SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label emo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label emo. Papar semua catatan

Isnin, 23 September 2013

Sempurna

Andai aku sempurna..
tiada aku di dunia, aku kekal di syurga.

Andai sempurna yang kau, dia dan mereka cari..
itu bukan aku.

Rabu, 11 September 2013

Hikmah

Kalau nak bercakap tentang perkara-perkaran yang boleh, sudah dan akan melukakan kita...banyak.

Memang banyak. Kan?

Makan chipsmore pun boleh melukakan.

Tak percaya?

Ce makan chipsmore dalam kuantiti yang banyak. Tekstur chipsmore yang kasar tu boleh melukakan permukaan lidah.

Memang sakit.

Cuma hikmahnya adalah, bila lidah terluka, malas la nak cakap banyak..so dapat mengurangkan bercakap benda2 yang lagha and ntah hapa-hapa..cakap perkara yang perlu ja.

Ha, itu la yang kita panggil hikmah.

~ saja terlintas aku nak tulis entry ni sebab nampak chipsmore dalam drawer kat opis. Chipsmore yang kasi luka lidah and langit-langit aku semalam - hikmah (-_-')

Jumaat, 6 September 2013

Luka yang membengkak (T_T')

Luka...
yang berdarahnya di dalam, makin membengkak pada luaran.

Pedih.
Sakit.

(T_T)

Dapat dilihat pada luaranm oleh mata kasar semua orang andai dizahirkan..
tapi hanya dapat dirasa pedih dan sakitnya oleh pemilik diri.

(T_T)

*****************

Isk...apa kejadahnya jari bengkak tersepit pintu kereta, pastu nak update entry jiwang kat blog kan aku nih..? LOL

Jari yang tersepit tadi tu dah membengkak macam perut ibu mengandung 4 bulan dah. SAKIT..!!
Dah mula nampak bakal darah beku kat bahagian depan jari. Memang tahap nak menangis.. (T_T)

p/s : luka di hati sapa la yang tau kan.. (-_-')

Selasa, 27 Ogos 2013

Mulut penuh gula

Yang rendah ingin menjadi tinggi.
Yang tinggi ingin mendominasi.

Masing-masing ~ mulut penuh gula.

Rabu, 24 April 2013

Daripada dia, biarlah Dia..

Tersedar dari kebodohan semalam.

Ada sebab kenapa ia dipertontonkan di depan mata kita.

Ada sebab kenapa ia diperdengarkan pada pendengaran kita.

Ada sebab kenapa ia terdetik pada naluri nurani kita.

Aku berusaha menggandakan kadar penggunaan otak dan akal.

Cuba sedaya-upaya mengawal tindakbalas hati dan jiwa.

Dari konsep kaya harta, mungkin tiada bezanya aku dulu dan sekarang..tapi, untuk hati, hidup kebelakangan ni much better than before ~ rasanyalah.

Daripada dia, biarlah Dia saja.

InsyaALLAH. AMIN.

p/s : Nobody's going to present you the truth, look for it instead ~  Matluthfi

Khamis, 11 April 2013

Kalau.

Yang namanya 'KALAU' itu mainan syaitan.

Supaya kita ragu-ragu.

Supaya kita was-was.

Supaya kita menyesali sesuatu yang telah terjadi.

Supaya kita menangisi apa yang sudah berlalu.

Supaya kita goyah pendirian.

Supaya kita tidak tetap iman.

p/s : Sentiasa berbaik sangkalah terhadap apa jua sekalipun rencana-NYA pada kita.

Selasa, 22 Januari 2013

Same hell?? Hell NO.!

'We are all in the same game, just different levels,
dealing with the same hell, just different devils.'


...and the world keep spinning around.


p/s : Kata pujian yang melekakan ataupun kata kejian yang melukakan dari orang sekeliling tidak mungkin dapat memanjangkan nyawa kita sesaat lebih mahupun memendekkan nyawa kita sesaat kurang dari apa yang telah ditetapkan oleh-NYA, juga tidak dapat memastikan letak duduk diri kita di akhirat nanti - syurga atau neraka.

Ahad, 30 Disember 2012

Stupid mistakes

Ni cerita siang tadi.

Memula masa nak pergi kolej adik aku kat Bangi. Nak gi hantar laptop (motif aku nak bagitau sebab musabab aku ke sana ni dah apahal Kit?).

Tersalah masuk simpang kat roundabout. Bukan sekali. Yeap, dua kali..hmm, my bad. Entah berangan ke hapa. Tak ketahuan hala. Memula tu tersalah masuk simpang ke kawasan perumahan. Ok la, fine..my fault. So, cari la jalan untuk U-turn balik.

Lepas tu, pun salah simpang lagi..apa kejadah la aku pergi masuk simpang jalan nak ke JPJ pulak neh..adeh..kena U-Turn lagi. Bertambah fed up aku dengan roundabout (padahal salah sendiri, roundabout xda kaitan pun kena blamed..hahah..manusia..manusia).

Entah apa ke bangang la aku tadi. Padahal ini bukan la kali pertama aku nak ke kolej adik aku tu..dah berkali-kali dah pun. Gamaknya pak-pak dan mak-mak guard gate belakang IPT tempat adik aku belajar tu pun dah cam muka aku. Harap-harap tak cam lah..heheh.

*****

Balik ja dari kolej, aku dah congak-congak dalam kepala. Kalau balik rumah awal mesti dilanda kebosanan. Maka, aku pun dengan niat nak melepak + buang masa, terus heading to butik makcik kawan aku di kawasan berdekatan.

Sebelum keluar rumah tadi memang dah standby pinjam laptop Tuan Tanah yang memang dah lama aku pinjam tak pulang-pulang..hahah. Konon-konon nak online sambil lepak. KONON nya lah.

Penat melepak kat butik, aku and kawan aku pun keluar ke ATM kejap, pastu gi cari makan.

Ha, part ni tak bleh blah..boleh pulak aku tercicirkan henpon aku Cik Korbi kat kedai makan tu. Dah tu lansung tak sedar henpon cicir. Nampak sangat Cik Korbi dah tak berguna untuk diri aku..wahahaha.

Nasib baik adik ensem kedai makan tu sempat lari-lari ala-ala hindustan hantar Cik Korbi aku tu. Time tu aku dah elok-elok masuk keta, ready nak tutup pintu keta dah pun. Mujur betul. kalo tak malam kang meraung la aku Cik Korbi hilang.

Walaupun aku pakai henpon cikai ja, tapi isi kandungan Cik Korbi tu yang penting. Banyak benda-benda yang Private & Confidential. Harap-harap orang yang jumpa Cik Korbi tadi jujur ikhlas tak explore apa-apa lah.

Tapi tu lah. Apa nak buat ea. aku ni memang mahir lagi pakar dalam bab-bab tercicir barang ni. Cik Korbi tu kalau boleh bercakap, mau jugak dia pergi buat aduan ke Tribunal Pengguna ni sebab aku asyik jatuhkan dia ja..sehari tak cukup sepuluh kali (kadang-kadang lebih) aku jatuhkan dia memang tak sah. dah macam ada saka pulak yang selalu tolong jatuhkan Cik Korbi aku rasa..heheh..ok2.ayat dramatis tak boleh blah.

*****
Malamnya plak, tadi masa nak balik rumah pun ada berlaku sesuatu. Tapi memandangkan 'sesuatu' tu bukanlah aku punya 'another stupid mistakes' cuma ianya sedikit misteri dan dah ala-ala paralimpik paranormal, supernatural, superstitous pun ada, so, aku tangguhkan dululah cerita tu ke next entry okek..dah ngantok. Nak tido, esok nak kena bangun awal. Nak pi lepak-lepak lagi..hahahahah.

p/s : Sebenarnya ada sikit-sikit rasa seram nak taip apa yang jadi waktu malam masa nak balik rumah tadi..heheh.

Sabtu, 29 Disember 2012

Don't hide from what you are. Live if you really want to.

Live Your Life by Yuna

Find your lie, don’t hide from what you are
And rise before you fall,
And hope for something more
Live if you really want to
Live if you really want to
Live if you really want to

All my life, I’ve been looking for something amazing
It’s almost like I’ve been star gazing
The sky is riding above me
Oh, oh, oh
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself
Cause you don’t have to lose


Find your life, don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more!
Live if we really want to
Live if we really want to

All my life, my dreams just seemed so far away
And now it’s like they’re here to stay
I hold it close to me
Oh, oh, oh
We were meant for something bigger than this
Don’t ever try to dismiss yourself
Cause you don’t have to lose


Find your life, don’t hide from what you are
And rise before you fall
And hope for something more!
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to
Live if we really want to

p/s : Find your lie, don’t hide from what you are.. Don’t ever try to dismiss yourself. Live if you really want to.

Selasa, 28 Ogos 2012

Untuk kita ~ bila langit tak selalu cerah



Langit tak selalu cerah. Kadang-kadang turun hujan.

Begitu juga dengan hidup, takkan selalu indah. Akan ada ujian. Ada dugaan.

Kalau kita bernasib baik, selalu kita dapat tengok pelangi indah lepas hujan kan?

Macam tu jugak hidup.

Sebalik ujian dan dugaan, terserak hikmah yang tersembunyi. Tak tercapai dek akal jika belum waktunya untuk kita betul-betul faham semua yang terjadi.

Tapi tersimpan satu kemanisan dan kebahagiaan bila kita dah berjaya harungi semua cabaran tersebut.

Sabar.

Redha.

Ikhlas.
*****

Entry ini untuk mereka yang merasakan perjalanan hidup ini sukar dan berliku. Untuk yang bersedih. Untuk yang hampir berputus asa. Untuk jiwa yang merasakan tidak tertanggung oleh ujian dan dugaan. Untuk kau. Untuk aku. Untuk kita semua, hamba ALLAH yang lemah dan khilaf.
*****

Setiap orang pasti pernah melalui saat sukar dalam hidup masing2.

Saat tak tertanggung rasa, bebanan yang memberat di dada, pasti tangisan yang menjadi peneman. Cuba mengubati hati sendiri dengan melepaskan apa yang terbuku melalui airmata.

Menangislah.

Tapi, menangislah hanya padaNYA. Kerana hanya DIA yang lebih memahami dan tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Ada hikmah untuk setiap apa yang DIA kehendaki berlaku kepada kita. DIA tidak akan sekali-kali berikan kita dugaan yang tak termampu ditanggung oleh kita.

Kita merasakan setiap kesusahan yang kita alami itu adalah ujian & dugaan. Sampaikan kita selalu bersedih dan merintih. Tapi, ingatlah juga bahawa setiap kesenangan dan kegembiraan yang melingkari juga boleh jadi merupakan ujian & dugaanNYA.

DIA turunkan dugaan pada kita, hambaNYA dengan pelbagai cara. Maing-masing bersama hikmah yang tersembunyi.  Terpulang pada kita bagaimana untuk menanganinya.

Yang pasti, ada jalan penyelesaian untuk semua rusuhan yang melanda hati & jiwa. Carilah jalan yang sebaik-baik jalan untuk diikuti.

Jangan sesekali berputus ada dengan hidup. Bersyukurlah untuk setiap nafas yang masih ada. Untuk setiap pengalaman yang berharga walau sesukar manapun yang harus kita tempuhi.

Setiap yang berjaya, ada ketika dulunya mereka sudah puas tersadung dan tersungkur.

Setiap yang merdeka, dulunya pasti pernah dijajah.

Setiap yang ikhlas dan redha, suatu ketika sudah jerih merintih dan kecewa. Pasrah.

Dan, setiap yang gembira hari ini, pasti ada cerita sedihnya yang tersendiri pada masa lalu.

Namun..

Jika tanpa dugaan kegagalan masa lalu, adakah kita akan benar-benar menghargai kejayaan hari ini?

Jika kita tidak pernah merasakan penjajahan, sejauh mana erti merdeka yang kita laungkan hari ini?

Jika sedih dan kecewa tidak pernah singgah, bersarang dan membaluti jiwa dan minda, mampukah kita untuk redha dan seikhlas saat ini?

Dan jika kita lansung tidak faham ertinya kesedihan, adakah kita tahu bagaimana caranya untuk menikmati kegembiraan yang muncul?

Aku percaya yang setiap kesukaran dan kepayahan kita pada satu-satu ketika, ia adalah kerana DIA sedang merencana dan mempersiapkan diri kita dengan sesuatu yang lebih baik pada masa depan yang mendatang.

Ya, ke arah sesuatu yang lebih baik. Malahan yang TERBAIK.

Jadi, apa sekalipun dugaanmu..BERSABARLAH.

Jadilah insan yang paling gembira pada setiap saat. Kerana setiap berat bebanan yang ditanggung itu adalah bukti kasihNYA pada kita.

Persiapkanlah diri untuk menghadapi setiap dugaan dengan sabar dan ikhlas.

Yakin.

Pahit akan manis juga pada akhirnya.

InsyaALLAH. Ada jalannya untuk kita.

AMIN.


p/s : Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Al-Fatihah buat arwah Wan. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Rabu, 1 Ogos 2012

'Solat Sabtu'

Nak share satu isu semasa ni.
 

Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.
Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.
 
*****
 
Kalau orang yang bertanggungjawab dalam hal tukar hari untuk Solat Jumaat ni orang Islam, memang Islam yang rapuh iman agaknya..tapi, kalau bukan Islam pun, bukan hak dia untuk sesuka hati ja nak tukar hukum-hakam agama Islam..

Apa peranan pemerintah negara ni sekarang ni..? Kalaupun semua ahli Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan tu bukan terdiri dari kalangan orang muslim sekalipun, takkan la takda pemantauan dari pemerintah kot.. Takkan la Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan tu suka-suka ja keluar arahan macam tu tanpa perbincangan dan kelulusan dari pihak pemerintahan negara kan.. Sepatutnya, dah nama pun pemerintah, secara logiknya pemerintah mestilah seorang yang bijak kan..tapi yang ni..?

~ malas nak cakap lebih-lebih.

sumber : sini.

Jumaat, 6 April 2012

So live ur life..

Hati tetap hati.

Bukan batu.

Bukan plastik.

Sampai bila nak berpura-pura baik?

Letih hidup penuh kepura-puraan ni. Sungguh.

Hidup la dengan cara sendiri yang kau rasakan betul.


p/s : "Kalau tak ikhlas, jangan mulakan..."