SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label Colbie Caillat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Colbie Caillat. Papar semua catatan

Isnin, 15 April 2013

Anti media sosial.

Henpon aku rosak lagi. Hoyeaahh.!! Syabas untuk aku. (lompat bintang 146 kali)

Baru semalam ja Tuan Tanah suruh aku beli henpon baru.

Mana boleh.

Duit tabungan yang ada elok la aku salurkan untuk Beto ke, Kusyairi ke..eh, lupa, aritu aku dapat beskal sebijik..hihik. Tengkiu beribu-ribu lemon pada yang memberi.hehe.

Pasni jadi cycler (betol ke words aku ni?haha) tegar la aku..kononnya. Ha, itu la yang namanya Kusyairi. Hensem. Macam Beto jugak..tapi Beto lagi hensem..tiada tandingan.hahah.

Eh, tadi nak cerita pasal Cik Korbi la sebenarnya. Dah melalut tercerita pasal Kusyairi pulak. Sudah.

Cik Korbi ni ha, rosak lagi..stress aku.

Nak call out tak dapat. Nak reply mesej failed..oh damn..!huhuks.

Kes merajuk lagi kot gamaknya Cik Korbi ni, sebab semalam kan Tuan Tanah cakap ngan aku suruh beli henpon baru. Katanya, beli henpon yang boleh ber-BBM, ber-whats app, ber-wechat, ber-instagram, ber-twitter, ber-fesbuk and ntah berapa banyak 'ber' lagi ntah.

Ye, dengan henpon aku yang sekarang ni, semua yang tersebut di atas tu, satu hapa pon tak boleh. Kecuali fesbuk la. Aku pun malas nak cara benda-bendalah tu semua. Semak. Rimas. Lemas. Ha, nampak tu??

Bak kata Tuan Tanah, anti media sosial aku ni.

Eh, mana ada. Bukan anti, tapi aku ambil langkah bijak tak nak serabutkan kepala hotak aku dengan terlebih-lebih bersosial dalam talian. Yang dah ada tu pun (fesbuk) kadang-kadang muak dan loya tekak jugak nak melayan..hahah..nampak?nampak? Alasan tak nak kalah. Walhal buta IT..lol (T_T)

Tapi, erm..rasa macam mengidam Samsung Note 2 la...hehe..bosan2 boleh main conteng-conteng kan..hihihi...

Kesimpulannya, motif entry ni cuma nak cakap yang henpon aku rosak, bukan nak mem-propa-kan fakta yang aku ni anti media sosial ke buta IT ke hapa okek. Mungkin akan ada kesulitan sikit untuk aku menghubungi kengkawan untuk tempoh tertentu dari sekarang.

p/s : By the way, aku ni bukannya kaki gayut mahupun kaki SMS..so, kesulitan tu, tak berapa nak kesulitan sangat lah kot I guess.. :P

Selasa, 19 Jun 2012

Cik Korbi Kelat

* Ini adalah bukan dialog bersama jin
*****
Dia buat dah..dia buat dah..dia dah start tarik muka kelat dah ngan aku.

Cik Korbi aku dah mula menunjukkan tanda2 dia nak buat perangai.

Kejap2 ter-off sendiri..kejap2 ter-off lagi..ntah apa kejadah masalah dia pon aku tak tau. kecelaruan memori gamaknya. Asyik-asyik biol je kepalotak dia..hesh..susah gak cenggini..

Masuk virus ke? Maybe sebab aku ce-ce try guna wifi opis masa perhimpunan mesra bulanan aritu kot?

Ke merajuk sebab aku cakap nak tukarkan Cik Korbi dengan yang lain..

Aku taruk nama Cik Korbi aku bersempena dengan
nama Colbie Caillat ~ Korbi Kelat. Heheheheheh..
 
Atau pon, ke sebab...

Cik Korbi rasa rendah diri dengan kawan2 baru Cik Korbi, geng beri2 hitam..? huiskk.. Come on la Cik Korbi..bior la kalo dorang semua tukar partner and join team beri2 hitam pon, aku tetap dengan Cik Korbi..don't worry la..takkan Cik Korbi x yakin ngan aku kot..En.Sani Eric kan aku dah tolak tepi..aku lansung tak pandang dah kat En.Sani Eric tau..dia jerit2 suh aku bawak dia jenjalan pon aku buat dono ja..betol ni Cik Korbi..

Ni la Cik Korbi Kelat ~ hp aku cikai ja..
xda pakai yang rega riban2
(sumber pic : iGyaan.in)

Hmm..Cik Korbi kecik ati ea sebab aku ada cakap Cik Korbi cikai..pastu aku cakap aku nak print logo beri2 taruk kat name tag Cik Korbi?? Takkan kot Cik Korbi? Aku gurau jela. Sejak bila ruang perut Cik Korbi mula ada taman ni?

Jangan la camtu Cik Korbi. Aku ni dah la tak pandai nak berjiwang-jiwang ngan Cik Korbi.

Aku sayang kat ko lagi Cik Korbi. Tak rasa pun nak gantikan dengan yang lain. Tak rasa pon nak join geng beri2 hitam 2 semua..aku setia dengan Cik Korbi..sungguh..! (Ayat camni jugak la dulu aku selalu dok cakap kat En.Sani..ngeh..ngeh..ngeh..)

Aku mintak maap la sebab selalu tolak2 Cik Korbi sampai jatuh. Mostly aku memang tak sengaja. nak jugak terjatuh..nak buat camana.. Diulangi ~ 'ter'jatuh..bukan sengaja..

Sori ea Cik Korbi?? Aku kan careless..Cik Korbi takkan tak paham2 aku lagi..please la Cik Korbi..get used to it okek..Cik Korbi kan tahan lasak..jatuh2 manja ja 2.Next time aku jaga Cik Korbi betol-betol. Aku cakap betol ni..cayo la cakap den Cik Korbi. Jangan kelat-kelat lagi ngan aku okek..

p/s : pernah dengar tak, selalu bila kita cakap nak beli barang baru untuk gantikan yang lama, mesti barang lama 2 akan meragam & buat hal..macam ada akal + hati plak dah  bendalah 2..ke memang kebetulan ja eh..?