SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Jumaat, 23 November 2012

Bukan cinta pandang pertama

Dah lama jugak aku stalked dia.

Ikut perkembangan dia senyap2 (haha..'senyap' sangat..padahal dah kecoh satu rumah dah pon..haha)

End up-nya sampai aku rasa aku memang suka la kat dia.

Dia memang tak hensem, tapi bagi aku muka dia sangat sedap mata memandang (mata aku ja, mata korang aku tak tau).

Pelik juga.

Sebab dia jadi lelaki pertama yang tak berjanggut yang aku suka. I mean, suka yang betul-betul suka. Suka yang tangkap sampai ke hati..hm. Selalunya taste aku nak yang berjanggut saja. Paling kurang, janggut ciput pun dah ok, asalkan ada janggut ~ jangan tanya pasai apa.

Tapi disebabkan aku perlu berpijak di bumi nyata (sebab sedar yang dia memang takkan terjangkau oleh aku), aku bersyukur jelah dengan apa yang ada depan mata..walaupun yang depan mata ni takda janggut..huks.

Hai la Beto..apasal awal sangat ko gi kawen..tak sempat jumpa dengan aku pun lagi..*ayat bajet konon-konon kalo Beto tu single-mingle, ada hati la dia nak kawen ngan aku..haha. 

Dush..!

'Adeh..sapa yang tumbuk aku tadi??'

Kalo Tuan Tanah baca entry aku ni mesti dia kutuk aku kaw-kaw..haha. Boleh agak dah apa ayat dia nak bagi aku..

'Beto tu apa ada?bukannya hensem pun..'

ataupun...

'Pelik ah hang ni..apahal la suka kat mamat kencing bersepah tu..'

Eh..helloo..yang kencing bersepah tu dalam movie ja okeh..

Tapi peduli hapa..taste memasing berbeza..Dah aku suka, aku suka lah..lain la kalau aku cakap aku tak suka. Maknanya memang aku tak suka.

Lagipun Beto ni something sikit.

Sikit?erm..ntah..macam banyak pulak 'something'nya tu rasanya..haha. But he's really 'something'. Pun jangan tanya apa yang 'something' sangat tu kat aku. Susah nak describe.

Dah susah sangat nak explain apa aku rasa pasal dia, jom jamu mata jelah sikit..kot-kot ada yang tak kenal lagi ke dengan Beto Kusyairy ni..

Kashaf Imani - best!
Selagi Masih ada - best jugak!
Chow Kit - tak tengok pun lagi..tp untuk watak Beto mesti best..haha

Sangkar - dalam usaha mencari.

Sirrun - Drama ni aritu tayang kat TV9. Best.

Aku, Dia & Tong Sampah - Sweet. Best.

Pencari Jalan Lurus - Cite ni memang santai dan lek-lek ja..tapi banyak mesej berguna yang cuba disampaikan kepada penonton. Best

Janji Jujur Sepi - Best!

Eh aku dah cakap ke semua cite (drama + telemovie + movie) yang Beto berlakon  macam dalam pics kat atas tu semuanya best?hehe.

Banyak lagi la cerita yang meletakkan Beto sebagai pelakon. Kang berat plak nak loading blog aku ni kalau taruk banyak-banyak sangat pic si Beto ni.. Google sendiri la kalau nak tau yang the rest tu okeh..

Sekian catatan dari big fan Beto Kusyairi.. (Dah boleh kim salam jelah kat Aaron Aziz, Remy Ishak n bla..bla..bla.. tu semua. Eh?hehe..dalam Wasiat, Beto ada janggut sejemput lah..hm.

p/s : Kualiti yang terdapat pada seseorang individu tersebut, bukanlah terletak pada rupa paras semata-mata.

2 ulasan:

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?