SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label Epik Laksamana Sunan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Epik Laksamana Sunan. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Ogos 2013

MAGIS sungguh dia..!


Karya terbaru RAM, MAGIS - coming soon (October 2013)

MAGIS ni, based on apa yang aku baca kt kulit belakang dia (sinopsis) adalah cerita yang menggabungkan banyak watak utama dari pelbagai novel RAM yang terdahulu. Akan mula publish pada Oktober. tarikh yang spesifik sila jangan tanya aku..aku pun tak tau bila.

Eii...tak sabar..!! Tak sabar..!! Tak sabar..!! (ce baca dengan gaya ala-ala Lisa Surirumah Surihani dalam Istanbul Aku Datang tu).

Walhal buku Igauan Maut yang beli aritu pun belum start baca pun lagi (-_-')

Igauan Maut - RAM's first novel - 20 years ago, reprinted.

October..I'll be waiting for you..please come quickly okeh.. (",')

Rabu, 20 Jun 2012

Cinta ~ fitrah manusia

Done reading Sunan Musafir.
Setelah sekian lama, ini pengakhirannya..

Sunan Musafir.
 Selamat tinggal ~ gonna miss him a lot (I guess).

p/s : Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya. ~ RAM

Isnin, 14 Mei 2012

Musafir Cinta Sunan

'Allah  menciptakan cinta..
dan cinta itu fitrah manusia.'

Sinopsis 

Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan.

Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. 

'Yakinlah...pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.'
  sumber : sinopsis cedok sini.


p/s : x tau kenapa..mesti teruja bila bercerita pasal ciptaan yang satu ni.