SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan

Isnin, 23 September 2013

Sempurna

Andai aku sempurna..
tiada aku di dunia, aku kekal di syurga.

Andai sempurna yang kau, dia dan mereka cari..
itu bukan aku.

Rabu, 11 September 2013

Hikmah

Kalau nak bercakap tentang perkara-perkaran yang boleh, sudah dan akan melukakan kita...banyak.

Memang banyak. Kan?

Makan chipsmore pun boleh melukakan.

Tak percaya?

Ce makan chipsmore dalam kuantiti yang banyak. Tekstur chipsmore yang kasar tu boleh melukakan permukaan lidah.

Memang sakit.

Cuma hikmahnya adalah, bila lidah terluka, malas la nak cakap banyak..so dapat mengurangkan bercakap benda2 yang lagha and ntah hapa-hapa..cakap perkara yang perlu ja.

Ha, itu la yang kita panggil hikmah.

~ saja terlintas aku nak tulis entry ni sebab nampak chipsmore dalam drawer kat opis. Chipsmore yang kasi luka lidah and langit-langit aku semalam - hikmah (-_-')

Jumaat, 6 September 2013

Luka yang membengkak (T_T')

Luka...
yang berdarahnya di dalam, makin membengkak pada luaran.

Pedih.
Sakit.

(T_T)

Dapat dilihat pada luaranm oleh mata kasar semua orang andai dizahirkan..
tapi hanya dapat dirasa pedih dan sakitnya oleh pemilik diri.

(T_T)

*****************

Isk...apa kejadahnya jari bengkak tersepit pintu kereta, pastu nak update entry jiwang kat blog kan aku nih..? LOL

Jari yang tersepit tadi tu dah membengkak macam perut ibu mengandung 4 bulan dah. SAKIT..!!
Dah mula nampak bakal darah beku kat bahagian depan jari. Memang tahap nak menangis.. (T_T)

p/s : luka di hati sapa la yang tau kan.. (-_-')

Selasa, 27 Ogos 2013

Mulut penuh gula

Yang rendah ingin menjadi tinggi.
Yang tinggi ingin mendominasi.

Masing-masing ~ mulut penuh gula.

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu hati

Good morn...eh, dah petang?

Ingatkan pagi lagi.. since kat luar masih berkabus. Putih-putih melati ja atmosfera kat sini kebelakangan ni.

Tempat ni namanya Genting Highlands.

Saja aku letak pic Genting Highlands tu sebab aku nak cakap yang sekarang ni kat tempat aku lagi tebal kabus dari Genting Highlands ok..hebat tak? dah tak payah pergi Genting dah. Kat sini pun dah feeling-feeling Genting Highlands, cuma bezanya sini takda theme park dan udara kat sini tak sejuk + nyaman macam kat sana sebab yang dekat sini bukan kabus, tapi JEREBU.! Jerebu ok, J.E.R.E.B.U. So, panas, sakit mata, sakit tekak, sakit hati kena menghadapi jerebu ni for these few days and tak tau ianya akan berlanjutan sampai bila..harap-harap jerebu cepat hilang ok, jerebu?Takmau berkeliaran lelama sangat macam hantu raya..cepat baik ok? Haih (-.-) >sigh<

Dari pagi tadi, aku sekejap-sekejap pusing belakang pandang cermin opis nih, dok mengagak sendiri jerebu dah berkurang ke belom..adoi la..macam orang takda keja kan?

Aku tak buat ukuran dengan apa-apa alatan pun, bacaan IPU (Indeks Pencemaran udara) pun aku tak buat catatan sebab aku agak pakai jarak penglihatan ja..hahah..setakat ni, apa yang aku dapat dari observation aku sepanjang hari ni adalah, tahap jerebu bagi kawasan sekitar opis dan rumah aku makin meningkat sehingga tengahari tadi. Rumah aku langsung tenggelam dalam jerebu. Tak nampak langsung. Selalunya, hari-hari lain aku boleh nampak dengan jelas rumah aku dari tempat duduk aku kat dalam opis ni. Pusing belakang ja nampak. Pusing ja nampak. rasa macam kerja dari rumah pulak.hahah. Tapi hari ni tak nampak la..risau pulak dengan rumah tetiba..hahah..ok, auta. Bukan rumah yang patut dibimbangkan sekarang ni. Yang patut kita risau sekarang adalah kualiti udara yang kita sedut. Aku yakin sepanjang jerebu sekarang ni mesti kita lagi banyak sedut karbon dioksida berbanding oksigen. Cayolah cakap den ni ha...

Tapi aku rasa bacaan IPU dah menurun sekitar pukul 2pm tadi hingga sekarang sebab bangunan pejabat yang bertentangan dengan cermin opis aku ni dah mula kelihatan. Tapi rumah aku masih hilang ditelan jerebu lagi. Pusat Maritim pun sayup-sayup mata memandang ja, em, hampir tak kelihatan actually. Dan jerebu dijangka akan berlarutan sehingga Ogos. Diulangi, sehingga Ogos ok. Itu ramalan setakat ni la. Which means, sepanjang Ramadhan dan mendekati Syawal nanti mungkin hidup kita masih lagi diselubungi jerebu. Hm, dengar ja pun dah dapat rasa yang situasi tu sangat tak sihat kan?

Jerebu ni memang sinonim sangat dengan sakit tekak, sakit hidung, pedih mata, sesak dada, sesak nafas dan segala bagai lagi..so, bersempena dengan Ramadhan yang dah lama lagi akan bertandang ditemani dengan jerebu-jerebu yang belom nampak gaya nak berkurang ni, banyak-banyakkan lah meminum air kosong dan mengurangkan aktiviti di luar rumah ok. Demi kesihatan dan kesejahteraan bersama. Jangan nanti ada pulak yang guna alasan jerebu untuk skip puasa ye..haip, takmau..takmau..tak baik camtu. ALLAH tau nawaitu kita. Yang penting, apa yang wajib kita dahulukan. InsyaALLAH andai kata dah masuk Ramadhan nanti pun jerebu masih lagi berada disekitar kita, kita tetap boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. InsyaALLAH.

And, harap juga ada kesedaran sivik dari kita semua. Hentikan pembakaran terbuka atau apa-apa aktiviti yang boleh mengundang kebakaran atau apa saja yang boleh mencetuskan dan menyumbang kepada pencemaran udara ok? Pencemaran udara khususnya, dan apa saja pencemaran secara amnya cuba kita elakkan. Starting from today, apa kata kita cuba pupuk sikit perasaan dan semangat cintakan alam sekitar. Bukan dengan manusia ja kita perlu berbaik-baik, dengan alam pun sama. Barulah hidup kita akan jadi lebih berkualiti. Setuju? Tak Setuju? Well, ni pendapat peribadi aku. Open for discussion.

Till then. Jaga kesihatan. Jaga pemikiran. :)

p/s : Jerebu di hati siapa yang tahu..kekekeke (menarik plak status FB adik aku nih bila ulang-ulang baca..lol)


UPDATED (27/6/2013) :

Dah dapat tgk awan bergerak dan langit kelihatan lebih cerah. Rasa lebih menghargai nikmat penglihatan yang diberi. Juga nikmat bernafas tanpa gangguan ~ jerebu dah berkurang..hoorey (",)

X sure Floria tahun ni ada pertunjukan bunga api ke tak, tapi masih berharap pihak penganjur peka dan prihatin dengan isu alam sekitar yang melanda Malaysia sekarang ni,, harap2 xda aktiviti pembakaran bunga api sangat ~ maybe acara akan jadi kurang meriah, tapi kang nanti kelabu balik langit..biarlah tak meriah dia mata dan telinga, daripada tersiksa nanti nak menahan bahana pencemaran udara dsbgnya..

Isnin, 13 Mei 2013

Criticising...

..is what people's around us always do, GOD never.


Aku mau menjadi yang lebih baik.

Aku mau menjadi yang lebih tulus.

Aku mau menjadi yang lebih ikhlas.


Berikan aku peluang.

Panjangkan aku waktu.

Tunjukkan aku jalan.


AMIN.


p/s : Speculation is in the air : kalau kita tidak boleh menilai diri sendiri, jangan sesekali menilai orang lain dengan syak-wasangka kita.


Silence remain the best treatment of all ~ as always.

Rabu, 24 April 2013

Daripada dia, biarlah Dia..

Tersedar dari kebodohan semalam.

Ada sebab kenapa ia dipertontonkan di depan mata kita.

Ada sebab kenapa ia diperdengarkan pada pendengaran kita.

Ada sebab kenapa ia terdetik pada naluri nurani kita.

Aku berusaha menggandakan kadar penggunaan otak dan akal.

Cuba sedaya-upaya mengawal tindakbalas hati dan jiwa.

Dari konsep kaya harta, mungkin tiada bezanya aku dulu dan sekarang..tapi, untuk hati, hidup kebelakangan ni much better than before ~ rasanyalah.

Daripada dia, biarlah Dia saja.

InsyaALLAH. AMIN.

p/s : Nobody's going to present you the truth, look for it instead ~  Matluthfi

Jumaat, 19 April 2013

La escapada

Bahagian : Cuti-cuti Malaysia

Dari hujung tahun lepas, sampai la ke bulan lepas, hidup mmg busy sikit ke sana-ke sini  dengan tanpa arah bermacam tujuan.

Tujuan apa pun aku dah malas nk menaip + x ingat semuanya..tapi sebab suka over dan nak jugak kepoh dalam blog, so, lets pictures do the talking okeh...Zzzz..


KENDURI KAWEN KAWAN-KAWAN

Comei.

Dusty Purple + White = Perfect Match.
Permaisuri sehari.

Who will walk with me..through the rain and the pain...? ~ perghh..menjiwang.
....


MELAKA

Duta tak berbayar @ Jonker Street.
Hotel Casa de La Rio ~ eh, betol kot nama hotel ni..haha
Kalau nak jenjalan jamu mata mahupun buang duit kat Melaka memang best.heheh.


JOHOR

Eh, macam mana pic kat Johor boleh lansung tak de ni? adeh la..kes rushing nak balik awal punya pasal la ni..

Johor, best. Tapi tak sempat nak ronda-ronda sebab kalut nak balik packing barang untuk ke Sabah plak esoknya.


SABAH

Cari dan Menang. Toing toing.
Pulau Sapi + Manukan ~ Sabah bhaa..
LCCT
Beso gilos sotong kat Sabah ni..
Pandang jauh ke lautan macam pandang ke satu arah yang takda penghujung. Aku try-try gak ushar kot-kot ada Black Pearl tengah-tengah lautan ni, tapi ni ja yang jumpa..
Dulu nama dia Jesselton.
Rumah terbalik takpa, jangan otak terbalik. Okeh?

Kancil dari Johor. Kesian. Jauh-jauh datang ke Sabah untuk diterbalikkan.
Lupa nak snap pic tiket masuk yang mahal tuh.
Mount Kinabalu. Sejuk.
Di sebalik awan.
Jambatan sudah roboh Tamparuli. Eh, sapa tu?



Ok. Boleh tak, dah kat Sabah nun, lupa plak nak pi dairy farm kat Kundasang tu. Hesh, dia nak suruh aku pi sana lagi la tu..kan? Kan?

Over all, Sabah memang best.


TERENGGANU

Calm
Agro Resort
Agro Resort lagik.
Masjid Kristal
Klu : sini adalah Pantai yang menjadi lokasi penggambaran Mael Lambong.
Harus la ea kalau wedding photoshoot nak kena lompat-lompat cenggini? ~ tipikal kan..? Yang penting pengantin paling tinggi lompat..hahah
Kenduri sana-sini, perot pon dah terjojol..haha


PAHANG (GENTING HIGHLANDS)
Escalator pon bolehhh..
Kata Genting Highlands, harus la ada pic cable car @ skyway kan.
Tadaa..
Star walk ~ cenggini ke?kahkahkah..
Terharu mak ada nama mak kat Genting noks..ahaks!
Space shot ~ since the last time naik mendalah ni, rasa macam nak tercabut jantung..tapi naik tetap naik.

lupa cakap. Aku ni spesies yang boleh tido di mana saja, hatta di bilik karaoke sekalipun. SERIOUSLY. Tak caya? Try me.
Frontpage ~ Melayu Muslim bercumbu di tempat awam.

WARNING : Yes, I'm DANGER!
Freestyle.
Pose bajet Naomi Campbell..kahkahkah
'Ku Menunggu..ku menunggu kau putus dengan kekasihmu..' ceitt..
Yang ni ponnn ~ pengaruh budak atas tadi la tu.
Fly.
Ni la pe'el bebudak tak da keja..hahaha

Genting, as always full of excitement and fun..weee... :)

Khamis, 11 April 2013

Kalau.

Yang namanya 'KALAU' itu mainan syaitan.

Supaya kita ragu-ragu.

Supaya kita was-was.

Supaya kita menyesali sesuatu yang telah terjadi.

Supaya kita menangisi apa yang sudah berlalu.

Supaya kita goyah pendirian.

Supaya kita tidak tetap iman.

p/s : Sentiasa berbaik sangkalah terhadap apa jua sekalipun rencana-NYA pada kita.

Jumaat, 5 April 2013

Rindu Bakal Bertamu di Abu Dhabi

Jangan salah faham.
Memang aku TAK salah taip tajuk entry tu.
Hep..hep..sapa yang cakap aku nak taip tajuk entry macam tajuk drama slot Akasia yang tayang petang-petang Isnin-Khamis, 6.00 petang kat TV3 yang baru tamat tu? Bukan..bukan.. 
Semalam pegi pick up abang aku kat Puduraya.
Memandangkan aku memang failed dengan  jalan-jalan kat KL ni, maka kena la bawak pemandu arah kan.
Tak lain, tak bukan, memang Tuan Tanah la mangsa yang paling sesuai untuk dijadikan pemandu arah bertauliah tu...hahahaha. Setel satu masalah. 
Lagi pulak semalam aku tak sihat. Tooth ache + fever.
Cycling punya angkara. Dah sakit-sakit kena paksa pi cyling keliling tasik, kena hujan plak tuh..memang memanggil-manggil demam datang menyerang la..ibarat katak memanggil hujan.. ~ ha, kan dah over explain habis semua details.
Dah pick up abang, update-update sikit perkembangan hidup masing-masing, dah kena lecture ilmu kehidupan + cinta + kahwin + kerja sikit. Hah, pulak kan. Adeh..hampir bernanah telinga. Tak kurang jugak sakit gigi den kono ceramah malam-malam..huks.
Actually, abang aku tu nak gi interview kerja. Dia ajak aku sama-sama pegi interview tu..sebab katanya, wife dia (which is kakak aku) bising-bising + risau sebab aku belum dapat permanent job. Mak aku pun join da group la ~ group bising2 + risau.
Dia tanyakan aku apa yang aku nak dalam hidup ni? Dah beberapa peluang kerja dia suruhh aku grab, tapi aku tak ambil. Yang kali ni pun, puas dia pujuk suruh aku try. Tapi, hati berbelah-bagi la. Memang peluang kali ni lebih besar dan lebih menarik, tapi kalau dapat, kena kerja kat Abu Dhabi..dah nanti jadi 'Rindu Bertamu di Abu Dhabi' hah, camano pulak tuh?
Kalau aku dapat keja tu karang, bagi ke mak aku? Dulu kemain lagi mak ayah aku dok ingatkan aku dengan isu-isu keldai dadah semua tuh..hahaha. ~ betul la kata abang aku. Aku ni banyak cekadak. Banyak no alasannya. Kalau nak, cakap nak, kalau taknak cakap taknak. Kan setel?
Tapi macam abang aku cakap, tak salah pun mencuba..kalau takda rezeki, tak dapat keja tu, simpan pengalaman interview tu untuk masa depan. Kalau dapat, Alhamdullillah. Rezeki ALLAH. 
Renung-renungkan la Keet ooii..dan selamat beramal..pheww..  
Sometimes, by holding on too tight, you end up losing what you were trying so hard to save. ~ Gerald Anderson
p/s : Tahniah kat abang ipar aku sebab dah berjaya dapat job yang dia pegi interview tu..
 

Jumaat, 22 Mac 2013

Hujung.

Beberapa hari lepas...

Dalam pukul 4 petang camtu, aku dah kalut-kalut turun ke surau untuk solat.

Oh, tolong jangan tanya aku solat apa pada pukul 4 petang.. (-_-)

Hari tu aku rasa agak busy kat opis..tapi mana bolah jadikan busy sebagai alasan untuk lewat solat kan?haish..lempang diri sendiri.

Siap amik wuduk kat toilet, jalan cepat2 ke surau.

Lalu depan lif.

Ada sorang staf lelaki yang lain. Tengah pakai kasut depan surau. Baru sudah solat jugak kot..ahh, doesn't matter la..kocoh2 aku nak masuk surau..

'Dah hujung-hujung..'

Tetiba ja terkeluar butir ayat tu dari mulut mamat yang tengah pakai kasut tadi. Aku pandang

Hujung?? ~ dalam hati.

Owh..

Nasib baik dia tegur sambil senyum. kalau dia buat muka ketat, memang aku dah rasa tersindir dah tadi.

'Ha'ah..dah terlewat ni, hujung-hujung waktu dah..' balas aku, then terus masuk surau.

Lepas solat, terngiang-ngiang lagi dialog sebabak kat luar surau tadi.

Betapa lalainya manusia ni dengan dunia kan..

p/s : Jika dunia semata-mata yang dikejar, tak mungkin kita dapat memiliki akhirat. Tapi, jika akhirat yang kita cari, InsyaALLAH kita mampu untuk memiliki kedua-duanya ~ dunia dan akhirat. Maka, carilah akhiratmu agar lebih jelas jalan dunia yang kau lalui dan tidak tersasar dari landasan sepatutnya.