SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label senget. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senget. Papar semua catatan

Isnin, 23 September 2013

Sempurna

Andai aku sempurna..
tiada aku di dunia, aku kekal di syurga.

Andai sempurna yang kau, dia dan mereka cari..
itu bukan aku.

Rabu, 11 September 2013

Hikmah

Kalau nak bercakap tentang perkara-perkaran yang boleh, sudah dan akan melukakan kita...banyak.

Memang banyak. Kan?

Makan chipsmore pun boleh melukakan.

Tak percaya?

Ce makan chipsmore dalam kuantiti yang banyak. Tekstur chipsmore yang kasar tu boleh melukakan permukaan lidah.

Memang sakit.

Cuma hikmahnya adalah, bila lidah terluka, malas la nak cakap banyak..so dapat mengurangkan bercakap benda2 yang lagha and ntah hapa-hapa..cakap perkara yang perlu ja.

Ha, itu la yang kita panggil hikmah.

~ saja terlintas aku nak tulis entry ni sebab nampak chipsmore dalam drawer kat opis. Chipsmore yang kasi luka lidah and langit-langit aku semalam - hikmah (-_-')

Jumaat, 6 September 2013

Luka yang membengkak (T_T')

Luka...
yang berdarahnya di dalam, makin membengkak pada luaran.

Pedih.
Sakit.

(T_T)

Dapat dilihat pada luaranm oleh mata kasar semua orang andai dizahirkan..
tapi hanya dapat dirasa pedih dan sakitnya oleh pemilik diri.

(T_T)

*****************

Isk...apa kejadahnya jari bengkak tersepit pintu kereta, pastu nak update entry jiwang kat blog kan aku nih..? LOL

Jari yang tersepit tadi tu dah membengkak macam perut ibu mengandung 4 bulan dah. SAKIT..!!
Dah mula nampak bakal darah beku kat bahagian depan jari. Memang tahap nak menangis.. (T_T)

p/s : luka di hati sapa la yang tau kan.. (-_-')

Jumaat, 30 Ogos 2013

MAGIS sungguh dia..!


Karya terbaru RAM, MAGIS - coming soon (October 2013)

MAGIS ni, based on apa yang aku baca kt kulit belakang dia (sinopsis) adalah cerita yang menggabungkan banyak watak utama dari pelbagai novel RAM yang terdahulu. Akan mula publish pada Oktober. tarikh yang spesifik sila jangan tanya aku..aku pun tak tau bila.

Eii...tak sabar..!! Tak sabar..!! Tak sabar..!! (ce baca dengan gaya ala-ala Lisa Surirumah Surihani dalam Istanbul Aku Datang tu).

Walhal buku Igauan Maut yang beli aritu pun belum start baca pun lagi (-_-')

Igauan Maut - RAM's first novel - 20 years ago, reprinted.

October..I'll be waiting for you..please come quickly okeh.. (",')

Selasa, 27 Ogos 2013

Mulut penuh gula

Yang rendah ingin menjadi tinggi.
Yang tinggi ingin mendominasi.

Masing-masing ~ mulut penuh gula.

Jumaat, 28 Jun 2013

Art is life..


Sebulatnya ~ The Fabulous Cat
Talking to the moon ~ Bruno Mars
Owl City.

Mini Cooper ~ all time feberet -,-

Iklan jap.
Nak shawl cantik untuk pakai raya?? Klik SINI

Sambung balik.

Eh..baru prasan. Woi..woi sapa yang gatal tangan conteng 'hubby & keet' kat hasil seni aku neh??

Ok, aku boring..hahaha

p/s : Life is art...

Isnin, 15 April 2013

Anti media sosial.

Henpon aku rosak lagi. Hoyeaahh.!! Syabas untuk aku. (lompat bintang 146 kali)

Baru semalam ja Tuan Tanah suruh aku beli henpon baru.

Mana boleh.

Duit tabungan yang ada elok la aku salurkan untuk Beto ke, Kusyairi ke..eh, lupa, aritu aku dapat beskal sebijik..hihik. Tengkiu beribu-ribu lemon pada yang memberi.hehe.

Pasni jadi cycler (betol ke words aku ni?haha) tegar la aku..kononnya. Ha, itu la yang namanya Kusyairi. Hensem. Macam Beto jugak..tapi Beto lagi hensem..tiada tandingan.hahah.

Eh, tadi nak cerita pasal Cik Korbi la sebenarnya. Dah melalut tercerita pasal Kusyairi pulak. Sudah.

Cik Korbi ni ha, rosak lagi..stress aku.

Nak call out tak dapat. Nak reply mesej failed..oh damn..!huhuks.

Kes merajuk lagi kot gamaknya Cik Korbi ni, sebab semalam kan Tuan Tanah cakap ngan aku suruh beli henpon baru. Katanya, beli henpon yang boleh ber-BBM, ber-whats app, ber-wechat, ber-instagram, ber-twitter, ber-fesbuk and ntah berapa banyak 'ber' lagi ntah.

Ye, dengan henpon aku yang sekarang ni, semua yang tersebut di atas tu, satu hapa pon tak boleh. Kecuali fesbuk la. Aku pun malas nak cara benda-bendalah tu semua. Semak. Rimas. Lemas. Ha, nampak tu??

Bak kata Tuan Tanah, anti media sosial aku ni.

Eh, mana ada. Bukan anti, tapi aku ambil langkah bijak tak nak serabutkan kepala hotak aku dengan terlebih-lebih bersosial dalam talian. Yang dah ada tu pun (fesbuk) kadang-kadang muak dan loya tekak jugak nak melayan..hahah..nampak?nampak? Alasan tak nak kalah. Walhal buta IT..lol (T_T)

Tapi, erm..rasa macam mengidam Samsung Note 2 la...hehe..bosan2 boleh main conteng-conteng kan..hihihi...

Kesimpulannya, motif entry ni cuma nak cakap yang henpon aku rosak, bukan nak mem-propa-kan fakta yang aku ni anti media sosial ke buta IT ke hapa okek. Mungkin akan ada kesulitan sikit untuk aku menghubungi kengkawan untuk tempoh tertentu dari sekarang.

p/s : By the way, aku ni bukannya kaki gayut mahupun kaki SMS..so, kesulitan tu, tak berapa nak kesulitan sangat lah kot I guess.. :P

Jumaat, 18 Januari 2013

How to understand women?

Well, disebabkan aku mengkategorikan diri aku as a 'Book Lover'..jadi arini aku nak suggest-kan sebuah buku yang sangat dicari-cari oleh kaum lelaki seantero alam (rasanya lah).

Buku ni berjudul 'How to Understand Women'. Ha, dengar tajuk pun dah sound interesting kan? Tu belum baca isi kandungan buku lagi...lagi-lagilah interesting aku rasa. Buku ni ditulis oleh seorang udak sekolah berusia 12 tahun. Ya, budak sekolah yang baru 12 tahun yang tulis buku ni. Tolong jangan terkejut lagi. Simpan sikit rasa terkejut tu till you read that book by yourself. Ok?

Hope buku ni boleh la bagi panduan berguna pada lelaki-lelaki sekalian ye..

Untuk memudahkan lelaki sekalian buat misi pencarian buku tersebut, aku sertakan ilustrasi grafik buku tu beserta dengan dengan isi kandungannya..senang sikit. Kan? So guys..happy searching, and reading..! heheheh..
 
Front cover. Simple.

Kandungan buku. Confirm-confirm simple..haha

Cover - back. Lagila simple.

p/s : Well said kan buku ni?? Ringkas dan padat..cara mudah memahami wanita..hahaha..agak-agak isi kandungan buku ni berguna tak?

Khamis, 20 Disember 2012

Mee Sedap

Korang mesti dah dengar kan lagu Apo Kono eh Jang 2012 tu?

Eh, lupa bagi salam pulak... Assalamualaikum wbr...hehe..

Ha, sambung-sambung..dah dengar kan?

Ala yang dinyanyikan oleh AC Mizal feat. Fida & Stellar Band. Lagi cathcy dari versi lama. Layan jugak la lagu ni walaupun dulu aku tak suka pun lagu sebab.....ok abaikan.

Ada perasan tak kat part yang AC Mizal rap tu, ada lirik 'Listen up! Listen up!' tu..?

Aritu masa tengah dengar lagu ni kat opis, sorang kawan aku tanya...

*****

Opismate : Weh Kit, apa lirik yang AC Mizal dok sebut tu?? (sambil dia nyanyi2 dengan lirik buatan sendiri)

Aku : Owh..dia sebut 'listen up' tu.

Opismate : Hang tau dak Kit, aku mati-mati ingat dia dok sebut 'Mee sedap! Mee sedap!' hahaha...

Aku : hahaha...ish...hahaha...lawak ah lirik hang tu..hahah

Opismate : Tu ah..aku pelik jugak. Takkan la lagu ni ada kaitan dengan megi brand Mi Sedap tu kan...hahaha.

*****

Apa pun tak boleh la opismate aku tu..

Pastu start dari aritu, bila dengar ja lagu Apo Kono eh Jang ni, otometik aku tukar lirik 'Listen up' tu jadi mee sedap.

Mee sedap..! Mee sedap..!!

LOL. Hahahaha.


Khamis, 13 Disember 2012

Premix Crepe

Premix Crepe sedap2 untuk tempahan :-

1. Durian Crepe
2. Stoberi Crepe
3. Manggis Crepe
4. Nangka Crepe
5. Rambutan Crepe
6. Ceng Crepe

Setakat ni yang paling yummy and paling disukai ialah menu yang No.6 yang aku highlight kan tu la. Ceng Crepe yang dibuat khas daripada cengkerik..memang marvellous..hahaha..lol

Hah, hambik. Semua nak gila Durian Crepe sangat kan..kali ni aku bagi crepe paling spesel and tak pernah dibuat orang...ngeh..ngeh..ngeh.

Aku memang tak layan sangat makanan berasaskan durian ni. Nak makan durian yang fresh pun hanya cuma bila betul-betul rasa teringin nak makan ja. Itu pun jarang sangat nak teringinnya. Saja-saja nak gi cari durian? Memang bukan aku la.

Cuma ada satu hari tu ja aku kena angin apa entah, ikut kawan pegi makan durian dekat area Kg.Baru..banyak jugak la aku makan. Hampir sebiji kot..ada hantu durian masuk dalam badan I guess..haha..

Masa berkursus yang empat hari lepas pun, ada la dorang buat acara makan-makan durian kat tepi pantai.

Memang heaven.

Heaven untuk dorang yang gila durian boleh makan durian banyak-banyak.

Heaven aku sebab tengok ja dorang makan durian..haha.

Sebenarnya heaven aku sebab dapat curi masa lepak tepi pantai.

Dah pergi berkursus dekat-dekat dengan pantai aritu, buatkan aku rasa alangkah bestnya kalo bole pergi bercuti kejap kan..so that, boleh la buang sekejap cerita pasal kerja.

Relaks-relakskan otak.

Tenangkan hati dan minda.

Fuhh..tetiba rasa tak sabar nak tunggu tahun depan sampai sebab dah ada plan baik dengan Tuan Tanah..lalalala.

Sebut pasal Tuan Tanah ni, rasa rindu plak sebab dah almost a week dah tak jumpa dia..

Beto pun.

Tapi pagi tadi dah jenjalan ngan Beto, so dah hilang sikit rindu tu..and, thanks to Mr.TJ sebab temankan Beto sepanjang ketiadaan aku. Sayang semua lah! Hee :)

Dan entry kali bermotifkan repekan otak semata-mata. Ternyata lansung takde isu yang berfaedah pun kat sini..yang paling penting, aku auta ja pasal open order untuk Premix Crepe tu..hahaha..

Selasa, 7 Ogos 2012

Kena pancung

Boring-boring rehat tadi, aku tergerak nak main hurdless #googledoodle kt engine search google..ala, kalo sesapa buka google arini, mesti perasan ada sorang mamat kat trek larian berpagar tu..

Dah dok main-main tu, ketagih plak..siap compete ngan opismate aku, si Pendi tu lagi. Nak test sapa lari lagi laju..setakat ni memang aku la champion :p
Catatan masa terbaik aku..

Tapi kalo kena lari betul-betul, dah sah-sah la aku yang akan kena tinggal terkebelakang sekali..hahaha..

*****

Last time main hurdless ni, pendi dah potong skor aku dengan catatan masa 12.0 saat. Aku kalah 1 saat dengan Pendi? Berani dia pancung aku?? Huh..tak boleh jadi ni..

Disebabkan fed up dok mencuba, tapi tak dapat-dapat jugak nak potong catatan masa Pendi, last-last aku turun surau. Solat. Kot-kot boleh dapat hidayah camna nak kalahkan Pendi..hekhekhek..

p/s : Hadoi..buka google pun dah melalaikan, ni belum lagi buka website lain..Lagha..lagha..

Selasa, 19 Jun 2012

Cik Korbi Kelat

* Ini adalah bukan dialog bersama jin
*****
Dia buat dah..dia buat dah..dia dah start tarik muka kelat dah ngan aku.

Cik Korbi aku dah mula menunjukkan tanda2 dia nak buat perangai.

Kejap2 ter-off sendiri..kejap2 ter-off lagi..ntah apa kejadah masalah dia pon aku tak tau. kecelaruan memori gamaknya. Asyik-asyik biol je kepalotak dia..hesh..susah gak cenggini..

Masuk virus ke? Maybe sebab aku ce-ce try guna wifi opis masa perhimpunan mesra bulanan aritu kot?

Ke merajuk sebab aku cakap nak tukarkan Cik Korbi dengan yang lain..

Aku taruk nama Cik Korbi aku bersempena dengan
nama Colbie Caillat ~ Korbi Kelat. Heheheheheh..
 
Atau pon, ke sebab...

Cik Korbi rasa rendah diri dengan kawan2 baru Cik Korbi, geng beri2 hitam..? huiskk.. Come on la Cik Korbi..bior la kalo dorang semua tukar partner and join team beri2 hitam pon, aku tetap dengan Cik Korbi..don't worry la..takkan Cik Korbi x yakin ngan aku kot..En.Sani Eric kan aku dah tolak tepi..aku lansung tak pandang dah kat En.Sani Eric tau..dia jerit2 suh aku bawak dia jenjalan pon aku buat dono ja..betol ni Cik Korbi..

Ni la Cik Korbi Kelat ~ hp aku cikai ja..
xda pakai yang rega riban2
(sumber pic : iGyaan.in)

Hmm..Cik Korbi kecik ati ea sebab aku ada cakap Cik Korbi cikai..pastu aku cakap aku nak print logo beri2 taruk kat name tag Cik Korbi?? Takkan kot Cik Korbi? Aku gurau jela. Sejak bila ruang perut Cik Korbi mula ada taman ni?

Jangan la camtu Cik Korbi. Aku ni dah la tak pandai nak berjiwang-jiwang ngan Cik Korbi.

Aku sayang kat ko lagi Cik Korbi. Tak rasa pun nak gantikan dengan yang lain. Tak rasa pon nak join geng beri2 hitam 2 semua..aku setia dengan Cik Korbi..sungguh..! (Ayat camni jugak la dulu aku selalu dok cakap kat En.Sani..ngeh..ngeh..ngeh..)

Aku mintak maap la sebab selalu tolak2 Cik Korbi sampai jatuh. Mostly aku memang tak sengaja. nak jugak terjatuh..nak buat camana.. Diulangi ~ 'ter'jatuh..bukan sengaja..

Sori ea Cik Korbi?? Aku kan careless..Cik Korbi takkan tak paham2 aku lagi..please la Cik Korbi..get used to it okek..Cik Korbi kan tahan lasak..jatuh2 manja ja 2.Next time aku jaga Cik Korbi betol-betol. Aku cakap betol ni..cayo la cakap den Cik Korbi. Jangan kelat-kelat lagi ngan aku okek..

p/s : pernah dengar tak, selalu bila kita cakap nak beli barang baru untuk gantikan yang lama, mesti barang lama 2 akan meragam & buat hal..macam ada akal + hati plak dah  bendalah 2..ke memang kebetulan ja eh..?

Jumaat, 4 Mei 2012

Nok mitok tolong Zizang (Zizan)

.

 Tak berapa nak paham la aku baca surat nih..

Nak mintak tolong Zizan translate-kan bole tak??

Hehehehe...

p/s : Zizang, tolong translate-kan ke Bahasa Melayu baku Zizang..hehehe

Ni semua jiran punya jiran punya kucing punya angkara..

Hahahahaha....

Hahahaha lagi..

Nak taruk berapa banyak PUNYA daa ni??

p/s : Agak2 cikgu tu maafkan tak anak murid dia 2?kikikiki...

Anak hantu kan??

(Sila baca tajuk entry ni dengan nada ala2 iklan Kit Kat yang M.Nasir jadi Hang Tuah 2 okek)


Di suatu petang, dalam toilet kat bilik persalinan wanita di sebuah gim...

Minah tengah memerut dalam toilet sebelum tiba2 pintu toilet dia diketuk.

Tok..tok..tok..

'Aku anak jin...hahahaha...'

Satu suara (yang konon2 anak jin 2) kedengaran memecah kesunyian di bilik bilik persalinan tersebut.

Minah yang tengah memerut buat muka pelik.

Tok..Tok..tok..tok..Tok..tok..tok..

Pintu diketuk lagi. Kali ni lebih lama + lebih kuat lagi ketukan dari anak jin 2. Kira, kalau ketukan 2 dibiarkan berterusan untuk 15-30minit lagi dah boleh memecahkan pintu toilet 2 la..heheheh.

Tok..tok..tok..Tok..tok..tok..Tok..tok..tok..Tok..tok..tok..

'Oit2..apa ni ketuk2..?!' Minah hilang sabar.

Tok..tok..tok..Tok..tok..tok..Tok..tok..tok..Tok..tok..tok..Tok..tok..tok..

'Aku anak jin..hahahahahaha...' Kata anak jin tadi.

'Ala tipu..' Balas Minah.

'Apasal tipu plak..? Aku anak jin tau..!' Anak jin tadi tak puas hati.

'Tipu la..sebab aku anak jin jugak' jawab Minah.

'Ko anak hantu kan? kan??' sambung Minah lagi.

'Aku anak jin la..!!'

Suara anak jin dah mula macam nak nangis. Eleh..kata anak jin. Jiwa lansung tak kental. Ada hati nak menyakat orang..Piraahh..camni la gamaknya pe'el semua anak jin alaf 21 agaknya kan..

'Eleh..ko anak hantu kan..?'

'Anak jin..!'


'Aku tau la.' Ko memang anak hantu'


'Huk..huk..aku kata anak jin.. Anak jin..!! Anak jin la..!!


'Ala..komfim ko anak hantu.'


'Sebab??'


Anak jin menyoal.

'Sebabnya..setahu aku anak jin mana skodeng orang dalam toilet. Anak hantu ja yang dok buat perangai buruk cenggitu..nak2 lagi anak manusia yang perangai macam hantu..lagi la burok perangai dorang..hesh..' Minah membebel.

'Huuhuhuhuuhu....' Anak jin tadi dah mula menangis.

'2 la 2..dah elok2 jadi anak manusia, nak sangat mengaku konon2 anak jin. Tapi buat perangai macam anak hantu..ce bawak bersyukur sket..' Minah bebel lagi.

Ha, hamek ko..banyak sangat main..ingat dengan mengusik orang cenggitu boleh bakar lemak jadik kurus ke? memang tak la kan..baek ko g workout cepat sebelum aku humban ko atas mesin Treadmill 2..

p/s : Entry takda motif. Saja nak membebel.

Rabu, 25 April 2012

Cari jalan pulang

'Sesat dalam terang,
Hilang dalam ramai..'

~ Kegilaan itu ternyata sangat bijak berpura-pura..!

p/s : Tupai takkan selalu hebat melompat. Tersilap langkah, ia akan jatuh ke tanah. Carilah jalan pulang.

Isnin, 5 Mac 2012

BEL & BELLA

Hadoyai..gua skang ni kalo masuk bab hapdet blog dah macam terima gaji ja kaedahnya ~ SEBULAN SEKALI.

Ok. Gua bukan nak cerita pasal gaji or pasal mana2 mamat yang namanya Bel ataupun cikaro yang bernama Bella.

**********
Ni cerita pasal BELLA…..

Gua dah x larat nak dengar housemate gua membebel pasal pakej baru Asterok ni. Dia cukup tak puas hati bila pakej B4U tukar (ke share channel entah, gua tak sure plak) dengan pakej BELLA. Hm..gua pn x berapa berkenan jugak.

Gua ni bukan kaki telenovela pn..meraban je citenya..malas gua nak tengok..MEREPEK. Walaupon gua  ni pun bukan la kaki muvi Hindustan sangat, tapi kadang2 tu layan gak B4U..so, dapat gak gua tengok muvi hindustan feberet gua sepanjang zaman ~ Taare Zameen Paar + Slumdog Millionaire.

ada rupa gua x si Louisa Fernanda ni? hahah..
At least gua rasa B4U tu better sket daripada telenovela2 yang meleret-leret + merepek je citenya tu..karang kalau makin dilayan telenovela tu, mau ja buat gua berangan teptiap hari ni..sebab dulu classmate gua cakap muka gua macam Louisa Fernanda heroin cite The Gardeners Daughter tu..hahaha.

Hesh..memang sangat tak tercapai akal gua nak bayangkan gua yang macam mana la yang sama sangat dengan Louisa Fernanda, bagai yang di kata oleh classmate gua tu..isk. Kalau korang rasa muka gua takda yang sama pon dengan Louisa Fernanda tu, tu bukan salah gua..kira classmate gua la yang tipu. Gua tak..

Bapak member gua nak kata gua cute macam Velovia ke?hihi...
Tapi gua lagi suka bila ayah member gua cakap muka gua macam Ruben a.k.a Olivia (Velovia Vexia) dalam sinetron Olivia tu..hak3. (Bajet nak muka artis ngetop saja..ces.!) Hahaha..so patot ke gua langgan channel INDO PEK dengan pakej PELANGI + BINTANG yang banyak tayang sinetron Indonesia tu? Kah..kah..kah..
Ke dia nak cakap muka gua macam jantan??isk (T_T)
Kesimpulannya, gua tetap x suka pakej BELLA tu, walaupun gua blom tengok pon lagi apa je telenovela yang ada dalam pakej tu..weehehehe...
 
**********

Ni plak cerita pasal BEL..…

Semalam lepas layan gelak tengok audition Mentor 6..tukar2 channel tv sebelum off tv.. (dah jadi habit gua buat camtu, sesaja ja..nak make sure dah xda muvi best kat tv sebelum masuk tido). Sekali ada muvi B.E.L (Behind Enemy Line) plak..adeh..tak bleh jadi btol..mata macam dah ngantok, tapi hati gua memberontak suh gua tengok jugak2 muvi tu..aish..Padahal dah 4 kali gua tengok muvi tu..tapi, disebabkan hati gua memang lemah pada hasutan minda + godaan dunia..so gua pun sambung tengok muvi tu sebelum masuk tido.

Tak cukup dengan tu, gua sempat gak racun kepala housemate gua yang tengah iron baju keja, suh dia tengok sekali muvi tu..dah dia sendiri yang cakap dia kalo tengok midnite muvi ke tido awal ke, tetap bangun lambat gak..ha, dah tu, jom jela teman gua tengok BEL tu kan..ada la jugak pengisian minda, bekal buat bahan mimpi masa tido karang..hahaha. Bukan apa, kurang2 adala jugak teman gua untuk tengok muvi tetengah pagi kan..alamatnya esok nak keja memang lambat la gua bangun neh..

Masa scene Stackhouse (Gabriel Macht), kawan Chris Burnett (Owen Wilson) kena bunuh dengan tentera Serbia, gua tanya dengan housemate gua..


Kalau member lu kena bunuh depan mata lu, apa lu buat?

  1. Sembunyi diam2 belakang pokok and tengok je.
  2. Lari selamatkan diri and tinggalkan kawan lu mati sensorang.
  3.  Pikirkan cara untuk selamatkan kawan lu which menas dah konfim2 lu pn akan mati kena bunuh gak. Atau..jejeng..
  4. Tunggu masa yang sesuai untuk balas dendam.
(banyak betul penggunaan word ‘kalau’ kat dalam entry ni..’kalau’ tu kan mainan setan..isk..!)

Kalo korang2 semua plak, apa je tindakan paling afdal and yang paling awal sekali masuk dalam kepala hotak korang untuk diambil tindakan??

‘Haa..pilih2..ikan eh jawapan mana satu lu berkenan..' hihi. Seronok jugak dapat 'cepumas'kan otak kengkawan gua time tengah2 malam cenggini..lalalala...

‘Em..mestila gua tunggu masa yang sesuai and balas dendam untuk kawan gua..’

Owh..

‘Erm..lu ni pendendam jugak rupanya Baby ye..’ hahah.

Gua gelak kuat. Itu la motif gua yang sebenar-benarnya kenapa gua nak cepumas-kan sangat dia dengan bertanyakan soklan tu. Saja je nak amek feel macam mana rasa boleh semakkan kepala hotak kengkawan dengan soklan karut..hahaha..

‘Eh mestilah..gua balas dendam tu untuk lu jugak..!’

'Eh..erm..lu ke ha member gua yang kena bunuh tu? Hahahah..

ERK..?! Gulpss..ceh..hampeh..!

Wahh..lagi besar gelak Baby. Gua tau sangat gelak kuat tu memang dia tujukan untuk gua.

Cess..dendiam je lu kenakan gua balik kan Baby..?

‘Ish..lu ni..asal ada kawan lu yang mati kena bunuh je mesti gua la..? Apa la lu ni..’

Hahaha..padan muka gua. Nak kenakan orang sangat kan..?

**********

Muvi ni actually buat gua teringat dengan 1 soklan yang bagi gua agak2 cenderung kepada agenda politikus yang selalu gak la gua dengar and gua pikir soklan ni memang sangat bertepatan dengan situasi jalan cerita muvi Behind Enemy Lines ni..meh gua tanyakan dengan korang okek..

Ni soklannya…

‘Apakah tindakan korang sekiranya korang berada pada situasi yang mana korang harus memilih sama ada untuk selamatkan seorang manusia dan merisikokan lebih banyak nyawa manusia yang lain atau korang perlu korbankan nyawa yang satu tersebut for the sake of the others life..?’

Kalo korang la kan der, apa tindakan yang akan korang amek?

Haa..jangan korang jawab ‘tak bisa memilihmu’ plak..ni bukan soklan sama ada lu nak pilih girlpren mana yang lebih lu cinta ke hapa..ni soklan melibatkan nyawa mannusia ni..think wisely and cuba korang ce-cite ngan gua apa pendapat korang..(kalo korang tak kisah lah..)

Gua? (aik..hamboi2..gua tanya lu, lu tanya gua balik ea der..?)

Kalau gua…

Bagi gua la kan.....

Gua rasa kita takda sebarang hak untuk menafikan hak manusia lain atas dasar perikemanusiaan sesama insan. Kalau kita ada cara dan peluang untuk selamatkan manusia lain, kenapa tak lakukannya? Rite.? Ok. Let say la kan, dengan menyelamatkan sorang makhluk tuhan ni, kita akan menyebabkan lebih banyak nyawa melayang..adakah itu alasan untuk kita korbankan nyawa manusia tersebut? Demm. Gua lansung tak pikir macam tu. Nak2 pulak Malaysia ni, negara yang berdaulat..lagi la tak patut kalo hal2 cenggini berlaku kat sini..gua bantah..! (eh, emo lak gua).

Tentang ajal maut semua orang tu..who knows? Semua tu perancangan ALLAH S.W.T. Semua tu kat tangan  DIA. Bukan kita. So, just leave it to HIM. Jadi, bagi gua..sebagai seorang manusia, seorang insan and seorang hambaALLAH yang serba-serbi lemah dan saling memerlukan serta bersifat saling bersandaran sesama kita, lakukan la apa yang sepatutnya seorang manusia yang ada rasa perikemanusiaan dan berhati perut akan buat.”

Hehe..sengaja gua bold-kan  phase ‘gua rasa’ tu..so korang tau la yang apa yang gua tulis kat atas tu adalah pendapat + pandangan peribadi gua semata-mata. Takde der kaitannya dengan Bel, Bella, Baby mahupun mana2 makhluk bernyawa lain yang wujud atas muka bumi ni..ok der? Copy me?

So..thats it.

Behind Enemy Lines ni sebenarnya kisah benar. Kalo stok2 bapak gua yang mat Salleh tu cakap ‘based on a true strory’. Kalo tak caya bole search tentang perjalanan karier Laksamana Leslie Reighart yang ditugaskan untuk menjalankan tugas2 ‘pentadbiran’ lepas insiden Chriss Burnett masuk kawasan musuh tu..Walo camnapun, Leslie Reighart pilih untuk bersara dengan penuh hormat dan bermaruah daripada ditugaskan dalam bidang ‘pentadbiran’ di Kedutaan Amerika.

‘Pentadbiran’ lah sangat kan..tu semua bukti yang karenah birokrasi dan politik kerja wujud dimana-mana saja. Di Amerika. Di Malaysia. Kat opis lu. Termasuk jugak la kat opis gua. So..kerja la dengan mulus dan tulus telus. Setelus-telusnya.

Fuhh..entry gua yang di akhir2 perenggan ni gua rasa macam berbaur patriotik plak sikit..heheh..

Erm..cerita kat atas ni bukan review bagi muvi B.E.L okek..gua tulis tu semua atas sebab apa yang gua tau and rasa semata-mata. Dah terlambat kot gua nak review pasal muvi BEL ni..dah basi pon sebabnya, dah berkurun muvi ni kuar wayang. Kat tv pon dah ber-ploh kali dok ulang tayang..gua ja yang 'lems' nak story pasal muvi neh..heheh..teringat nak cite arini pon sebab semalam gua rasa terkena dengan housemate gua gara2 gua nak kenakan dia kengkonon-nya.

Pada yang masih hidup dan bernafas tanpa sebarang masalah pada hari ni, pesan gua ~ Live ur life to the fullest..okek?

p/s : 'lems' = lembab