SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label al-kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label al-kisah. Papar semua catatan

Jumaat, 6 September 2013

Luka yang membengkak (T_T')

Luka...
yang berdarahnya di dalam, makin membengkak pada luaran.

Pedih.
Sakit.

(T_T)

Dapat dilihat pada luaranm oleh mata kasar semua orang andai dizahirkan..
tapi hanya dapat dirasa pedih dan sakitnya oleh pemilik diri.

(T_T)

*****************

Isk...apa kejadahnya jari bengkak tersepit pintu kereta, pastu nak update entry jiwang kat blog kan aku nih..? LOL

Jari yang tersepit tadi tu dah membengkak macam perut ibu mengandung 4 bulan dah. SAKIT..!!
Dah mula nampak bakal darah beku kat bahagian depan jari. Memang tahap nak menangis.. (T_T)

p/s : luka di hati sapa la yang tau kan.. (-_-')

Jumaat, 30 Ogos 2013

MAGIS sungguh dia..!


Karya terbaru RAM, MAGIS - coming soon (October 2013)

MAGIS ni, based on apa yang aku baca kt kulit belakang dia (sinopsis) adalah cerita yang menggabungkan banyak watak utama dari pelbagai novel RAM yang terdahulu. Akan mula publish pada Oktober. tarikh yang spesifik sila jangan tanya aku..aku pun tak tau bila.

Eii...tak sabar..!! Tak sabar..!! Tak sabar..!! (ce baca dengan gaya ala-ala Lisa Surirumah Surihani dalam Istanbul Aku Datang tu).

Walhal buku Igauan Maut yang beli aritu pun belum start baca pun lagi (-_-')

Igauan Maut - RAM's first novel - 20 years ago, reprinted.

October..I'll be waiting for you..please come quickly okeh.. (",')

Selasa, 27 Ogos 2013

Mulut penuh gula

Yang rendah ingin menjadi tinggi.
Yang tinggi ingin mendominasi.

Masing-masing ~ mulut penuh gula.

Jumaat, 19 April 2013

La escapada

Bahagian : Cuti-cuti Malaysia

Dari hujung tahun lepas, sampai la ke bulan lepas, hidup mmg busy sikit ke sana-ke sini  dengan tanpa arah bermacam tujuan.

Tujuan apa pun aku dah malas nk menaip + x ingat semuanya..tapi sebab suka over dan nak jugak kepoh dalam blog, so, lets pictures do the talking okeh...Zzzz..


KENDURI KAWEN KAWAN-KAWAN

Comei.

Dusty Purple + White = Perfect Match.
Permaisuri sehari.

Who will walk with me..through the rain and the pain...? ~ perghh..menjiwang.
....


MELAKA

Duta tak berbayar @ Jonker Street.
Hotel Casa de La Rio ~ eh, betol kot nama hotel ni..haha
Kalau nak jenjalan jamu mata mahupun buang duit kat Melaka memang best.heheh.


JOHOR

Eh, macam mana pic kat Johor boleh lansung tak de ni? adeh la..kes rushing nak balik awal punya pasal la ni..

Johor, best. Tapi tak sempat nak ronda-ronda sebab kalut nak balik packing barang untuk ke Sabah plak esoknya.


SABAH

Cari dan Menang. Toing toing.
Pulau Sapi + Manukan ~ Sabah bhaa..
LCCT
Beso gilos sotong kat Sabah ni..
Pandang jauh ke lautan macam pandang ke satu arah yang takda penghujung. Aku try-try gak ushar kot-kot ada Black Pearl tengah-tengah lautan ni, tapi ni ja yang jumpa..
Dulu nama dia Jesselton.
Rumah terbalik takpa, jangan otak terbalik. Okeh?

Kancil dari Johor. Kesian. Jauh-jauh datang ke Sabah untuk diterbalikkan.
Lupa nak snap pic tiket masuk yang mahal tuh.
Mount Kinabalu. Sejuk.
Di sebalik awan.
Jambatan sudah roboh Tamparuli. Eh, sapa tu?



Ok. Boleh tak, dah kat Sabah nun, lupa plak nak pi dairy farm kat Kundasang tu. Hesh, dia nak suruh aku pi sana lagi la tu..kan? Kan?

Over all, Sabah memang best.


TERENGGANU

Calm
Agro Resort
Agro Resort lagik.
Masjid Kristal
Klu : sini adalah Pantai yang menjadi lokasi penggambaran Mael Lambong.
Harus la ea kalau wedding photoshoot nak kena lompat-lompat cenggini? ~ tipikal kan..? Yang penting pengantin paling tinggi lompat..hahah
Kenduri sana-sini, perot pon dah terjojol..haha


PAHANG (GENTING HIGHLANDS)
Escalator pon bolehhh..
Kata Genting Highlands, harus la ada pic cable car @ skyway kan.
Tadaa..
Star walk ~ cenggini ke?kahkahkah..
Terharu mak ada nama mak kat Genting noks..ahaks!
Space shot ~ since the last time naik mendalah ni, rasa macam nak tercabut jantung..tapi naik tetap naik.

lupa cakap. Aku ni spesies yang boleh tido di mana saja, hatta di bilik karaoke sekalipun. SERIOUSLY. Tak caya? Try me.
Frontpage ~ Melayu Muslim bercumbu di tempat awam.

WARNING : Yes, I'm DANGER!
Freestyle.
Pose bajet Naomi Campbell..kahkahkah
'Ku Menunggu..ku menunggu kau putus dengan kekasihmu..' ceitt..
Yang ni ponnn ~ pengaruh budak atas tadi la tu.
Fly.
Ni la pe'el bebudak tak da keja..hahaha

Genting, as always full of excitement and fun..weee... :)

Isnin, 15 April 2013

Anti media sosial.

Henpon aku rosak lagi. Hoyeaahh.!! Syabas untuk aku. (lompat bintang 146 kali)

Baru semalam ja Tuan Tanah suruh aku beli henpon baru.

Mana boleh.

Duit tabungan yang ada elok la aku salurkan untuk Beto ke, Kusyairi ke..eh, lupa, aritu aku dapat beskal sebijik..hihik. Tengkiu beribu-ribu lemon pada yang memberi.hehe.

Pasni jadi cycler (betol ke words aku ni?haha) tegar la aku..kononnya. Ha, itu la yang namanya Kusyairi. Hensem. Macam Beto jugak..tapi Beto lagi hensem..tiada tandingan.hahah.

Eh, tadi nak cerita pasal Cik Korbi la sebenarnya. Dah melalut tercerita pasal Kusyairi pulak. Sudah.

Cik Korbi ni ha, rosak lagi..stress aku.

Nak call out tak dapat. Nak reply mesej failed..oh damn..!huhuks.

Kes merajuk lagi kot gamaknya Cik Korbi ni, sebab semalam kan Tuan Tanah cakap ngan aku suruh beli henpon baru. Katanya, beli henpon yang boleh ber-BBM, ber-whats app, ber-wechat, ber-instagram, ber-twitter, ber-fesbuk and ntah berapa banyak 'ber' lagi ntah.

Ye, dengan henpon aku yang sekarang ni, semua yang tersebut di atas tu, satu hapa pon tak boleh. Kecuali fesbuk la. Aku pun malas nak cara benda-bendalah tu semua. Semak. Rimas. Lemas. Ha, nampak tu??

Bak kata Tuan Tanah, anti media sosial aku ni.

Eh, mana ada. Bukan anti, tapi aku ambil langkah bijak tak nak serabutkan kepala hotak aku dengan terlebih-lebih bersosial dalam talian. Yang dah ada tu pun (fesbuk) kadang-kadang muak dan loya tekak jugak nak melayan..hahah..nampak?nampak? Alasan tak nak kalah. Walhal buta IT..lol (T_T)

Tapi, erm..rasa macam mengidam Samsung Note 2 la...hehe..bosan2 boleh main conteng-conteng kan..hihihi...

Kesimpulannya, motif entry ni cuma nak cakap yang henpon aku rosak, bukan nak mem-propa-kan fakta yang aku ni anti media sosial ke buta IT ke hapa okek. Mungkin akan ada kesulitan sikit untuk aku menghubungi kengkawan untuk tempoh tertentu dari sekarang.

p/s : By the way, aku ni bukannya kaki gayut mahupun kaki SMS..so, kesulitan tu, tak berapa nak kesulitan sangat lah kot I guess.. :P

Selasa, 25 September 2012

Selfish..? Don't ever.

Aku macam ensaiklopedia?? Bole cari apa saja cerita? Well..thanks friends...hehe..

Bukan niat nak riak..sebab aku tau, memandangkan aku ni jenis bored type person, tak pandai bercerita, tak ada cerita menarik dalam hidup, so yeap..memang aku suka bercerita semula tentang apa yang aku baca. Kat internet ke, buku ke, newspaper ke, petak ke..anything lah senang cerita. Itu ja modal yang ada dan tidak berbayar..hehe.

* Amaran : entry panjang berjela-jela-jela-jela. Kalau malas, jangan baca. Heheheh.

*****

Kali ni pon nak share satu cerita yang aku pernah baca dari satu buku terbitan Malaysia.. Ceritanya macam ni.

Ada sebuah family kaya (ibu, bapa dan seorang anak perempuan) sedang bercuti di sebuah hotel mahal dan terkemuka.

Pada satu senja nan merah (intro nak drama saja..heheh), si suami sedang santai berehat di balkoni suite bilik mereka di tingkat 10 bersama si isteri. Si anak sedang tidur kerana keletihan berjalan-jalan seharian. Dari balkoni tu kira boleh la nampak swimming pool kat bawah dan orang-orang di sekitarnya, walaupun tak dapat nak melihat wajah dengan jelas (sebab bilik dorang tingkat 10 kan). Dari situ, memang dapat dilihat setiap orang yang sedang mandi-manda, berenang, main air dan ntah hapa sajalah yang dorang suka nak buat kat swimming pool tu. Itu pun, kalau ada orang la..kalau takda orang yang pegi situ, duduk depan swimming pool pun x nampak jugak kan..?hii..okey, stop merepek.

Kebetulan, petang tu tak ramai pun yang mandi kat swimming pool tu. Si suami terus lepak2 santai dengan isterinya sebelum tiba-tiba si isteri dengan cemas menjerit...

'Bang..bang..ada budak lemas bang kat bawah tu bang..lekas bang'

Si bapa tadi pandang ke bawah. Untuk seketika dia menoleh kepada isterinya dengan muka selamba lalu berkata..

'Biarkan jelah..kita kat atas ni, karang-karang ada la tu staf ke sesapa ke yang kawa bawah tu pegi tolong budak tu. Lagipin, budak tu bukannya anak kita pun..'

Si bapa enggan menolong seorang budak yang tengah terkapa-kapai kelemasan dalam swimming pool hotel tadi. Puas si isteri mendesak, tapi si suami tetap bermalas-malas enggan membantu budak yang lemas tadi.

Akhirnya si isteri diam. Mengalah. Dia sendiri nak turun membantu pun tak dapat jugak sebab dia sendiri pun tak pandai berenang. Yang dapat, cuma mengharapkan si suami. Tapi si suami plak? Hampeh. Tak bertimbangrasa dan enggan menghulurkan bantuan.

Selepas beberapa ketika, telefon hotel berdering. Dah tentu-tentu la panggilan tu dari pihak hotel.

Si suami yang kebetulan nak ke toilet terus menjawab panggilan tu. Beberapa saat kemudian si suami masih terdiam sebelum terduduk meraung di tepi meja.

Si isteri yang terkejut dengan raung tangisan si suami bergegas dari balkoni mendapatkan si suami. Si isteri yang masih terpinga-pinga kebingungan dipeluk erat oleh si suami.

'Anak kita yang..'

'Anak kitakan tiii..mana anak kita bang? Kenapa dengan anak kita?' 

Si isteri pula mula tidak keruan saat dia menyedari anaknya tiada di katil, tidur seperti yang mereka sangkakan tadi.

'Yang lemas tadi tu anak kita..' 

Ni semua salah abang..tadi kan saya suruh abang selamatkan budak yang lemas tu..?!'

Si isteri mula menengking dan meracau. Masih tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya. Manakala si suami terus meratap.


p/s : Nak menyesal sekarang pun dah tak berguna. Dah terlewat. Nak undur masa adalah sesuatu yang mustahil. Kalau budak tadi bukan anak pasangan suami isteri tu pun, adakah menjadi satu kesalahan kalau kita tunjukkan sedikit belas kasihan pada mereka yang memerlukan pertolongan??


*****

Ni ada lagi satu kisah yang seakan-akan sama dengan kisah di atas (kisah benar - diceritakan oleh seorang sahabat).

Ada sepasang suami isteri. Isteri mengidap satu penyakit kronik dan sudah di tahap akhir dan memerlukan pembedahan segera untuk menyelamatkannya. Namun mereka suami isteri masih belum menerima penderma organ yang bersesuaian.

Nasib mereka baik, kerana pada saat-saat akhir si suami menerima panggilan daripada hospital yang memaklumkan bahawa ada penderma organ yang sudi menderma dan akan melakukan pembedahan segera dan memerlukan kebenaran dari saudara rapat. Si suami berasa gembira dan mula nampak sinar harapan untuk masa depan mereka yang lebih baik.

Dengan rasa gembira dan eksaited yang amat, si suami terus memecut keretanya menuju ke hospital. Memang langgar had laju ditetapkan la si suami ni bawak kereta. Kalau ada speed trap konfim kena saman!

Dalam masa yang sama, ada la lagi satu makhluk Allah yang bawak kereta sama pelesit macam si suami tu jugak.. Laju kemain. Kalut benar nak drift ke mana pun entah la..hanya si polan dan Allah SWT ja yang mengetahui. Siap cucuk-cucuk kereta si suami tadi tu, cuba memotong.

Tapi, dah namanya manusia, memang lumrah la, pantang betul dengan situasi macam ni, terus bajet Michael Schumacher, tambah tekanan pada pedal minyak. Si suami tadi enggan bagi peluang kereta si polan tadi untuk memotong kerana merasakan dia ada urusan yang lebih mustahak. Nak cepat-cepat sampai ke hospital untuk pembedahan isterinya.

Tiba-tiba, tanpa disangka-sangka, kereta si polan yang kat belakang tadi mengalami kemalangan yang dahsyat. Si suami hanya memandang ke cermin pandang belakang, tiada masa untun berhenti mahupun menolong. Dia harus segera ke hospital.

Sesampainya di hospital, jururawat bertugas menyatakan yang isterinya berada dalam keadaan yang kritikal. Namun pembedahan tidak dapat dijalankan segera kerana satu-satunya doktor pakar yang akan menjalankan pembedahan ke atas si isteri terlibat dalam satu kemalangan maut semasa dlam perjalanan ke hospital.

Rupa-rupanya, si polan yang bawak keta laju, sambil cucuk-cucuk kereta si suami cuba nak memotong tu adalah doktor pakar yang bertanggungjawab untuk lakukan pembedahan tu.

Kerana tiada rasa timbang rasa dari si suami tadi yang enggan bagi jalan pada doktor tadi telah menyebabkan pembedahan tidak dapat dilakukan. Nyawa doktor tu melayang sebab eksiden dan isterinya pun akhirnya meninggal, tak dapat diselamatkan.

Takdir.
*****

Moral of the story, tak ada yang rugi pun kalau kita bagi laluan (bukan laluan kat jalanraya saja tau, apa-apa saja laluan dalam hidup) pada orang lain. Kalaupun, kita ada urusan penting, semua orang pun macam tu. Kita bukannya tau, bila masanya urusan penting orang lain tu rupa-rupanya melibatkan diri kita juga.

Bagi peluang. Bertimbang rasa. Tolak ansur.

Yes, do take control of your life. Tapi jangan berlebih-lebih dan tidak kena pada tempat. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Kita tak boleh menjangkakan bila semua siat negatif kita tu akan merugikan diri kita. Kan??

*****

'Dan yang paling jauh itu adalah masa lalu..' ~ Imam Al-Ghazali.
Sekali terlepas, tak mungkin akan dapat di capai semula. malahan akan semakin jauh dari jangkauan.

Khamis, 30 Ogos 2012

Once in a blue moon

Haha..actually entry ni betul-betul nak cerita pasal bulan biru ni..

Akan berlaku satu fenomena unik di bumi. yang diberi nama fenomena 'bulan biru'. Fenomena unik blue moon ni akan berlaku esok (31 Ogos 2012). Haa, kena-kena plak dengan malam kemerdekaan Malaysia yang ke-55 ea..

Amenda fenomena blue moon ni? Meh aku jawabkan soalan korang okek..tapi jawapan ni bukan datang dari diri aku tau, aku cakap balik je apa yang aku baca pasal blue moon ni.

Langit dikatakan akan dihiasi dengan kedatangan bulan biru (blue moon). Istilah blue moon ni sebenarnya bukanlah menggambarkan keadaan di mana bulan akan benar-benar berwarna biru.

 
Ni penerangan yang diberikan oleh Professor Pengkaji Astronomi Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional, Thomas Djamaluddin :

'Blue moon tidak ada makna fizikal. Hanya istilah yang tidak jelas maksudnya. Saya kira tidak ada maknanya.' - Thomas.

Fenomena ini merupakan satu fenomena yang mana bulan purnama yang terjadi melebihi sekali dalam satu bulan (bulan purnama pertama terjadi pada 2 Ogos 2012 yang lalu). Sewaktu terjadi, bulan akan diselimuti dengan debu-debu angkasa sehingga akan kelihatan seperti berwarna biru jika dilihat dari bumi.

Menurut Thomas lagi, ia merupakan satu fenomena yang cukup unik dan jarang-jarang berlaku kerana ianya hanya terjadi dua atau tiga tahun sekali atau 2.7 tahun sekali berdasarkan seperti yang dilaporkan oleh laman Earthsky. Oleh yang demikian fenomena blue moon ini berkemungkinan akan terjadi lagi pada pada Mei 2015.

Peristiwa bulan biru yang terkenal adalah ketika terjadi kebakaran hutan yang hebat di Sweden dan Kanada pada tahun 1950 dan 1951, serta setelah meletusnya Gunung Krakatau tahun 1883 yang menyebabkan bulan terlihat membiru selama dua tahun.

Istilah blue moon yang menggambarkan bulan purnama kedua yang terjadi dalam satu bulan, mulai digunakan sejak tahun 1946 oleh majalah 'Sky and Telescope' yang menulis artikel karya James Hugh Pruett 'Once in a blue moon'.

Istilah itu kemudiannya kembali dipopularkan oleh Deborah Byrd yang menemui lembaran salinan dari suratkhabar tersebut dari perpustakaan University of Texas Astronomy Department tahun 1970an, melalui radio.

Selanjutnya, istilah blue moon juga dipopularkan oleh buku anak-anak karya Margot McLoon Basta dan Alice Sigel pada tahun 1985.

sumber : ma/detik/earthsky. 

 Ha, jom tengok gambar bulan masa berlaku fenomena blue moon ni macam mana rupanya. Jom.

Haa..biru..biru..biru...hehehe..

sumber gambar : blog tao tau ajer
*****

Kalo 'blue moon 'nya nampak malam ni + plak dengan pesta bunga api, mesti sambutan ambang kemerdekaan akan jadi extra awesome ni aku rasa..

p/s : 'Once in a blue moon' ni buat aku teringat kat bekas bakal boifren aku yang jauh nun kat Jepun tuh..haha.

Rabu, 15 Ogos 2012

Ambillah waktu

Ambillah waktu untuk berfikir,
Itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain,
Itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa,
Itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar,
Itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
Itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat,
Itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa,
Itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa.

Ambillah waktu untuk memberi,
Itu adalah yang membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja,
Itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal,
Itu adalah kunci mrnuju syurga.

p/s : Dalam keghairahan menuju ke destinasi, ingatlah destinasi yang satu, iaitu destinasi selepas mati. Semoga segala gerak-geri kita dinilai sebagai ibadah oleh ALLAH SWT. Amin.

Ambillah waktu masing-masing. Selamat bermujahadah di bumi ALLAH yang indah ini.

Rabu, 27 Jun 2012

Satu kisah ~ Saf Solat

Assalamualaikum w.b.r...



Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isya’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.

Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.



Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu

” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?

Lelaki Amerika itu menjawab

” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”

Sheikh itu berkata

” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”

Lelaki itu menjawab

” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”

Sheikh itu berkata lagi

Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”

Lelaki Amerika itu menjawab

” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”

Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah

” Rapatkan Saf… “


Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.



Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata

“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH

I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger

Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf solat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini...


p/s : Allahu akbar..!
 
Sumber : budakbotak