SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Jumaat, 22 Mac 2013

Hujung.

Beberapa hari lepas...

Dalam pukul 4 petang camtu, aku dah kalut-kalut turun ke surau untuk solat.

Oh, tolong jangan tanya aku solat apa pada pukul 4 petang.. (-_-)

Hari tu aku rasa agak busy kat opis..tapi mana bolah jadikan busy sebagai alasan untuk lewat solat kan?haish..lempang diri sendiri.

Siap amik wuduk kat toilet, jalan cepat2 ke surau.

Lalu depan lif.

Ada sorang staf lelaki yang lain. Tengah pakai kasut depan surau. Baru sudah solat jugak kot..ahh, doesn't matter la..kocoh2 aku nak masuk surau..

'Dah hujung-hujung..'

Tetiba ja terkeluar butir ayat tu dari mulut mamat yang tengah pakai kasut tadi. Aku pandang

Hujung?? ~ dalam hati.

Owh..

Nasib baik dia tegur sambil senyum. kalau dia buat muka ketat, memang aku dah rasa tersindir dah tadi.

'Ha'ah..dah terlewat ni, hujung-hujung waktu dah..' balas aku, then terus masuk surau.

Lepas solat, terngiang-ngiang lagi dialog sebabak kat luar surau tadi.

Betapa lalainya manusia ni dengan dunia kan..

p/s : Jika dunia semata-mata yang dikejar, tak mungkin kita dapat memiliki akhirat. Tapi, jika akhirat yang kita cari, InsyaALLAH kita mampu untuk memiliki kedua-duanya ~ dunia dan akhirat. Maka, carilah akhiratmu agar lebih jelas jalan dunia yang kau lalui dan tidak tersasar dari landasan sepatutnya.

8 ulasan:

  1. keet, sapa mamat tu?kita dah biasa kan kena perli camtu.hehe.takpa..peringatan utk diri sendiri...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la wanie...adeh..setepek ja kena kat batang idong.hehe..x kenal la mamat tu..bahagian lain.. Allah bagi peringatan la tu..lepas ni jangan nak hujung-hujung sangat..huhu

      Padam
  2. batol...biasela..kita xterlps lakukan kesalahn tp Allah sentiasa sedarkan kita :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..? Dia memang x suka hamba dia leka dengan dunia..sebab tu dia bagi peringatan..

      Padam
  3. entri yg simple tp penuh kesedaran :)

    BalasPadam
  4. MasyaAllah..mamat tu dapat pahala sebab dia tegur dengan senyum..hati senang kan walaupun sedikit sentap..ok i suka orang tegur cara berhemah cenggitu..
    Ok suspek utama..meh kita ambil iktibar, i pun gitu gak konon nak buat pakej..haishh teruk la sungguh perangai i ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula..bagus gak ada orang yang macam ni..sebab kita ni kan selalu lupa + leka..bagus ada orang yang boleh tolong ingatkan kita..

      Padam

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?