SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Rabu, 30 Mac 2011

Jenayah melalui social network??

Dua malam lepas aku tengok drama bersiri febret aku : Criminal Minds.

Episod kali ni cerita pasal kes jenayah pembunuhan bersiri yang berlaku melalui penggunaan rangkaian laman sosial yang sangat glemer macam pisang goreng panas oleh seorang bijak pandai + terer hal2 komputer and network ni (kira bijak ala2 hackers la suspek ni)..Nak2 plak semua orang skang ni sibuk dok men social network ja..kalo takdak 1 tu kira ketinggalan dan hidup di zaman kuno la gamaknya..

Pada aku (mengikut perhitungan dan perkiraan aku pada masa ni la), adalah berisiko kalau kita selalu meng-update apa yang TELAH, SEDANG dan AKAN kita lakukan di internet (macam update status kat fesbuk 2) terutamanya di laman2 sosial neh..sebab semua 2 bole jadi pembuka jalan kepada orang2 yang berniat jahat atau nak ambil kesempatan pada kita - ni la perkara yang selalu kita abaikan. Selalu saja terlupa an terlepas pandang.

Ia umpama kita dah membuka ruang dan memudahkan jalan pada mereka2 yang berniat -ve ni untuk memasuki dalam kehidupan peribadi kita yang secara nyatanya adalah sulit. Kita sendiri juga dah bagi dorang2 (pelaku jenayah siber) ni ruang dan masa untuk mengkaji profil bakal mangsa2 dorang dengan mudah dan tanpa sebarang sekatan. Erm..sounds scary kan? Kalau tak scary pon, pikir la dulu sebelum kita nak buat apa2 melalui social network sebab ia akan tersebar dengan SANGAT CEPAT & PANTAS.
Aku pon banyak join laman sosial jugak..hee

Secara logiknya, macam apa yang Ejen Rossi, Hotchner and Derek Morgan cakap dalam C.M 2, apa la kepentingan kita pada semua orang atau siapa la kita ni sampaikan perlu kita nak update semua benda (termasuk yang berunsur peribadi) ke laman sosial untuk tontonan semua orang yang tak berkaitan dalam hidup kita, malahan ada banyak yang saling tak kenal pon.! (asalkan dorang ada akses ke rangkaian tersebut, then there'll be no prob 4 them untuk akses maklumat kita - sesuai dengan bidalan 'dunia tanpa sempadan & maklumat di hujung jari' kan?)

 Perlu ke kita nak buat semua 2? Sebenarnya TAK PERLU pun..cuma, dah jadi trend skang kan semua orang sibuk nak tunjukkan ke-bizi-an masing2 pada semua orang dengan meng-update-kan status hampir sepanjang masa..Dah jadi macam 1 syndrom ketagihan laman sosial yang serius plak aku rasa..

To be truth..nobody cares semua 2..melainkan pada orang2 yang anggap ianya ada kepentingan terhadap maklumat diri kita dengan apa jua niat sekalipun (samada baik ataupun sebaliknya). Ianya bakal jadi ancaman pada diri kita bila semua 2 disalahgunakan oleh pihak ketiga. So..beware of every single info yang kita muat-naik ke internet..sangat berisiko dan banyak menyumbang ke arah yang -ve berbanding +ve.. Lagi pon, untuk setiap apa yang kita dah muat-naik ke internet, ia akan kekal sampai bila2. Hal2 yang kita anggap biasa dan tiada kekangan kerahsiaan pon tanpa disedari bole menjejaskan kita. Nauzubillah...semoga kita semua dihindarkan dari hal2 yang macam 2..
Bermacam2 jenis social network yang wujud sekarang ni.

Kadang2 ada yang dapat tau bf / gf / husband / wife curang melalui social network. Dapat tau something yang tak sepatutnya @ tak perlu kita tau 2 pon melalui social network jugak..erm..see? Ok. Think +ve..memang lebih elok kalau kita selalu bersangka baik...tapi, bagi aku..untuk sesetengah perkara 2, kalau kita selalu bersangka-baik ja, ia akan buat kita lupa untuk berhati-hati..2 pendapat aku la.

Seelok2nya, guna la laman sosial 2 sekadar berpada-pada. Kadang2 memang niat kita baik..nak tambah kawan and tak kacau hal orang lain..tapi we never know apa yang orang lain pikirkan, apa yang dorang merancang untuk lakukan and macam2 lagi hal tersirat yang tak dapat kita nak jangkakan..jangan terkejut bila musuh kita pun makin bertambah seiring dengan kelajuan perkembangan IT ni.
Kita selalu lupa akan risiko2 macam ni sedangkan memang ada kes seumpama ni..budak2 sekolah yang g 'blind date' ngan kawan dari laman social yang ntah sesapa la..kes penipuan melibatkan wang dalam jumlah yang banyak la..kes culik, bunuh, $^&*...x payah sebut la.

Menakutkan.

Walaupun Criminal Minds 2 just drama bersiri ja..tapi, ia memang buat aku terpikir2 jugak..Aku rasa mesej yang dorang cuba sampaikan 2 memang relevan dengan perkembangan teknologi dan IT pada masa sekarang nih..So, anggap jela entry aku kali ni sebagai reminder aku untuk kengkawan and diri aku sendiri jugak..okek?

(Baru2 ni aku dah nyah-aktif akaun friendster sebab rasa dah takde apa2 keperluan lagi dengan friendster 2..lol. Pada sesapa yang rasa nak kurangkan ketagihan 'social-networking' bole la baca artikel ni) 

p/s : gaya aku macam dah terpengaruh sangat ke dengan TV series Criminal Minds 2?

*****
Dah alang2 terlanjur bercerita pasal social network neh..sesapa yang rela + sudi dengan ikhlasnya bole la sila ‘LIKE’ fanpage ni yer (fesbuk) :
Panduan Persediaan Perkahwinan.

Dah ‘LIKE’ fanpage ni..bole la teruskan ‘LIKE’ pic kawan saya ni plak (Wanie & Tun) >> 
Pic sweet couple 1 dan,
Pic sweet couple 2
bersempena dengan contest 'pasangan romantik bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga'.

Kawan kepada kawan aku ni  (kira kawan aku jugak la kan??) baru kawen ja neh..setelah bermacam dugaan & halangan yang dorang lalui dan berjaya dorang tempuhi, semoga dorang akan terus jadik pasangan yang romantic sampai hujung nyawa..Amiinn..

Sila lah ‘LIKE’ ramai2 yek pada yang membaca post nih..ajak kengkawan + sedara-mara sekali okek..nak ajak musuh pon orait ja..no hal punya..heh3.

Quote of The Day :
“Social networks aren’t about Web sites. They’re about experiences.” – Mike DiLorenzo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?