SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label pic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pic. Papar semua catatan

Jumaat, 19 April 2013

La escapada

Bahagian : Cuti-cuti Malaysia

Dari hujung tahun lepas, sampai la ke bulan lepas, hidup mmg busy sikit ke sana-ke sini  dengan tanpa arah bermacam tujuan.

Tujuan apa pun aku dah malas nk menaip + x ingat semuanya..tapi sebab suka over dan nak jugak kepoh dalam blog, so, lets pictures do the talking okeh...Zzzz..


KENDURI KAWEN KAWAN-KAWAN

Comei.

Dusty Purple + White = Perfect Match.
Permaisuri sehari.

Who will walk with me..through the rain and the pain...? ~ perghh..menjiwang.
....


MELAKA

Duta tak berbayar @ Jonker Street.
Hotel Casa de La Rio ~ eh, betol kot nama hotel ni..haha
Kalau nak jenjalan jamu mata mahupun buang duit kat Melaka memang best.heheh.


JOHOR

Eh, macam mana pic kat Johor boleh lansung tak de ni? adeh la..kes rushing nak balik awal punya pasal la ni..

Johor, best. Tapi tak sempat nak ronda-ronda sebab kalut nak balik packing barang untuk ke Sabah plak esoknya.


SABAH

Cari dan Menang. Toing toing.
Pulau Sapi + Manukan ~ Sabah bhaa..
LCCT
Beso gilos sotong kat Sabah ni..
Pandang jauh ke lautan macam pandang ke satu arah yang takda penghujung. Aku try-try gak ushar kot-kot ada Black Pearl tengah-tengah lautan ni, tapi ni ja yang jumpa..
Dulu nama dia Jesselton.
Rumah terbalik takpa, jangan otak terbalik. Okeh?

Kancil dari Johor. Kesian. Jauh-jauh datang ke Sabah untuk diterbalikkan.
Lupa nak snap pic tiket masuk yang mahal tuh.
Mount Kinabalu. Sejuk.
Di sebalik awan.
Jambatan sudah roboh Tamparuli. Eh, sapa tu?



Ok. Boleh tak, dah kat Sabah nun, lupa plak nak pi dairy farm kat Kundasang tu. Hesh, dia nak suruh aku pi sana lagi la tu..kan? Kan?

Over all, Sabah memang best.


TERENGGANU

Calm
Agro Resort
Agro Resort lagik.
Masjid Kristal
Klu : sini adalah Pantai yang menjadi lokasi penggambaran Mael Lambong.
Harus la ea kalau wedding photoshoot nak kena lompat-lompat cenggini? ~ tipikal kan..? Yang penting pengantin paling tinggi lompat..hahah
Kenduri sana-sini, perot pon dah terjojol..haha


PAHANG (GENTING HIGHLANDS)
Escalator pon bolehhh..
Kata Genting Highlands, harus la ada pic cable car @ skyway kan.
Tadaa..
Star walk ~ cenggini ke?kahkahkah..
Terharu mak ada nama mak kat Genting noks..ahaks!
Space shot ~ since the last time naik mendalah ni, rasa macam nak tercabut jantung..tapi naik tetap naik.

lupa cakap. Aku ni spesies yang boleh tido di mana saja, hatta di bilik karaoke sekalipun. SERIOUSLY. Tak caya? Try me.
Frontpage ~ Melayu Muslim bercumbu di tempat awam.

WARNING : Yes, I'm DANGER!
Freestyle.
Pose bajet Naomi Campbell..kahkahkah
'Ku Menunggu..ku menunggu kau putus dengan kekasihmu..' ceitt..
Yang ni ponnn ~ pengaruh budak atas tadi la tu.
Fly.
Ni la pe'el bebudak tak da keja..hahaha

Genting, as always full of excitement and fun..weee... :)

Rabu, 15 Disember 2010

Ehoza Candid Photo Contest - VOTE 4 ME..!! ok?

Ingat lagi tak kat post sebelum ni aku ada cakap nak join satu photo contest? Hee..i'm officially dh join that contest..hehehe..


Contest ni bermula dari 19 November sehingga 18 Disember 2010. So, semua contestant ada masa sebulan untuk berkempen. Unfortunately, for me, aku cuma ada masa lebih kurang seminggu ja (aku hantar penyertaan 10hb Disember 2010) sebab aku lambat tau pasal contest ni. Dapat info ni pun setelah sorang kawan aku yang jugak sorang contestant tagged pic yang dia hantar dalam contest tu kat aku..huhu..better late than nothing aite?

Aku hantar pic ni untuk contest tu..pic biasa ja. Amatur lagi kan..so, sesapa yang baca or terbaca post aku ni bole vote untuk aku dengan meng-klik 'LIKE' pada pic aku tu..tapi pada yang belum 'LIKE' lagi dengan page ehoza.com tu kena 'LIKE' page tu dulu la..then baru bole nak 'LIKE" pic aku plak..


Kalau tak sure or tak paham camana nak vote untuk aku, sila ikut STEP di bawah ni ok :

STEP 2- Like this pic http://www.facebook.com/photo.php?fbid=472799804811&set=a.468031694811.265329.128032...339811


Sekali lagi aku nak korang tau yang tujuan utama aku join contest ni bukanlah kerana wang hadiah yang ditawarkan or niat nak menang supaya bile jadi glemeres ke hapa ke, it just about my passion in photography..ok? I take photography seriously..sebab aku memang sangat suka + minat dengan bendalah ni sumer..tapi, kalau ada rezki menang pon, Alhamdulillah la kan?hehehe.


Its really-really not about the money or winning the competition..its all about me and photography.

So, pada semua kawan-kawan and readers yang menyokong aku, give me ur support and do vote for me ok.. Hidup Keet..!! yearghhh..!! hak3..

Rabu, 8 Disember 2010

Back 2 Opisss..

Ellow...he..i'm back..wahh..rasa cam dah sangat lama ja aku tinggalkan opis nih..tapi pelik ah..napa cuti rasa kejap je..patotnya cuti dua minggu kan??hehe..ada banyak cerita sepanjang cuti seminggu ni..tak campur dengan hari ni punya cerita lagi tu..sampaikan aku dah tak tau nak tulis yang mana dulu sebab semua cerita tu dah bercampur-aduk dalam kepala hotak aku nih..so, aku mix-kan jelah semua cerita tu ok..baru la banyak perasa sket..baru la bervariasi, then barulah 1Malaysia..kan??..heh3.

'Dah seminggu tak masok opis..arini start bekerja semula macam selalu..huwargh..x besh..huks3 (T,T).
Nak balik umah tido bole?'

Cuti @ Penang + kampung (Kedah) :

Tempoh seminggu tak bekerja aritu aku sempat ke rumaha kakak aku di Penang dan balik kampung kejap di Kedah, tapi balek kampung for a few days je (TAK CUKUP..ok!?)..hu. Apapun, sangat seronok being there walaupun sekejap ja. Otak pun dah relax sket rasa (for now la kan..pasnih aku tak sure la..ngeh..ngeh..ngeh).

Tapi tahun ni aku tak sempat pun nak pegi Pesta Penang sebab aku stay kat Penang dua hari ja..so, sempat main-main ngan anak sedara + lepak-lepak + sembang-sembang ngan kakak ja. Dapat jugak la aku release tensen ngan dorang. Al-maklumlah aku ni kan selalu sangat tensen + berangin satu badan. Sempat la buang kejap angin kus-kus aku tuh..heh3.

Kat kampung pon aku tak sempat nak jenjalan sangat. Memerap ja kat umah. kakak aku ajak keluar pun malas ja nak mengikut..hm..Cuaca pulak tak berapa best..asyik hujan ja. Tapi aku orait ja walaupun dok kat umah ja as long as aku dapat balek kampung..(",). Kebetulan kakak aku yang sulung pon balik kampung (sebab husband dia kena pi operasi kat Gubir). Kebetulan pulak budak-budak ngah cuti sekolah kan sekarang ni, so dapat main ngan anak sedara lagi la..dah lama jugak aku tak gaduh ngan Izham and Irfan sejak kali terakhir aku pi Penang 6 bulan lepas..(banyak sangat pulak 'kebetulan' kan? hehe..)

Bestnya cuti kali ni sebab aku boleh lupakan kejap masalah-masalah aku kat sini..maunya tak lupa, aku nak pikir pun lansung tak sempat sebab buat benda lain..hehehe..so, takdela emosi terganggu sangat kan even masalah-masalah aku tu tak setel-setel pon lagi. Barulah terasa nikmat dapat hidup tanpa perlu nak pikir semua hal yang menyakitkan hati dan kepala+otak..kan?

Ok..tutup cerita pasal kampung la..kang teringat-ingat nak balik lagi pulak aku ni..hesh..


Al-Fatihah untuk Allahyarham suami...

Tadi aku sempat kol akak aku kejap..niat sebenar nak pesan suruh dia bawakan baju aku yang kat kampung tu..tanya-tanya khabar dia kat mana sebab aku terdengar suara orang ramai-ramai ja dari corong tepon aku nih..then akak aku cakap dia kat kubur. 'Erk..pardon me..kat mana again?? Kubor? Sapa meninggal?'

Dup..dup..dup..

Rasa cam jantung aku tengah masuk lari pecut peringkat olimpik plak..kira konfim menang la kalu jantung aku yang lawan lari dalam olimpik tu (kalu aku yang lari, konfim kalah la.hehe)..eh, merepek..sambung cerita.

"Sapa meninggal?.."

"Laki Pini (kawan kak aku).. "

"Owhhhh....Innalillah hi wa inna ilaihi rajiun.." Panjang pulak 'owh' aku kali ni.

Lega sket rasa sebab jawapan tu bukan dalam senarai yang boleh memeranjatkan aku..tapi aku still bersimpati pada kawan kak aku, Shafini atas pemergian suami dia dalam tempoh perkahwinan dorang yang belum sampai setahun pun..hm, kalau tak salah aku, baru 9 bulan ja.. Lagi kesian sebab sekarang dia tengah pregnant pulak..sedihnya ditinggalkan dalam keadaan dia sekarang ni. Besar la tanggungjawab dia lepas ni sebab terpaksan jadi ibu dan bapa kepada anak yang bakal lahir beberapa bulan dari sekarang..isk..tak dapat nak membayangkan kalau aku yang berada di tempat dia..Nauzubillah.

Semoga dia terima ketentuan ni dengan redha..dan cekal menghadapi semuanya.


Hati bukan kebal..tapi kental.

Aku tau hati perempuan ni bukan kebal..tapi, InsyaAllah, hati tu boleh jadi kental dan tahan menerima apa juga cabaran dan dugaan. Harap-harap hati Pinie pon kental jugak..
Dan, hati aku jugak harap-harap makin kental untuk hadapi semua kemungkinan dalam hidup ni..Amiinn.

Aku cakap aku tak terkejut tu bukan sebab aku tak prihatin..ok?Walaupun tak terkejut, aku tetap jugak rasa tak sangka dan macam separuh percaya ja.

Tapi sebab aku memang sedia maklum yang suami dia dah seminggu dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sebab berlaku jangkitan kuman dalam badan dan kak aku cakap jangkitan kuman tu dah merebak sampai ke otak dah pun..so, memang dah tahap yang serius...dan masing-masing dah menjangkakan yang dia berkemungkinan besar akan meninggal cuma tak tau bila ja..so, kira dah mentally prepared jugak la..

Lagipun, aku memang kenal dengan dia dari kecik lagi. Sekampung pulak tu.. Sampai tengahari ni saja dah tiga orang kakak aku yang asyik inform pada aku pasal berita kematian suami dia. Takkan la aku nak cakap yang aku tak rasa apa-apa kan walaupun aku bukanlah rapat sangat dengan dia..

Untuk Pinie..sekalung takziah atas pulangnya insan kesayangan dia ke Rahmatullah... Semoga tabah menghadapi dugaan dan ujian Allah S.W.T.

p/s : Semua orang akan kembali ke sisi-NYA juga satu masa nanti yang telah ditetapkan..bezanya antara semua orang cuma ruang dan masa bila kita akan dijemput.. Teringat kata-kata yang selalu aku dengar..mengingati mati adalah wajib..dan mati itu sendiri adalah sesuatu yang PASTI..walaupun masa dan tempatnya masih lagi samar.

Al-Fatihah untuk arwah..semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amiin.


Back to opis :
 
Rutin kebiasaan aku bila masok opis, cek email kot-kot ada emel penting, panggilan interview ke (hopefully), then buka web cari kerja nak semak kot-kot dia ada keluarkan iklan jawatan kosong terbaru (ha, aktiviti ni memang aku tak pernah miss - mesti cek hari-hari punya, kecuali masa aku cuti balek kampung la..), pastu ber-fesbuk jap (erm, kejap ke kalau dah buka bendalah yang melekakan tuh?erm, no komen lah.. Tepuk dada, tanya mindalah eh..hehe).

Tengah cek notification fesbuk aku tadi, ada la kawan aku si Mimi Alia ni tagged 1 pic accident kat Penang..tengok punya tengok + baca komen-komen pic tuh..owh, masuk Ehoza Candid Photo Contest  (by Ehoza.com) rupanya minah nih..ceh..sejak bila ntah dia neh..tp, erm..bila dh buka fesbuk si ehoza tu sambil-sambil tengok contest's pic orang len, tetiba aku pon rasa cam nak TER-join jugak..

Camna nih?? Aku nak join bole tak? belom tarikh tutup lagi walaupun dah dekat dah dengan 18 Disember 2010. Just for fun. In fact aku memang suka bab-bab fotografi ni. Pic-pic aku yang candid pon bole tahan banyak jugak. Dah tak payah nak snap pic baru dah pon, tinggal nak select da best pic among all je lagik..hahahaha...Kompem + nekad. Aku NAK JOIN..!! yess..yes..

So, misi abeh keja petang karang, balek umah buka semua pic-pic aku and pilih satu candid pic yang ter-hot untuk contest nih..heh3..best2..!! Talk sabar plak rasa..hm, aku ni memang tak menyempat btol kan?haha..but i don't care..kalau pic-pic aku tuh ada kat opis, memang sekarang jugak aku dah pilih the suitable one..tapi takdela pulak kan..semua kat umah..so, sabar sket yer cik Keet..!

Tapi karang pas kerja bebudak opis ni ajak gi makan nasi arab kat Cyberjaya la pulak..hadoi..kena postpone jap la misi 'Mencari gambar candid ter-hot' aku tu..sebab, orang cakap rezeki jangan ditolak kan..so, ada acara makan-makan ni kena la pegi..ye tak? Sambil-sambil tu, bole la temankan Cik Nad berbuka puasa (alasan semata-mata)..hehehe..

(Baru masok kerja semula, dah pikir bila nak tukar keja lain plak..huish..ungrateful ke camni??)