SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Rabu, 7 Mac 2012

Through the phone..

Arini gua terima 3 berita dari panggilan tepon. Satu berita gembira, satu berita agak2 gembira and satu lagi berita kurang baik.
**********

Pepagi buta pagi tadi gua dapat phone call mengkhabarkan yang cousin gua, Zul, eksiden. Cedera parah and sedang koma kat spital skang ni..

Teringat gua masa memula masuk U dulu, every weekend ja mesti dia tanya ngan gua kalau2 gua nak ke mana2..dia boleh tolong hantarkan ~ al-maklumla time tu gua baru g sampai KL and tak tau satu jalan pn kat situ.. Mujur ada Zul and Pak Lang se-family. Gua banyak terhutang budi dengan dorang.

Gua doa2 dan harap Zul akan cepat sedar and pulih macam selalu. AMIN.

**********
Time lunch plak, gua terima lagi 1 phone call. Kakak sulong gua yang kol..nak khabarkan kat gua result STPM adik gua yang keluar arini. Pandai plak result ni kuar masa buzday adik gua. Kira macam buat seprais jugak la feel dia..heheh.

Alhamdulillah.

Adik gua pass with flying colors. Straight A's. Hampir2 saja mencecah 4.00. Sayang gak x cecah 4 flat. Tapi takpe lah. X de rezeki. Tetap rasa syukur. And dia dapat title 'best student STPM' kat (ex) sekolah dia tahun ni dengan pointer 3.91. Merangkap ex-sekolah gua jugak...hehehe..(kalo benda baek, asyik nak menumpang tuah orang ja kejanya..hihihi..) Pointer gua dulu? Jangan tanya..jauh sangat nak menghampiri 4 flat walaupun dah cecah angka 3.**.

Congrats untuk adik gua. So, gua rasa arini mak gua boleh jimat beras kat umah, x payah jamu dia makan dah. Satu hari konfim dia kenyang dengan senyum meleret sampai ke telinga. Dengar suara dia kat tepon tadi pon dah bole bayang macam mana dia tengah tersengih-sengih macam kerang busuk. Berwarna-warni la kot gua rasa hidup dia sepanjang hari ni..

Gua dah advise ngan dia tadi untuk mintak biasiswa JPA so that xdela dia nak kena merana macam gua nak tanggung hutang berlambak sebab amek loan dengan PTPTipu PTPTN.

And tak lupa, hepi buzday bro..kira dah x payah nak bagi hadiah la kan..result tu anggap jela hadiah dari kitorang semua, kakak2 dia yang baek2 ni..hehehe.. Semoga panjang umur and dimurahkan rezeki selalu, dan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kebahagiaan berpanjangan. AMIN.

**********
Dah petang sket, dapat phone call lagi.

Kali ni dari orang Dewan Bahasa dan Pustaka. Dia jemput gua untuk menghadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Perancang Bahasa.

Agak2 la, apa kaedah  nak jadi Pegawai Perancang Bahasa ni ea? Gua memang blur..nak kena gugel la japgi apa benda Pegawai Perancang Bahasa tuh..bahasa gua kadang2 memang hancor habes. Kadang2 housemate + opismate suka ajuk2 cara gua sebut satu2 perkataan. Dorang kata gua cakap sangat baku. (Gamaknya memang cenggini la jadinya bila orang Kedah nak cakap KL kan?hahahah...). Gua takot nanti gua bukannya jadi perancang bahasa, tapi perosak bahasa plak..hesh..mintak simpang la kan..

Akhir kalam..(ceewah..) Bahasa jiwa bangsa ~ bahasa mencerminkan bangsa dan individu tu sendiri.

p/s : Untuk adik gua tu.. ~ agak2nya kalo xda girlpren, bole dapat 4.00 kot kan pointer tu?erm..

Quote of The Day : Don't stop at the top. Touch the sky before u drop..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?