SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Isnin, 5 Mac 2012

BEL & BELLA

Hadoyai..gua skang ni kalo masuk bab hapdet blog dah macam terima gaji ja kaedahnya ~ SEBULAN SEKALI.

Ok. Gua bukan nak cerita pasal gaji or pasal mana2 mamat yang namanya Bel ataupun cikaro yang bernama Bella.

**********
Ni cerita pasal BELLA…..

Gua dah x larat nak dengar housemate gua membebel pasal pakej baru Asterok ni. Dia cukup tak puas hati bila pakej B4U tukar (ke share channel entah, gua tak sure plak) dengan pakej BELLA. Hm..gua pn x berapa berkenan jugak.

Gua ni bukan kaki telenovela pn..meraban je citenya..malas gua nak tengok..MEREPEK. Walaupon gua  ni pun bukan la kaki muvi Hindustan sangat, tapi kadang2 tu layan gak B4U..so, dapat gak gua tengok muvi hindustan feberet gua sepanjang zaman ~ Taare Zameen Paar + Slumdog Millionaire.

ada rupa gua x si Louisa Fernanda ni? hahah..
At least gua rasa B4U tu better sket daripada telenovela2 yang meleret-leret + merepek je citenya tu..karang kalau makin dilayan telenovela tu, mau ja buat gua berangan teptiap hari ni..sebab dulu classmate gua cakap muka gua macam Louisa Fernanda heroin cite The Gardeners Daughter tu..hahaha.

Hesh..memang sangat tak tercapai akal gua nak bayangkan gua yang macam mana la yang sama sangat dengan Louisa Fernanda, bagai yang di kata oleh classmate gua tu..isk. Kalau korang rasa muka gua takda yang sama pon dengan Louisa Fernanda tu, tu bukan salah gua..kira classmate gua la yang tipu. Gua tak..

Bapak member gua nak kata gua cute macam Velovia ke?hihi...
Tapi gua lagi suka bila ayah member gua cakap muka gua macam Ruben a.k.a Olivia (Velovia Vexia) dalam sinetron Olivia tu..hak3. (Bajet nak muka artis ngetop saja..ces.!) Hahaha..so patot ke gua langgan channel INDO PEK dengan pakej PELANGI + BINTANG yang banyak tayang sinetron Indonesia tu? Kah..kah..kah..
Ke dia nak cakap muka gua macam jantan??isk (T_T)
Kesimpulannya, gua tetap x suka pakej BELLA tu, walaupun gua blom tengok pon lagi apa je telenovela yang ada dalam pakej tu..weehehehe...
 
**********

Ni plak cerita pasal BEL..…

Semalam lepas layan gelak tengok audition Mentor 6..tukar2 channel tv sebelum off tv.. (dah jadi habit gua buat camtu, sesaja ja..nak make sure dah xda muvi best kat tv sebelum masuk tido). Sekali ada muvi B.E.L (Behind Enemy Line) plak..adeh..tak bleh jadi btol..mata macam dah ngantok, tapi hati gua memberontak suh gua tengok jugak2 muvi tu..aish..Padahal dah 4 kali gua tengok muvi tu..tapi, disebabkan hati gua memang lemah pada hasutan minda + godaan dunia..so gua pun sambung tengok muvi tu sebelum masuk tido.

Tak cukup dengan tu, gua sempat gak racun kepala housemate gua yang tengah iron baju keja, suh dia tengok sekali muvi tu..dah dia sendiri yang cakap dia kalo tengok midnite muvi ke tido awal ke, tetap bangun lambat gak..ha, dah tu, jom jela teman gua tengok BEL tu kan..ada la jugak pengisian minda, bekal buat bahan mimpi masa tido karang..hahaha. Bukan apa, kurang2 adala jugak teman gua untuk tengok muvi tetengah pagi kan..alamatnya esok nak keja memang lambat la gua bangun neh..

Masa scene Stackhouse (Gabriel Macht), kawan Chris Burnett (Owen Wilson) kena bunuh dengan tentera Serbia, gua tanya dengan housemate gua..


Kalau member lu kena bunuh depan mata lu, apa lu buat?

  1. Sembunyi diam2 belakang pokok and tengok je.
  2. Lari selamatkan diri and tinggalkan kawan lu mati sensorang.
  3.  Pikirkan cara untuk selamatkan kawan lu which menas dah konfim2 lu pn akan mati kena bunuh gak. Atau..jejeng..
  4. Tunggu masa yang sesuai untuk balas dendam.
(banyak betul penggunaan word ‘kalau’ kat dalam entry ni..’kalau’ tu kan mainan setan..isk..!)

Kalo korang2 semua plak, apa je tindakan paling afdal and yang paling awal sekali masuk dalam kepala hotak korang untuk diambil tindakan??

‘Haa..pilih2..ikan eh jawapan mana satu lu berkenan..' hihi. Seronok jugak dapat 'cepumas'kan otak kengkawan gua time tengah2 malam cenggini..lalalala...

‘Em..mestila gua tunggu masa yang sesuai and balas dendam untuk kawan gua..’

Owh..

‘Erm..lu ni pendendam jugak rupanya Baby ye..’ hahah.

Gua gelak kuat. Itu la motif gua yang sebenar-benarnya kenapa gua nak cepumas-kan sangat dia dengan bertanyakan soklan tu. Saja je nak amek feel macam mana rasa boleh semakkan kepala hotak kengkawan dengan soklan karut..hahaha..

‘Eh mestilah..gua balas dendam tu untuk lu jugak..!’

'Eh..erm..lu ke ha member gua yang kena bunuh tu? Hahahah..

ERK..?! Gulpss..ceh..hampeh..!

Wahh..lagi besar gelak Baby. Gua tau sangat gelak kuat tu memang dia tujukan untuk gua.

Cess..dendiam je lu kenakan gua balik kan Baby..?

‘Ish..lu ni..asal ada kawan lu yang mati kena bunuh je mesti gua la..? Apa la lu ni..’

Hahaha..padan muka gua. Nak kenakan orang sangat kan..?

**********

Muvi ni actually buat gua teringat dengan 1 soklan yang bagi gua agak2 cenderung kepada agenda politikus yang selalu gak la gua dengar and gua pikir soklan ni memang sangat bertepatan dengan situasi jalan cerita muvi Behind Enemy Lines ni..meh gua tanyakan dengan korang okek..

Ni soklannya…

‘Apakah tindakan korang sekiranya korang berada pada situasi yang mana korang harus memilih sama ada untuk selamatkan seorang manusia dan merisikokan lebih banyak nyawa manusia yang lain atau korang perlu korbankan nyawa yang satu tersebut for the sake of the others life..?’

Kalo korang la kan der, apa tindakan yang akan korang amek?

Haa..jangan korang jawab ‘tak bisa memilihmu’ plak..ni bukan soklan sama ada lu nak pilih girlpren mana yang lebih lu cinta ke hapa..ni soklan melibatkan nyawa mannusia ni..think wisely and cuba korang ce-cite ngan gua apa pendapat korang..(kalo korang tak kisah lah..)

Gua? (aik..hamboi2..gua tanya lu, lu tanya gua balik ea der..?)

Kalau gua…

Bagi gua la kan.....

Gua rasa kita takda sebarang hak untuk menafikan hak manusia lain atas dasar perikemanusiaan sesama insan. Kalau kita ada cara dan peluang untuk selamatkan manusia lain, kenapa tak lakukannya? Rite.? Ok. Let say la kan, dengan menyelamatkan sorang makhluk tuhan ni, kita akan menyebabkan lebih banyak nyawa melayang..adakah itu alasan untuk kita korbankan nyawa manusia tersebut? Demm. Gua lansung tak pikir macam tu. Nak2 pulak Malaysia ni, negara yang berdaulat..lagi la tak patut kalo hal2 cenggini berlaku kat sini..gua bantah..! (eh, emo lak gua).

Tentang ajal maut semua orang tu..who knows? Semua tu perancangan ALLAH S.W.T. Semua tu kat tangan  DIA. Bukan kita. So, just leave it to HIM. Jadi, bagi gua..sebagai seorang manusia, seorang insan and seorang hambaALLAH yang serba-serbi lemah dan saling memerlukan serta bersifat saling bersandaran sesama kita, lakukan la apa yang sepatutnya seorang manusia yang ada rasa perikemanusiaan dan berhati perut akan buat.”

Hehe..sengaja gua bold-kan  phase ‘gua rasa’ tu..so korang tau la yang apa yang gua tulis kat atas tu adalah pendapat + pandangan peribadi gua semata-mata. Takde der kaitannya dengan Bel, Bella, Baby mahupun mana2 makhluk bernyawa lain yang wujud atas muka bumi ni..ok der? Copy me?

So..thats it.

Behind Enemy Lines ni sebenarnya kisah benar. Kalo stok2 bapak gua yang mat Salleh tu cakap ‘based on a true strory’. Kalo tak caya bole search tentang perjalanan karier Laksamana Leslie Reighart yang ditugaskan untuk menjalankan tugas2 ‘pentadbiran’ lepas insiden Chriss Burnett masuk kawasan musuh tu..Walo camnapun, Leslie Reighart pilih untuk bersara dengan penuh hormat dan bermaruah daripada ditugaskan dalam bidang ‘pentadbiran’ di Kedutaan Amerika.

‘Pentadbiran’ lah sangat kan..tu semua bukti yang karenah birokrasi dan politik kerja wujud dimana-mana saja. Di Amerika. Di Malaysia. Kat opis lu. Termasuk jugak la kat opis gua. So..kerja la dengan mulus dan tulus telus. Setelus-telusnya.

Fuhh..entry gua yang di akhir2 perenggan ni gua rasa macam berbaur patriotik plak sikit..heheh..

Erm..cerita kat atas ni bukan review bagi muvi B.E.L okek..gua tulis tu semua atas sebab apa yang gua tau and rasa semata-mata. Dah terlambat kot gua nak review pasal muvi BEL ni..dah basi pon sebabnya, dah berkurun muvi ni kuar wayang. Kat tv pon dah ber-ploh kali dok ulang tayang..gua ja yang 'lems' nak story pasal muvi neh..heheh..teringat nak cite arini pon sebab semalam gua rasa terkena dengan housemate gua gara2 gua nak kenakan dia kengkonon-nya.

Pada yang masih hidup dan bernafas tanpa sebarang masalah pada hari ni, pesan gua ~ Live ur life to the fullest..okek?

p/s : 'lems' = lembab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?