heheh.
*****
Balik ja dari kolej, aku dah congak-congak dalam kepala. Kalau balik rumah awal mesti dilanda kebosanan. Maka, aku pun dengan niat nak melepak + buang masa, terus heading to butik makcik kawan aku di kawasan berdekatan.
Sebelum keluar rumah tadi memang dah standby pinjam laptop Tuan Tanah yang memang dah lama aku pinjam tak pulang-pulang..hahah. Konon-konon nak online sambil lepak. KONON nya lah.
Penat melepak kat butik, aku and kawan aku pun keluar ke ATM kejap, pastu gi cari makan.
Ha, part ni tak bleh blah..boleh pulak aku tercicirkan henpon aku Cik Korbi kat kedai makan tu. Dah tu lansung tak sedar henpon cicir. Nampak sangat Cik Korbi dah tak berguna untuk diri aku..wahahaha.
Nasib baik adik ensem kedai makan tu sempat lari-lari ala-ala hindustan hantar Cik Korbi aku tu. Time tu aku dah elok-elok masuk keta, ready nak tutup pintu keta dah pun. Mujur betul. kalo tak malam kang meraung la aku Cik Korbi hilang.
Walaupun aku pakai henpon cikai ja, tapi isi kandungan Cik Korbi tu yang penting. Banyak benda-benda yang Private & Confidential. Harap-harap orang yang jumpa Cik Korbi tadi jujur ikhlas tak explore apa-apa lah.
Tapi tu lah. Apa nak buat ea. aku ni memang mahir lagi pakar dalam bab-bab tercicir barang ni. Cik Korbi tu kalau boleh bercakap, mau jugak dia pergi buat aduan ke Tribunal Pengguna ni sebab aku asyik jatuhkan dia ja..sehari tak cukup sepuluh kali (kadang-kadang lebih) aku jatuhkan dia memang tak sah. dah macam ada saka pulak yang selalu tolong jatuhkan Cik Korbi aku rasa..heheh..ok2.ayat dramatis tak boleh blah.
*****
Malamnya plak, tadi masa nak balik rumah pun ada berlaku sesuatu. Tapi memandangkan 'sesuatu' tu bukanlah aku punya 'another stupid mistakes' cuma ianya sedikit misteri dan dah ala-ala paralimpik paranormal, supernatural, superstitous pun ada, so, aku tangguhkan dululah cerita tu ke next entry okek..dah ngantok. Nak tido, esok nak kena bangun awal. Nak pi lepak-lepak lagi..hahahahah.
p/s : Sebenarnya ada sikit-sikit rasa seram nak taip apa yang jadi waktu malam masa nak balik rumah tadi..heheh.
Langgan:
Catatan (Atom)





