SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Khamis, 18 Julai 2013

TELEKUNG RAMADHAN

Salam semua.

Sempena bulan Ramadhan ni, aku ada tolong kawan aku menjual telekung.

So, kalau ada desiapa yang tengah mencari telekung tu boleh la scroll down and take a look ok. Harga sangat reasonable ~ MURAH dan penggunaan material yang bersesuaian.

Full view (Labuh kain digantung dari paras kepala-extra labuh)

Border lace (2.5-3cm)

Bahagian kepala - front view

Pinggang / waist

Bahagian kepala / awning - back view.




Harga    : RM70 (termasuk kos penghantaran).

* RM65 sepasang bagi pembelian lebih dari satu (1) set telekung.


Stretchable material.

* Kain sejuk

* Kain berat dan elok terletak (tidak beterbangan apabila ditiup angin/kipas.

* Tidak jarang (Dua lapisan kain pada bahagian kepala)

* Awning kepala selesa dan menutupi anak rambut walaupun jika anda tidak memakai skaf di dalam.

* Tali pengikat di bahagian kepala yang fleksible bagi bentuk dan saiz kepala yang berbeza.

* Dikelilingi border lace (ukuran 2.5-3cm)


Labuh kain (extra labuh)

* getah pada pinggang kuat dan tahan. Amat selesa dipakai.




Berminat?

Untuk tempahan boleh hubungi aku (Keet) melalui :-

1. Emel (keet86@gmail.com)

2. SMS atau whatsapp (016-627 5794)

Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu hati

Good morn...eh, dah petang?

Ingatkan pagi lagi.. since kat luar masih berkabus. Putih-putih melati ja atmosfera kat sini kebelakangan ni.

Tempat ni namanya Genting Highlands.

Saja aku letak pic Genting Highlands tu sebab aku nak cakap yang sekarang ni kat tempat aku lagi tebal kabus dari Genting Highlands ok..hebat tak? dah tak payah pergi Genting dah. Kat sini pun dah feeling-feeling Genting Highlands, cuma bezanya sini takda theme park dan udara kat sini tak sejuk + nyaman macam kat sana sebab yang dekat sini bukan kabus, tapi JEREBU.! Jerebu ok, J.E.R.E.B.U. So, panas, sakit mata, sakit tekak, sakit hati kena menghadapi jerebu ni for these few days and tak tau ianya akan berlanjutan sampai bila..harap-harap jerebu cepat hilang ok, jerebu?Takmau berkeliaran lelama sangat macam hantu raya..cepat baik ok? Haih (-.-) >sigh<

Dari pagi tadi, aku sekejap-sekejap pusing belakang pandang cermin opis nih, dok mengagak sendiri jerebu dah berkurang ke belom..adoi la..macam orang takda keja kan?

Aku tak buat ukuran dengan apa-apa alatan pun, bacaan IPU (Indeks Pencemaran udara) pun aku tak buat catatan sebab aku agak pakai jarak penglihatan ja..hahah..setakat ni, apa yang aku dapat dari observation aku sepanjang hari ni adalah, tahap jerebu bagi kawasan sekitar opis dan rumah aku makin meningkat sehingga tengahari tadi. Rumah aku langsung tenggelam dalam jerebu. Tak nampak langsung. Selalunya, hari-hari lain aku boleh nampak dengan jelas rumah aku dari tempat duduk aku kat dalam opis ni. Pusing belakang ja nampak. Pusing ja nampak. rasa macam kerja dari rumah pulak.hahah. Tapi hari ni tak nampak la..risau pulak dengan rumah tetiba..hahah..ok, auta. Bukan rumah yang patut dibimbangkan sekarang ni. Yang patut kita risau sekarang adalah kualiti udara yang kita sedut. Aku yakin sepanjang jerebu sekarang ni mesti kita lagi banyak sedut karbon dioksida berbanding oksigen. Cayolah cakap den ni ha...

Tapi aku rasa bacaan IPU dah menurun sekitar pukul 2pm tadi hingga sekarang sebab bangunan pejabat yang bertentangan dengan cermin opis aku ni dah mula kelihatan. Tapi rumah aku masih hilang ditelan jerebu lagi. Pusat Maritim pun sayup-sayup mata memandang ja, em, hampir tak kelihatan actually. Dan jerebu dijangka akan berlarutan sehingga Ogos. Diulangi, sehingga Ogos ok. Itu ramalan setakat ni la. Which means, sepanjang Ramadhan dan mendekati Syawal nanti mungkin hidup kita masih lagi diselubungi jerebu. Hm, dengar ja pun dah dapat rasa yang situasi tu sangat tak sihat kan?

Jerebu ni memang sinonim sangat dengan sakit tekak, sakit hidung, pedih mata, sesak dada, sesak nafas dan segala bagai lagi..so, bersempena dengan Ramadhan yang dah lama lagi akan bertandang ditemani dengan jerebu-jerebu yang belom nampak gaya nak berkurang ni, banyak-banyakkan lah meminum air kosong dan mengurangkan aktiviti di luar rumah ok. Demi kesihatan dan kesejahteraan bersama. Jangan nanti ada pulak yang guna alasan jerebu untuk skip puasa ye..haip, takmau..takmau..tak baik camtu. ALLAH tau nawaitu kita. Yang penting, apa yang wajib kita dahulukan. InsyaALLAH andai kata dah masuk Ramadhan nanti pun jerebu masih lagi berada disekitar kita, kita tetap boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. InsyaALLAH.

And, harap juga ada kesedaran sivik dari kita semua. Hentikan pembakaran terbuka atau apa-apa aktiviti yang boleh mengundang kebakaran atau apa saja yang boleh mencetuskan dan menyumbang kepada pencemaran udara ok? Pencemaran udara khususnya, dan apa saja pencemaran secara amnya cuba kita elakkan. Starting from today, apa kata kita cuba pupuk sikit perasaan dan semangat cintakan alam sekitar. Bukan dengan manusia ja kita perlu berbaik-baik, dengan alam pun sama. Barulah hidup kita akan jadi lebih berkualiti. Setuju? Tak Setuju? Well, ni pendapat peribadi aku. Open for discussion.

Till then. Jaga kesihatan. Jaga pemikiran. :)

p/s : Jerebu di hati siapa yang tahu..kekekeke (menarik plak status FB adik aku nih bila ulang-ulang baca..lol)


UPDATED (27/6/2013) :

Dah dapat tgk awan bergerak dan langit kelihatan lebih cerah. Rasa lebih menghargai nikmat penglihatan yang diberi. Juga nikmat bernafas tanpa gangguan ~ jerebu dah berkurang..hoorey (",)

X sure Floria tahun ni ada pertunjukan bunga api ke tak, tapi masih berharap pihak penganjur peka dan prihatin dengan isu alam sekitar yang melanda Malaysia sekarang ni,, harap2 xda aktiviti pembakaran bunga api sangat ~ maybe acara akan jadi kurang meriah, tapi kang nanti kelabu balik langit..biarlah tak meriah dia mata dan telinga, daripada tersiksa nanti nak menahan bahana pencemaran udara dsbgnya..

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ramadhan @ lunch time = Buhsan..


Pengumuman ter'urgent' untuk sesapa yang blom ada g jadual berbuka posa thn ni..aku dengan baik hatinya n dengan niat beramal jariah+bersedekah di samping meringkankan beban2 keja korang2 yng berkenaan, dengan ini mengepos waktu berbuka posa untuk tahun ni bagi kawasan Putrajaya n Kuala Lumpur..sahaja...ok?
p/s : (10q kpd IKRAM cawangan Putrajaya yg dh mengemelkan aku bendalah nih..dpt jgk aku kongsi ngn org len <ni kira mintak izin secara x rasmi tau>..hehehe

Arini Jumaat..1215pm..lunch time..adoi..posa la pulak..xtau nk buat apa..keja yg melambak pn mls nk sentuh..asal sentuh ja keja2 tuh mesti akan timbul prob..setakat bagi pandangan x berselera jelah..(bila la dapat nak rasa jadi bos nih..ermm..dh mcm menunggu bulan jatuh ke riba daa..ke cempedak jadi nangka? ke tunggu kucing bertanduk??ke apa? kah?kah?kah?
Conclusion = malas pk.!!.

Hari ke-3 dh pn kn kita semua start posa..pejam celik ja cukup la sebulan..hmm, kalu mls nk posa n nk lagi cepat..3 hari yang dah posa ni darab je la ngan 10..dh cukup dh 3ploh hari...lalalala.... Main thing yang asyik muncul dalam kepala otak aku skang ni x lain daripada 'ish..bila nk beli tiket balek raya nih..?' takot ja tiket da abes..driver pn nk kena booking awal2 gak nih..kalo x, ada jugak yang beraya kat cni...huaaa....no..no..noo..hmm..kalau lah..bla bla bla.

Cuti pn da apply..5 hari..wahh 5hari tau..hahaha..cam bole raya sakan ja nih...tapi dh cuti gaji pn x jalan...huhu..kt opis lama dulu gaji jalan tapi nak cuti plak susah..berbelah bagi plak rasa..patot cuti lama-lama ke x..ikutkan hati mesti la aku pilih untuk cuti lama..tapi kalu nak ikutkan renungan aku secara profesional dan rasionalnya, mestila cuti agak-agak berpatutan ja..x sanggup aku nak terhimpit dalam kesempitan next month tuh..aduyai..isu2 berbangkit camnila yang buatkan aku jadik minah jenin kadang2 tu..hehehe...(sendiri yg prob, apahal nk kaitkan dengan mat jenin plak nih?ampun eh mat jenin..)