SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Khamis, 22 November 2012

Kegilaan lama kembali menyerang!

Dalam hidup aku sekarang ni, obviously ada dua (daripada puluhan kot) kegilaan aku yang dah mula merasuk balik kat dalam diri aku. *amboi ekstremnya bahasa untuk intro entry kali ni..haha.

Apakah yang dua tu?

Satu : Criminal Mind.

Ni la part yang special tentang Criminal Mind - sentiasa ada quotes pada pembukaan dan penutup setiap episod. Unik, kan?
Damn cool la mamat dua orang neh.
Sweet Reid + Morgan. *sila abaikan unsur-unsur gay pada gambar di atas okek?
Menaningful. Just be yourself. Deal?

Criminal Mind ni seperti yang diketahui la..memang aku taksub obses habis..cerita dia memang superb. Hebat la orang yang keluarkan idea nak hasilkan tv series Criminal Mind ni. Memang aku salute. Mesti palotak dia sangat complicated..hahah.

Sekarang ni dah Season 7 dah pun. Dari Season 1 lagi aku dok ikuti perkembangan cerita ni. Bayangkan sajalah dah berapa tahun dah..sejak dari zaman aku dok Kolej 9, zaman mengadap Menara Rebung teptiap hari sampai la ke zaman la ni, zaman dok lalu PICC sehari semalam 5 waktu..eh?

Senang cakap, kalau sejak dari zaman tu lagi aku dah rajin exercise teptiap pagi, mesti sekarang ni badan aku dah macam Amber Chia. haha..

Memang heaven la dapat tengok Criminal Mind ni setiap minggu. Buat bertambah heaven bila dapat menatap muka dua watak utama C.M ni, which is yang sorang tu suka sangat tukar style rambut setiap season. Yang lagi sorang tu plak lansung tak pernah tukar style rambut. Jejeng..mereka adalah......Dr.Spenser Reid and Derek Morgan..lalala.

Derek Morgan is super cool + sexy *oppss. Spencer Reid plak..em, diibaratkan bagai 'you can never go wrong with Matthew!'. Dalam Criminal Mind ni dia sangat genius. Yeap..genius tahap gaban *eh, genius kah spesies yang namanya gaban tuh??

> Do you know what it's like to be afraid of your own mind?? ~ Spencer Reid <


Dua : Merlin.

'In a land of myth, and a time of magic, the destiny of a great kingdom rests on the shoulder of a young man... his name MERLIN.

Merlin. Dah season 5.
Collin Morgan a.k.a Merlin. Lansung hilang rupa nerd si Merlin tu kan?
The Knights of Camelot
Camelot's Knights.
Knights of Camelot : Gwaine - Percival - Elyan - Lancelot - Leon - Modrade
Ni ha Lancelot.

Owh Lancelot..lalala
Alolo..memang sweet la dua orang makhluk ni..macam kekasih gay plak aku rasa..haha

Walaupun dalam series Merlin, si Merlin tu lembik ja karakternya, tapi seriously aku suka ja ngan watak Merlin tu. As for me, its show that kalau hero tak semsetinya kena ada kekuatan fizikal. Obviously dalam cerita ni dia nak tunjukkan kekuatan sebenar manusia sebenarnya terletak pada akal fikiran dan nurani individu tu sendiri.

You know Merlin, you’re the one Arthur should knight. You’re the bravest of us all and he doesn’t even know.
Sir Lancelot, Merlin, “The Coming of Arthur (Part 2)”


A hero is still a hero. Tanpa perlu nak membajet superhero ataupun cuba nampak dan menjadi kuat di hadapan orang lain. Sapa kata orang lembik tak boleh jadi hero?? Isu ni sama konteks dengan isu orang lelaki menangis la ni..orang selalu cakap tak macho lelaki bila menangis. Smoking baru nampak macho. Aku tak rasa macam tu lansung pun. Menangis pada waktu dan situasi yang betul adalah normal bagi mana-mana manusia. Perempuan hatta lelaki sekalipun.

Sambung cerita Merlin. Merlin pun dah melangkah ke Season 5. Fokus cerita tentulah pada Merlin dan juga raja Camelot King Arthur. Diorang berdua ni pun sweet juga (bukan sweet macam couple-lover tu semua ok), sweet as a friend, sweet as a king dan budak suruhannya. Series yang serious tapi masih banyak scenes yang kelakar. Memang tak bosan nak menonton over and over and over again. Hah. Memang OVER sangat kan..

Selain dari Merlin dan Arthur tu sendiri, sebab lain aku tengok Merlin sebab ada Sir Lancelot yang  super hensem. Tapi watak Lancelot ni dah mati plak dalam season 3 rasanya sebab dia berkorban untuk selamatkan Merlin. Dalam banyak-banyak kesatria Camelot, dia sorang ja yang tau Merlin ada power. Sedih gak dah takda watak Lancelot sebab dah tak boleh nak jamu mata dah..huhuks (T_T).

* Elyan (adik Permaisuri / Gwen) pun dah mati dalam episod terbaru ni..huhuks.

> In life you always have a choice, sometimes it's easier to think that you don't ~ Gwen <

Kedua-dua tv series ni dah jadi 'all-time-feberet' aku. Kira dah di tahap setiap kali ada siaran ulangan pun aku akan eksaited jugak nak tengok. Memang tak bosan lansung. Sungguh! Lagipun agaknya dah lama sangat kot watak-watak dari kedua-dua tv series ni dah lekat kat dalam kepalotak + jiwa aku..kira cerita dari season sebelumnya pun boleh ingat lagi la rasanya..hee :)

p/s : Tambah lagi satu drama yang aku follow sekarang ni - Wasiat. Dah jelas nyatalah aku tengok drama tu sebab ada Beto Kusyairy kan..haha. Nak harapkan watak Farid Kamil tu? Aku pilih tidur lagi kot..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila kekalkan ciri2 ketimuran yakni komen dengan penuh nilai2 kesopanan dan kesusilaan, okek..?