Tarikh : 09 Oktober 2010 (Sabtu)
Lokasi : Bukit Tabur, Ampang.
Aktiviti : Mendaki Bukit
Peserta : Hosmet (Mama J), Mr.*** and Kengkawan.
Masa : Around 10am still kt kedai mamak lagik..! erm..??
Pagi itu...pagi yang damai dan indah..tapi sayang sket sebab kitorang sampai sana pon agak lambat dan hari pon dah agak panas terik dah, terpacak jugak la matahari tu atas kepala kitorang memasing, even time tu baru sekitar pukul 10 pagi...itu belom kitorang mendaki lagi tuh..baru gaya-gaya nak pegi minum pagi jaa..hehehe..hmm, entah pukul berapa ler agaknya eh bole sampai ke puncak Bukit Tabur tu karang..aku dah berkira-kira..sure tengahari jugak baru sampai..itupun kalaulah sampai kan..kalau tak?? macam mana tu??ok..tak nak jawab.!
Ni la view Bukit Tabur tu pada siang hari dan sunset..sangat cantik kn?? God Almighty.. Beautiful + great creation by Lord - Allah S.W.T..
Selesai makan pagi dan minum-minum sambil sembang kosong sket, maka kitorang pon sambung semula perjalanan ke lokasi tujuan dengan semangat yang tak berapa nak sure either still berkobar-kobar lagi untuk mendaki or dah mula rasa malas sebab hari dah mula panas dan kitorang dah start berpeluh-peluh sebelum memulakan pendakian..haha..tu lah sapa suh gerak lambat..kan dah panas? sapa nak jawab nih??erm..
Sampai je kat Bukit Tabur, ada lagi halangan - gate untuk masok ke kawasan Bukit Tabur tu tutup la pulak.!!.hish..pulak dah..terpaksa la kitorang pusing-pusing di kawasan sekitar untuk cari jalan alternatif yang lain..takkan nak kensel plan pulak kan..sia-sia la aku bangun awal pagi kalo tak jadik hiking...jauh-jauh datang dari Seri Kembangan Ke Ampang tu takkan la just untu minum-minum pagi + sembang kosong je kan..?? what the...
....naseb baik la memang jumpa jalan alternatif. huh..seb baik..Finally tercapai jugak hasrat aku nak gi hiking..yearghh..!! Dah turun mendaki karang dah plan nak mandi-mandi kat sungai bawah kat kawasan situ..Bestnya tak tau nak cakap..lagipon dah lama giler kot aku tak buat aktiviti-aktiviti lasak camneh..memang dah rindu betol nak hiking, masiok utan, camping, wall climbing and etc. ..ngeh..ngeh..ngeh.
Maka mendaki lah kami berenam (wahh..dah macam sahabat berenam dah ni..bole tak kalo sejarah asal usul nama Sabak Bernam tu tukar bersempena dengan nama-nama kitorang ja?hehe..hish, kuat merepek.!) ke puncak Bukit Tabur tu dengan rasa yang penoh excited tak hingat diiringi peloh-peloh yang dasyat membasahi dari muka, baju sampai la ke kaki..haha...kira macam pakej mandi sauna la jugak ni konsep dia..hehehe..merepek lagi..kan?
Aku punya excited tu dah la sampai siap bawak tongkat bagai masa mendaki..haha..Tapi yang pastinya aku dah felt like almost faint even kat Stage 1 lagik..gila penat..macam nak tercabut ja lutut..walhal baru kat Stage 1 kot..hmm..tu la bukti-bukti aku takde stamina..haish..parah jugak camni..tulah sapa suruh taknak warmed up..kan? sendiri mau ingat la..hadoi..Yang pastinya sepanjang pendakian tu entah berapa ploh kali kitorang benti rehat pon aku dah tak terkira..mujur jugak ada bawak 100+. Bole la cover energy semula..tu pun tak fully recharged pon..masa climbed up tu aku ada jugak la rasa nyesal pegi hiking nih..terpikir-pikir jugak, napa aku tak sambung tido ja kat umah..hehehe..
Tapi banyak manapun halangan dan godaan setan yang dok hasut-hasut aku supaya tak meneruskan pendakian tu berjaya aku tangkis ngan tongkat hikmat sakti yang aku bawah since dari awal penadakian tadi..ecewahh..acah ja..mana la ada magic can kat dunia neh..hesh..dongeng betol..!! Ingat Slot Lagenda kat TV3 ke hapa nih...ish3.. Walaupon lutut aku memang dah terasa sangat cam nak tercabut + kering tekak..aku nekad gak nak terus mendaki..Sampai kat Stage 6 rasanya, hanya tinggal berempat ja daripada kitorang berenam tadi yang masih nak teruskan mendaki..so, here we go..lalalalala...
Mission Accomplish : around 1pm a.k.a tengahari rembang
Mode : exhausted + thirsty giler + almost dehydration + basah kuyup ngan peloh +memasing bacheen
ja..haish..
Haa...see? Betol kan..boleh tengok view KL dari atas nih..so, no doubt la yang kitorang memang kat atas puncak Bukit Tabur tuh..hehe..(ceh, riak pulak..hahaha). |
Apa yang boleh aku cakap kat sini..walaupun tersangat lah penat, tapi aku rasa pendakian aku tu sangat berbaloi bila aku dapat naik sampai atas.kalo tak silap sampai Stage 9..tapi kitorang berempat stop sampai Stage 9 ja atas faktor-faktor keselamatan...and aku ada bukti tau yang aku memang betol sampai atas puncak Bukit Tabur tuh..tak caya bole la tengok pic-pic aku kat atas nun..hehe..(saja ja nak show off kat korang-korang yang tak pegi..haha..)
Nak naik sampai ke Stage 9 tu agak berbahaya sebab terpaksa menuruni curam yang lebih kurang 80 degrees tahap kecuraman dia..dah tu nak sam pai atas nak kena mendaki bukit-bukit berbatu pulak yang pon sangat-sangat curam..kitorang takde plak bawak peralatan yang bersesuaian untuk mendaki ke atas tu walaupun kat atas tu memang dah ada tali yang diikat dekat pokok..daripada cerita-cerita yang sampai pada kitorang, dulu ada sorang professor yang terbunuh masa nak mendaki Stage 9 tu masa tengah buat research..erm, quite scary jugak kan?
Dah selamat sampai bawah..plan nak pegi mandi pulak kat sungai bawah tu..tapi air sungai dah kotor dan tercemar..hm, takde rezeki la nak mandi sungai..huks..sob3..(T,T)
p/s : aku terpaksa keluarkan semua pic-pic lama yang tak sesuai dan tak menutup aurat dengan sempurna untuk kebaikan bersama. Harap maklum.
*********************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?