SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label membebel. Papar semua catatan

Isnin, 23 September 2013

Sempurna

Andai aku sempurna..
tiada aku di dunia, aku kekal di syurga.

Andai sempurna yang kau, dia dan mereka cari..
itu bukan aku.

Rabu, 11 September 2013

Hikmah

Kalau nak bercakap tentang perkara-perkaran yang boleh, sudah dan akan melukakan kita...banyak.

Memang banyak. Kan?

Makan chipsmore pun boleh melukakan.

Tak percaya?

Ce makan chipsmore dalam kuantiti yang banyak. Tekstur chipsmore yang kasar tu boleh melukakan permukaan lidah.

Memang sakit.

Cuma hikmahnya adalah, bila lidah terluka, malas la nak cakap banyak..so dapat mengurangkan bercakap benda2 yang lagha and ntah hapa-hapa..cakap perkara yang perlu ja.

Ha, itu la yang kita panggil hikmah.

~ saja terlintas aku nak tulis entry ni sebab nampak chipsmore dalam drawer kat opis. Chipsmore yang kasi luka lidah and langit-langit aku semalam - hikmah (-_-')

Jumaat, 30 Ogos 2013

MAGIS sungguh dia..!


Karya terbaru RAM, MAGIS - coming soon (October 2013)

MAGIS ni, based on apa yang aku baca kt kulit belakang dia (sinopsis) adalah cerita yang menggabungkan banyak watak utama dari pelbagai novel RAM yang terdahulu. Akan mula publish pada Oktober. tarikh yang spesifik sila jangan tanya aku..aku pun tak tau bila.

Eii...tak sabar..!! Tak sabar..!! Tak sabar..!! (ce baca dengan gaya ala-ala Lisa Surirumah Surihani dalam Istanbul Aku Datang tu).

Walhal buku Igauan Maut yang beli aritu pun belum start baca pun lagi (-_-')

Igauan Maut - RAM's first novel - 20 years ago, reprinted.

October..I'll be waiting for you..please come quickly okeh.. (",')

Selasa, 27 Ogos 2013

Mulut penuh gula

Yang rendah ingin menjadi tinggi.
Yang tinggi ingin mendominasi.

Masing-masing ~ mulut penuh gula.

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu hati

Good morn...eh, dah petang?

Ingatkan pagi lagi.. since kat luar masih berkabus. Putih-putih melati ja atmosfera kat sini kebelakangan ni.

Tempat ni namanya Genting Highlands.

Saja aku letak pic Genting Highlands tu sebab aku nak cakap yang sekarang ni kat tempat aku lagi tebal kabus dari Genting Highlands ok..hebat tak? dah tak payah pergi Genting dah. Kat sini pun dah feeling-feeling Genting Highlands, cuma bezanya sini takda theme park dan udara kat sini tak sejuk + nyaman macam kat sana sebab yang dekat sini bukan kabus, tapi JEREBU.! Jerebu ok, J.E.R.E.B.U. So, panas, sakit mata, sakit tekak, sakit hati kena menghadapi jerebu ni for these few days and tak tau ianya akan berlanjutan sampai bila..harap-harap jerebu cepat hilang ok, jerebu?Takmau berkeliaran lelama sangat macam hantu raya..cepat baik ok? Haih (-.-) >sigh<

Dari pagi tadi, aku sekejap-sekejap pusing belakang pandang cermin opis nih, dok mengagak sendiri jerebu dah berkurang ke belom..adoi la..macam orang takda keja kan?

Aku tak buat ukuran dengan apa-apa alatan pun, bacaan IPU (Indeks Pencemaran udara) pun aku tak buat catatan sebab aku agak pakai jarak penglihatan ja..hahah..setakat ni, apa yang aku dapat dari observation aku sepanjang hari ni adalah, tahap jerebu bagi kawasan sekitar opis dan rumah aku makin meningkat sehingga tengahari tadi. Rumah aku langsung tenggelam dalam jerebu. Tak nampak langsung. Selalunya, hari-hari lain aku boleh nampak dengan jelas rumah aku dari tempat duduk aku kat dalam opis ni. Pusing belakang ja nampak. Pusing ja nampak. rasa macam kerja dari rumah pulak.hahah. Tapi hari ni tak nampak la..risau pulak dengan rumah tetiba..hahah..ok, auta. Bukan rumah yang patut dibimbangkan sekarang ni. Yang patut kita risau sekarang adalah kualiti udara yang kita sedut. Aku yakin sepanjang jerebu sekarang ni mesti kita lagi banyak sedut karbon dioksida berbanding oksigen. Cayolah cakap den ni ha...

Tapi aku rasa bacaan IPU dah menurun sekitar pukul 2pm tadi hingga sekarang sebab bangunan pejabat yang bertentangan dengan cermin opis aku ni dah mula kelihatan. Tapi rumah aku masih hilang ditelan jerebu lagi. Pusat Maritim pun sayup-sayup mata memandang ja, em, hampir tak kelihatan actually. Dan jerebu dijangka akan berlarutan sehingga Ogos. Diulangi, sehingga Ogos ok. Itu ramalan setakat ni la. Which means, sepanjang Ramadhan dan mendekati Syawal nanti mungkin hidup kita masih lagi diselubungi jerebu. Hm, dengar ja pun dah dapat rasa yang situasi tu sangat tak sihat kan?

Jerebu ni memang sinonim sangat dengan sakit tekak, sakit hidung, pedih mata, sesak dada, sesak nafas dan segala bagai lagi..so, bersempena dengan Ramadhan yang dah lama lagi akan bertandang ditemani dengan jerebu-jerebu yang belom nampak gaya nak berkurang ni, banyak-banyakkan lah meminum air kosong dan mengurangkan aktiviti di luar rumah ok. Demi kesihatan dan kesejahteraan bersama. Jangan nanti ada pulak yang guna alasan jerebu untuk skip puasa ye..haip, takmau..takmau..tak baik camtu. ALLAH tau nawaitu kita. Yang penting, apa yang wajib kita dahulukan. InsyaALLAH andai kata dah masuk Ramadhan nanti pun jerebu masih lagi berada disekitar kita, kita tetap boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. InsyaALLAH.

And, harap juga ada kesedaran sivik dari kita semua. Hentikan pembakaran terbuka atau apa-apa aktiviti yang boleh mengundang kebakaran atau apa saja yang boleh mencetuskan dan menyumbang kepada pencemaran udara ok? Pencemaran udara khususnya, dan apa saja pencemaran secara amnya cuba kita elakkan. Starting from today, apa kata kita cuba pupuk sikit perasaan dan semangat cintakan alam sekitar. Bukan dengan manusia ja kita perlu berbaik-baik, dengan alam pun sama. Barulah hidup kita akan jadi lebih berkualiti. Setuju? Tak Setuju? Well, ni pendapat peribadi aku. Open for discussion.

Till then. Jaga kesihatan. Jaga pemikiran. :)

p/s : Jerebu di hati siapa yang tahu..kekekeke (menarik plak status FB adik aku nih bila ulang-ulang baca..lol)


UPDATED (27/6/2013) :

Dah dapat tgk awan bergerak dan langit kelihatan lebih cerah. Rasa lebih menghargai nikmat penglihatan yang diberi. Juga nikmat bernafas tanpa gangguan ~ jerebu dah berkurang..hoorey (",)

X sure Floria tahun ni ada pertunjukan bunga api ke tak, tapi masih berharap pihak penganjur peka dan prihatin dengan isu alam sekitar yang melanda Malaysia sekarang ni,, harap2 xda aktiviti pembakaran bunga api sangat ~ maybe acara akan jadi kurang meriah, tapi kang nanti kelabu balik langit..biarlah tak meriah dia mata dan telinga, daripada tersiksa nanti nak menahan bahana pencemaran udara dsbgnya..

Isnin, 13 Mei 2013

Criticising...

..is what people's around us always do, GOD never.


Aku mau menjadi yang lebih baik.

Aku mau menjadi yang lebih tulus.

Aku mau menjadi yang lebih ikhlas.


Berikan aku peluang.

Panjangkan aku waktu.

Tunjukkan aku jalan.


AMIN.


p/s : Speculation is in the air : kalau kita tidak boleh menilai diri sendiri, jangan sesekali menilai orang lain dengan syak-wasangka kita.


Silence remain the best treatment of all ~ as always.

Rabu, 24 April 2013

Daripada dia, biarlah Dia..

Tersedar dari kebodohan semalam.

Ada sebab kenapa ia dipertontonkan di depan mata kita.

Ada sebab kenapa ia diperdengarkan pada pendengaran kita.

Ada sebab kenapa ia terdetik pada naluri nurani kita.

Aku berusaha menggandakan kadar penggunaan otak dan akal.

Cuba sedaya-upaya mengawal tindakbalas hati dan jiwa.

Dari konsep kaya harta, mungkin tiada bezanya aku dulu dan sekarang..tapi, untuk hati, hidup kebelakangan ni much better than before ~ rasanyalah.

Daripada dia, biarlah Dia saja.

InsyaALLAH. AMIN.

p/s : Nobody's going to present you the truth, look for it instead ~  Matluthfi

Isnin, 15 April 2013

Anti media sosial.

Henpon aku rosak lagi. Hoyeaahh.!! Syabas untuk aku. (lompat bintang 146 kali)

Baru semalam ja Tuan Tanah suruh aku beli henpon baru.

Mana boleh.

Duit tabungan yang ada elok la aku salurkan untuk Beto ke, Kusyairi ke..eh, lupa, aritu aku dapat beskal sebijik..hihik. Tengkiu beribu-ribu lemon pada yang memberi.hehe.

Pasni jadi cycler (betol ke words aku ni?haha) tegar la aku..kononnya. Ha, itu la yang namanya Kusyairi. Hensem. Macam Beto jugak..tapi Beto lagi hensem..tiada tandingan.hahah.

Eh, tadi nak cerita pasal Cik Korbi la sebenarnya. Dah melalut tercerita pasal Kusyairi pulak. Sudah.

Cik Korbi ni ha, rosak lagi..stress aku.

Nak call out tak dapat. Nak reply mesej failed..oh damn..!huhuks.

Kes merajuk lagi kot gamaknya Cik Korbi ni, sebab semalam kan Tuan Tanah cakap ngan aku suruh beli henpon baru. Katanya, beli henpon yang boleh ber-BBM, ber-whats app, ber-wechat, ber-instagram, ber-twitter, ber-fesbuk and ntah berapa banyak 'ber' lagi ntah.

Ye, dengan henpon aku yang sekarang ni, semua yang tersebut di atas tu, satu hapa pon tak boleh. Kecuali fesbuk la. Aku pun malas nak cara benda-bendalah tu semua. Semak. Rimas. Lemas. Ha, nampak tu??

Bak kata Tuan Tanah, anti media sosial aku ni.

Eh, mana ada. Bukan anti, tapi aku ambil langkah bijak tak nak serabutkan kepala hotak aku dengan terlebih-lebih bersosial dalam talian. Yang dah ada tu pun (fesbuk) kadang-kadang muak dan loya tekak jugak nak melayan..hahah..nampak?nampak? Alasan tak nak kalah. Walhal buta IT..lol (T_T)

Tapi, erm..rasa macam mengidam Samsung Note 2 la...hehe..bosan2 boleh main conteng-conteng kan..hihihi...

Kesimpulannya, motif entry ni cuma nak cakap yang henpon aku rosak, bukan nak mem-propa-kan fakta yang aku ni anti media sosial ke buta IT ke hapa okek. Mungkin akan ada kesulitan sikit untuk aku menghubungi kengkawan untuk tempoh tertentu dari sekarang.

p/s : By the way, aku ni bukannya kaki gayut mahupun kaki SMS..so, kesulitan tu, tak berapa nak kesulitan sangat lah kot I guess.. :P

Jumaat, 5 April 2013

Rindu Bakal Bertamu di Abu Dhabi

Jangan salah faham.
Memang aku TAK salah taip tajuk entry tu.
Hep..hep..sapa yang cakap aku nak taip tajuk entry macam tajuk drama slot Akasia yang tayang petang-petang Isnin-Khamis, 6.00 petang kat TV3 yang baru tamat tu? Bukan..bukan.. 
Semalam pegi pick up abang aku kat Puduraya.
Memandangkan aku memang failed dengan  jalan-jalan kat KL ni, maka kena la bawak pemandu arah kan.
Tak lain, tak bukan, memang Tuan Tanah la mangsa yang paling sesuai untuk dijadikan pemandu arah bertauliah tu...hahahaha. Setel satu masalah. 
Lagi pulak semalam aku tak sihat. Tooth ache + fever.
Cycling punya angkara. Dah sakit-sakit kena paksa pi cyling keliling tasik, kena hujan plak tuh..memang memanggil-manggil demam datang menyerang la..ibarat katak memanggil hujan.. ~ ha, kan dah over explain habis semua details.
Dah pick up abang, update-update sikit perkembangan hidup masing-masing, dah kena lecture ilmu kehidupan + cinta + kahwin + kerja sikit. Hah, pulak kan. Adeh..hampir bernanah telinga. Tak kurang jugak sakit gigi den kono ceramah malam-malam..huks.
Actually, abang aku tu nak gi interview kerja. Dia ajak aku sama-sama pegi interview tu..sebab katanya, wife dia (which is kakak aku) bising-bising + risau sebab aku belum dapat permanent job. Mak aku pun join da group la ~ group bising2 + risau.
Dia tanyakan aku apa yang aku nak dalam hidup ni? Dah beberapa peluang kerja dia suruhh aku grab, tapi aku tak ambil. Yang kali ni pun, puas dia pujuk suruh aku try. Tapi, hati berbelah-bagi la. Memang peluang kali ni lebih besar dan lebih menarik, tapi kalau dapat, kena kerja kat Abu Dhabi..dah nanti jadi 'Rindu Bertamu di Abu Dhabi' hah, camano pulak tuh?
Kalau aku dapat keja tu karang, bagi ke mak aku? Dulu kemain lagi mak ayah aku dok ingatkan aku dengan isu-isu keldai dadah semua tuh..hahaha. ~ betul la kata abang aku. Aku ni banyak cekadak. Banyak no alasannya. Kalau nak, cakap nak, kalau taknak cakap taknak. Kan setel?
Tapi macam abang aku cakap, tak salah pun mencuba..kalau takda rezeki, tak dapat keja tu, simpan pengalaman interview tu untuk masa depan. Kalau dapat, Alhamdullillah. Rezeki ALLAH. 
Renung-renungkan la Keet ooii..dan selamat beramal..pheww..  
Sometimes, by holding on too tight, you end up losing what you were trying so hard to save. ~ Gerald Anderson
p/s : Tahniah kat abang ipar aku sebab dah berjaya dapat job yang dia pegi interview tu..
 

Rabu, 6 Mac 2013

Seuntai kata untuk dirasa ~ Pudar.

Setelah mengetahui sedikit kebenaran..

akhirnya rasa itu semakin pudar.

ALHAMDULLILLAH.

'A clear rejection is always better than a fake promises'

p/s : sebuah rasa itu, walaupun indah tapi jika tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri mahupun orang lain, lebih elok jika dihindarkan.

Rabu, 2 Januari 2013

2013 : Eh, bila sampai?

*ni entry autopost.

Cepat ja kan dah masuk tahun 2013 pulak. Macam mati juga, isu-isu berkait dengan masa ni takkan datang terlalu awal atau terlambat walaupun sesaat.

Bila sebut pasal tahun  baru, soalan paling tipikal yang hampir kebanyakan orang akan tanya tak lain tak bukan adalah mengenai azam. Kan? Kan?

Azam dan Tahun Baru memang dua istilah yang sukar dipisahkan.Umpamanya macam lagu dan irama.

Kalau tanya aku bab-bab azam tahun baru ni, senang ja.

Kalau nak berazam tak perlu tunggu tahun baru jengah muka..yg penting make sure semua azam yang ditanam tu direalisasikan menjadi realiti..barulah bermakna dan tak sia-sia semua azam yang dibuat tu..barulah terbuka luas jalan menuju kejayaan..kan?

Apa guna tanam azam kalau tak dikotakan?

Apa guna tanam azam yang kita sendiri tau kita tak nak / tak boleh / malas / enggan nak capai kan?

Paling penting, nak buat azam biarlah yang berpadanan dengan diri kita. Ukur baju di badan sendiri. Tak perlu nak buat azam yang kedengarannya gah di telinga orang lain, tapi tak ada hasil dari diri kita sendiri kan? Hampeh. Lupakan saja azam yang macam tu.

Kita tanam azam bukan untuk bermegah-megah atau nak tunjuk pada orang lain yang kita ada azam, kita ada niat untuk melangkah maju ke hadapan pada tahun depan berbanding tahun ini.

Sebaliknya kita tanam azam untuk bagi semangat pada diri kita untuk capai kejayaan.

Azam dibuat untuk DICAPAI. Bukan untuk menambahkan senarai azam tak tertunai yang kita asyik dok kumpul entah sejak dari zaman bila lagi tu.

Tapi aku ada jugak la senarai perkara-perkara yang aku harap aku dapat perbaiki lagi di masa akan datang :-

1) Cuba jadi lebih berhati-hati dan tak cuai as always..(should be no prob la yang ni..cuma perlu lebih fokus ja).

2) Nak jadi pemandu yang berhemah, InsyaALLAH (sebab housemate cakap aku memandu laju. Siap ada bukti lagi.)

3) Nak habiskan bacaan buku-buku baru yang aku dah lama beli tapi belum bersentuh sampai sekarang. (Oh my..ada lagi ke yang aku tak habis baca?? Damn..nampak benor pemalasnya.)

 4) Akan lebih gigih bekerja.. (Ecewah..yang ni pun masuk list..sangat tak boleh blah..list ni patotnya jadi azam setiap hari neh)
*****

And....hey, HAPPY NEW YEAR everyone! Semoga kita semua dikurniakan segala kebaikan dan dihindarkan dari segala keburukan di dunia dan akhirat. InsyaALLAH. AMIN.

*****


*Pendapat aku semata-mata. Tiada kena-mengena dengan orang lain ~ yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

p/s : Walaupun, dengan masuknya tahun baru 2013 menandakan semakin pendeklah nafas yang boleh aku dan kau, dan kau dan kau, dan kita semua hembus kat atas muka bumi ni, tapi aku berharap dan berdoa semoga tahun 2013 akan lebih baik dan indah dari tahun-tahun sebelumnya. AMIN.