SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Isnin, 12 Mac 2012

As-salam..

Semalam sepupu gua, Arwah Zul dah kembali ke rahmatullah. Takziah untuk keluarga Pak Lang gua atas pemergian Arwah Zul. Al-Fatihah untuk beliau. Gua ada cerita sket tentang keadaan arwah yang koma akibat eksiden dalam entry ni. Ternyata ALLAH lebih sayangkan beliau. Gua pk pun itu adalah yang terbaek daripada arwah hidup dalam keadaan terseksa.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan ditinggikan darjat beliau disisi-NYA. AMIN.
**********

Yang masih hidup, satu perkara pasti yang perlu diingat adalah seiring masa yang berganjak,  maka akan makin berkuranglah usia kita saban waktu. Ajal kian mendekat. Jadi, hiduplah kita hari ini untuk sesuatu yang layak untuk diperjuangkan dan berbaloi untuk dipertahankan.

Semoga perjalanan kita sentiasa diberkati-NYA dengan berkat dan limpahan kasih-sayangNYA. Hilang kasih sayang ALLAH pada kita, maka hilang dan tertutuplah semua kasih sayang yang wujud di dunia ini untuk kita. Berbeza pula sekiranya kita hilang kasih-sayang mana2 hamba-NYA di muka bumi ~ masih ada DIA untuk menyayangi dan membimbing kita. AMIN.
**********
Gua nak share sket pasal hukum mengngati mati.
 
>>>

Sunat bagi setiap umat Islam mengingati tentang kematian. Sama ada dengan cara termenung menggambarkan saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya. Mengingati mati adalah berbeza dengan bercita-cita untuk mati. Seseorang yang bercita-cita untuk mati disebabkan kesusahan hidup, ditinggalkan pasangan, tidak sabar dengan apa jua penderitaan yang ditanggung dan sifat putus asa adalah bukan sifat seorang muslim. Perkara ini amat ditegah oleh syarak yakni haram.

Namun begitu memohon untuk dipendekkan umur dengaan kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarkannya adalah diharuskan.

Antara doa yang bermaksud:
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan ini memberi kebaikan kepada aku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu memberi kebaikan kepada aku."
 
sumber : JAKIM

Sabda Baginda SAW : Jangan kamu meminta mati kerana bahaya yang menimpanya. kalaupun terpaksa, maka katakanlah ~ "Ya ALLAH Ya Tuhanku! Hidupkanlah aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku. Dan, matikanlah aku sekiranya kematian lebih baik bagiku.." - sumber : sabah.org.my (mengingati mati)
 
**********

Jadilah kita orang yang sempurna akalnya..dengan mengingati mati. Renungkan...

>>>>

Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya; “Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah orang mukmin yang afdzal? Jawab baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”. Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang  sempurna akalnya? Jawab Baginda:

“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”

Erinya: Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling  sempurna akalnya”.

 Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya; sabda Nabi s.a.w.

“الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله “.

Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan  bercita-cita untuk mendapat  keredaan  Allah tanpa beramal”.

Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w.

“اكثروا ذكر الموت ، فانه يمحص الذنوب ، ويزهد فى الد نيا”.

Ertinya: Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.

Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:

“كفى بالموت واعظا وكفى بالموت مفرقا”.

Ertinya; “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.

(Bahan bacaan Kitab al-Tazkirah, karangan al-Qurtubi, halaman 12.)
 sumber : Kelebihan & persiapan mengingati mati

**********
p/s : MATI itu PASTI. Kadang2 terpikir jugak bila waktunya akan tiba masa gua..and dalalam keadaan yang macam mana gua akan mengadap-NYA nanti..

Jangan salah paham, gua bukan nak tazkirahkan korang semua. Gua tulis semua ni jz untuk tazkirah dan  ingatan pada diri sendiri ja. Boleh amek dan jadikan ingatan bersama kalau nak terima, abaikan ja kalo korang rasa tak bole terima dan pk gua ni kuat membebel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?