SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label kengkawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kengkawan. Papar semua catatan

Jumaat, 19 April 2013

La escapada

Bahagian : Cuti-cuti Malaysia

Dari hujung tahun lepas, sampai la ke bulan lepas, hidup mmg busy sikit ke sana-ke sini  dengan tanpa arah bermacam tujuan.

Tujuan apa pun aku dah malas nk menaip + x ingat semuanya..tapi sebab suka over dan nak jugak kepoh dalam blog, so, lets pictures do the talking okeh...Zzzz..


KENDURI KAWEN KAWAN-KAWAN

Comei.

Dusty Purple + White = Perfect Match.
Permaisuri sehari.

Who will walk with me..through the rain and the pain...? ~ perghh..menjiwang.
....


MELAKA

Duta tak berbayar @ Jonker Street.
Hotel Casa de La Rio ~ eh, betol kot nama hotel ni..haha
Kalau nak jenjalan jamu mata mahupun buang duit kat Melaka memang best.heheh.


JOHOR

Eh, macam mana pic kat Johor boleh lansung tak de ni? adeh la..kes rushing nak balik awal punya pasal la ni..

Johor, best. Tapi tak sempat nak ronda-ronda sebab kalut nak balik packing barang untuk ke Sabah plak esoknya.


SABAH

Cari dan Menang. Toing toing.
Pulau Sapi + Manukan ~ Sabah bhaa..
LCCT
Beso gilos sotong kat Sabah ni..
Pandang jauh ke lautan macam pandang ke satu arah yang takda penghujung. Aku try-try gak ushar kot-kot ada Black Pearl tengah-tengah lautan ni, tapi ni ja yang jumpa..
Dulu nama dia Jesselton.
Rumah terbalik takpa, jangan otak terbalik. Okeh?

Kancil dari Johor. Kesian. Jauh-jauh datang ke Sabah untuk diterbalikkan.
Lupa nak snap pic tiket masuk yang mahal tuh.
Mount Kinabalu. Sejuk.
Di sebalik awan.
Jambatan sudah roboh Tamparuli. Eh, sapa tu?



Ok. Boleh tak, dah kat Sabah nun, lupa plak nak pi dairy farm kat Kundasang tu. Hesh, dia nak suruh aku pi sana lagi la tu..kan? Kan?

Over all, Sabah memang best.


TERENGGANU

Calm
Agro Resort
Agro Resort lagik.
Masjid Kristal
Klu : sini adalah Pantai yang menjadi lokasi penggambaran Mael Lambong.
Harus la ea kalau wedding photoshoot nak kena lompat-lompat cenggini? ~ tipikal kan..? Yang penting pengantin paling tinggi lompat..hahah
Kenduri sana-sini, perot pon dah terjojol..haha


PAHANG (GENTING HIGHLANDS)
Escalator pon bolehhh..
Kata Genting Highlands, harus la ada pic cable car @ skyway kan.
Tadaa..
Star walk ~ cenggini ke?kahkahkah..
Terharu mak ada nama mak kat Genting noks..ahaks!
Space shot ~ since the last time naik mendalah ni, rasa macam nak tercabut jantung..tapi naik tetap naik.

lupa cakap. Aku ni spesies yang boleh tido di mana saja, hatta di bilik karaoke sekalipun. SERIOUSLY. Tak caya? Try me.
Frontpage ~ Melayu Muslim bercumbu di tempat awam.

WARNING : Yes, I'm DANGER!
Freestyle.
Pose bajet Naomi Campbell..kahkahkah
'Ku Menunggu..ku menunggu kau putus dengan kekasihmu..' ceitt..
Yang ni ponnn ~ pengaruh budak atas tadi la tu.
Fly.
Ni la pe'el bebudak tak da keja..hahaha

Genting, as always full of excitement and fun..weee... :)

Ahad, 30 Disember 2012

Stupid mistakes

Ni cerita siang tadi.

Memula masa nak pergi kolej adik aku kat Bangi. Nak gi hantar laptop (motif aku nak bagitau sebab musabab aku ke sana ni dah apahal Kit?).

Tersalah masuk simpang kat roundabout. Bukan sekali. Yeap, dua kali..hmm, my bad. Entah berangan ke hapa. Tak ketahuan hala. Memula tu tersalah masuk simpang ke kawasan perumahan. Ok la, fine..my fault. So, cari la jalan untuk U-turn balik.

Lepas tu, pun salah simpang lagi..apa kejadah la aku pergi masuk simpang jalan nak ke JPJ pulak neh..adeh..kena U-Turn lagi. Bertambah fed up aku dengan roundabout (padahal salah sendiri, roundabout xda kaitan pun kena blamed..hahah..manusia..manusia).

Entah apa ke bangang la aku tadi. Padahal ini bukan la kali pertama aku nak ke kolej adik aku tu..dah berkali-kali dah pun. Gamaknya pak-pak dan mak-mak guard gate belakang IPT tempat adik aku belajar tu pun dah cam muka aku. Harap-harap tak cam lah..heheh.

*****

Balik ja dari kolej, aku dah congak-congak dalam kepala. Kalau balik rumah awal mesti dilanda kebosanan. Maka, aku pun dengan niat nak melepak + buang masa, terus heading to butik makcik kawan aku di kawasan berdekatan.

Sebelum keluar rumah tadi memang dah standby pinjam laptop Tuan Tanah yang memang dah lama aku pinjam tak pulang-pulang..hahah. Konon-konon nak online sambil lepak. KONON nya lah.

Penat melepak kat butik, aku and kawan aku pun keluar ke ATM kejap, pastu gi cari makan.

Ha, part ni tak bleh blah..boleh pulak aku tercicirkan henpon aku Cik Korbi kat kedai makan tu. Dah tu lansung tak sedar henpon cicir. Nampak sangat Cik Korbi dah tak berguna untuk diri aku..wahahaha.

Nasib baik adik ensem kedai makan tu sempat lari-lari ala-ala hindustan hantar Cik Korbi aku tu. Time tu aku dah elok-elok masuk keta, ready nak tutup pintu keta dah pun. Mujur betul. kalo tak malam kang meraung la aku Cik Korbi hilang.

Walaupun aku pakai henpon cikai ja, tapi isi kandungan Cik Korbi tu yang penting. Banyak benda-benda yang Private & Confidential. Harap-harap orang yang jumpa Cik Korbi tadi jujur ikhlas tak explore apa-apa lah.

Tapi tu lah. Apa nak buat ea. aku ni memang mahir lagi pakar dalam bab-bab tercicir barang ni. Cik Korbi tu kalau boleh bercakap, mau jugak dia pergi buat aduan ke Tribunal Pengguna ni sebab aku asyik jatuhkan dia ja..sehari tak cukup sepuluh kali (kadang-kadang lebih) aku jatuhkan dia memang tak sah. dah macam ada saka pulak yang selalu tolong jatuhkan Cik Korbi aku rasa..heheh..ok2.ayat dramatis tak boleh blah.

*****
Malamnya plak, tadi masa nak balik rumah pun ada berlaku sesuatu. Tapi memandangkan 'sesuatu' tu bukanlah aku punya 'another stupid mistakes' cuma ianya sedikit misteri dan dah ala-ala paralimpik paranormal, supernatural, superstitous pun ada, so, aku tangguhkan dululah cerita tu ke next entry okek..dah ngantok. Nak tido, esok nak kena bangun awal. Nak pi lepak-lepak lagi..hahahahah.

p/s : Sebenarnya ada sikit-sikit rasa seram nak taip apa yang jadi waktu malam masa nak balik rumah tadi..heheh.

Khamis, 19 Julai 2012

This is what a friends are made for

pic : Google image
p/s : Frienship isn't about whom you have known the longest, it's about who came and never left your side. (Same goes to love).

~ Terima kasih kengkawan for being my friends, dalam susah senang aku. Sayang semua. :)
>dari sahabat yang suka buat perangai.<

(Nak cc pada tiap2 sorang kengkawan aku, macam ramai sangat. Post kat blog jela senang sket kan..?)Hehehehe..