SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label tv series. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tv series. Papar semua catatan

Jumaat, 23 November 2012

Bukan cinta pandang pertama

Dah lama jugak aku stalked dia.

Ikut perkembangan dia senyap2 (haha..'senyap' sangat..padahal dah kecoh satu rumah dah pon..haha)

End up-nya sampai aku rasa aku memang suka la kat dia.

Dia memang tak hensem, tapi bagi aku muka dia sangat sedap mata memandang (mata aku ja, mata korang aku tak tau).

Pelik juga.

Sebab dia jadi lelaki pertama yang tak berjanggut yang aku suka. I mean, suka yang betul-betul suka. Suka yang tangkap sampai ke hati..hm. Selalunya taste aku nak yang berjanggut saja. Paling kurang, janggut ciput pun dah ok, asalkan ada janggut ~ jangan tanya pasai apa.

Tapi disebabkan aku perlu berpijak di bumi nyata (sebab sedar yang dia memang takkan terjangkau oleh aku), aku bersyukur jelah dengan apa yang ada depan mata..walaupun yang depan mata ni takda janggut..huks.

Hai la Beto..apasal awal sangat ko gi kawen..tak sempat jumpa dengan aku pun lagi..*ayat bajet konon-konon kalo Beto tu single-mingle, ada hati la dia nak kawen ngan aku..haha. 

Dush..!

'Adeh..sapa yang tumbuk aku tadi??'

Kalo Tuan Tanah baca entry aku ni mesti dia kutuk aku kaw-kaw..haha. Boleh agak dah apa ayat dia nak bagi aku..

'Beto tu apa ada?bukannya hensem pun..'

ataupun...

'Pelik ah hang ni..apahal la suka kat mamat kencing bersepah tu..'

Eh..helloo..yang kencing bersepah tu dalam movie ja okeh..

Tapi peduli hapa..taste memasing berbeza..Dah aku suka, aku suka lah..lain la kalau aku cakap aku tak suka. Maknanya memang aku tak suka.

Lagipun Beto ni something sikit.

Sikit?erm..ntah..macam banyak pulak 'something'nya tu rasanya..haha. But he's really 'something'. Pun jangan tanya apa yang 'something' sangat tu kat aku. Susah nak describe.

Dah susah sangat nak explain apa aku rasa pasal dia, jom jamu mata jelah sikit..kot-kot ada yang tak kenal lagi ke dengan Beto Kusyairy ni..

Kashaf Imani - best!
Selagi Masih ada - best jugak!
Chow Kit - tak tengok pun lagi..tp untuk watak Beto mesti best..haha

Sangkar - dalam usaha mencari.

Sirrun - Drama ni aritu tayang kat TV9. Best.

Aku, Dia & Tong Sampah - Sweet. Best.

Pencari Jalan Lurus - Cite ni memang santai dan lek-lek ja..tapi banyak mesej berguna yang cuba disampaikan kepada penonton. Best

Janji Jujur Sepi - Best!

Eh aku dah cakap ke semua cite (drama + telemovie + movie) yang Beto berlakon  macam dalam pics kat atas tu semuanya best?hehe.

Banyak lagi la cerita yang meletakkan Beto sebagai pelakon. Kang berat plak nak loading blog aku ni kalau taruk banyak-banyak sangat pic si Beto ni.. Google sendiri la kalau nak tau yang the rest tu okeh..

Sekian catatan dari big fan Beto Kusyairi.. (Dah boleh kim salam jelah kat Aaron Aziz, Remy Ishak n bla..bla..bla.. tu semua. Eh?hehe..dalam Wasiat, Beto ada janggut sejemput lah..hm.

p/s : Kualiti yang terdapat pada seseorang individu tersebut, bukanlah terletak pada rupa paras semata-mata.

Khamis, 22 November 2012

Kegilaan lama kembali menyerang!

Dalam hidup aku sekarang ni, obviously ada dua (daripada puluhan kot) kegilaan aku yang dah mula merasuk balik kat dalam diri aku. *amboi ekstremnya bahasa untuk intro entry kali ni..haha.

Apakah yang dua tu?

Satu : Criminal Mind.

Ni la part yang special tentang Criminal Mind - sentiasa ada quotes pada pembukaan dan penutup setiap episod. Unik, kan?
Damn cool la mamat dua orang neh.
Sweet Reid + Morgan. *sila abaikan unsur-unsur gay pada gambar di atas okek?
Menaningful. Just be yourself. Deal?

Criminal Mind ni seperti yang diketahui la..memang aku taksub obses habis..cerita dia memang superb. Hebat la orang yang keluarkan idea nak hasilkan tv series Criminal Mind ni. Memang aku salute. Mesti palotak dia sangat complicated..hahah.

Sekarang ni dah Season 7 dah pun. Dari Season 1 lagi aku dok ikuti perkembangan cerita ni. Bayangkan sajalah dah berapa tahun dah..sejak dari zaman aku dok Kolej 9, zaman mengadap Menara Rebung teptiap hari sampai la ke zaman la ni, zaman dok lalu PICC sehari semalam 5 waktu..eh?

Senang cakap, kalau sejak dari zaman tu lagi aku dah rajin exercise teptiap pagi, mesti sekarang ni badan aku dah macam Amber Chia. haha..

Memang heaven la dapat tengok Criminal Mind ni setiap minggu. Buat bertambah heaven bila dapat menatap muka dua watak utama C.M ni, which is yang sorang tu suka sangat tukar style rambut setiap season. Yang lagi sorang tu plak lansung tak pernah tukar style rambut. Jejeng..mereka adalah......Dr.Spenser Reid and Derek Morgan..lalala.

Derek Morgan is super cool + sexy *oppss. Spencer Reid plak..em, diibaratkan bagai 'you can never go wrong with Matthew!'. Dalam Criminal Mind ni dia sangat genius. Yeap..genius tahap gaban *eh, genius kah spesies yang namanya gaban tuh??

> Do you know what it's like to be afraid of your own mind?? ~ Spencer Reid <


Dua : Merlin.

'In a land of myth, and a time of magic, the destiny of a great kingdom rests on the shoulder of a young man... his name MERLIN.

Merlin. Dah season 5.
Collin Morgan a.k.a Merlin. Lansung hilang rupa nerd si Merlin tu kan?
The Knights of Camelot
Camelot's Knights.
Knights of Camelot : Gwaine - Percival - Elyan - Lancelot - Leon - Modrade
Ni ha Lancelot.

Owh Lancelot..lalala
Alolo..memang sweet la dua orang makhluk ni..macam kekasih gay plak aku rasa..haha

Walaupun dalam series Merlin, si Merlin tu lembik ja karakternya, tapi seriously aku suka ja ngan watak Merlin tu. As for me, its show that kalau hero tak semsetinya kena ada kekuatan fizikal. Obviously dalam cerita ni dia nak tunjukkan kekuatan sebenar manusia sebenarnya terletak pada akal fikiran dan nurani individu tu sendiri.

You know Merlin, you’re the one Arthur should knight. You’re the bravest of us all and he doesn’t even know.
Sir Lancelot, Merlin, “The Coming of Arthur (Part 2)”


A hero is still a hero. Tanpa perlu nak membajet superhero ataupun cuba nampak dan menjadi kuat di hadapan orang lain. Sapa kata orang lembik tak boleh jadi hero?? Isu ni sama konteks dengan isu orang lelaki menangis la ni..orang selalu cakap tak macho lelaki bila menangis. Smoking baru nampak macho. Aku tak rasa macam tu lansung pun. Menangis pada waktu dan situasi yang betul adalah normal bagi mana-mana manusia. Perempuan hatta lelaki sekalipun.

Sambung cerita Merlin. Merlin pun dah melangkah ke Season 5. Fokus cerita tentulah pada Merlin dan juga raja Camelot King Arthur. Diorang berdua ni pun sweet juga (bukan sweet macam couple-lover tu semua ok), sweet as a friend, sweet as a king dan budak suruhannya. Series yang serious tapi masih banyak scenes yang kelakar. Memang tak bosan nak menonton over and over and over again. Hah. Memang OVER sangat kan..

Selain dari Merlin dan Arthur tu sendiri, sebab lain aku tengok Merlin sebab ada Sir Lancelot yang  super hensem. Tapi watak Lancelot ni dah mati plak dalam season 3 rasanya sebab dia berkorban untuk selamatkan Merlin. Dalam banyak-banyak kesatria Camelot, dia sorang ja yang tau Merlin ada power. Sedih gak dah takda watak Lancelot sebab dah tak boleh nak jamu mata dah..huhuks (T_T).

* Elyan (adik Permaisuri / Gwen) pun dah mati dalam episod terbaru ni..huhuks.

> In life you always have a choice, sometimes it's easier to think that you don't ~ Gwen <

Kedua-dua tv series ni dah jadi 'all-time-feberet' aku. Kira dah di tahap setiap kali ada siaran ulangan pun aku akan eksaited jugak nak tengok. Memang tak bosan lansung. Sungguh! Lagipun agaknya dah lama sangat kot watak-watak dari kedua-dua tv series ni dah lekat kat dalam kepalotak + jiwa aku..kira cerita dari season sebelumnya pun boleh ingat lagi la rasanya..hee :)

p/s : Tambah lagi satu drama yang aku follow sekarang ni - Wasiat. Dah jelas nyatalah aku tengok drama tu sebab ada Beto Kusyairy kan..haha. Nak harapkan watak Farid Kamil tu? Aku pilih tidur lagi kot..

Selasa, 17 April 2012

C.M : Suspect Behaviour? Ish..rasa x jiwa la plak..

Semalam..

Macam malam2 Isnin yang sebelum2 ni..

Dah agak2 dekat pukul  1030pm ja aku dah ready tercongok depan tv.

Agendanya satu.

Nak tengok siri feberet pojaan hatiku ~ CRIMINAL MINDS.

Owh..Criminal Minds Season 6 dah tamat last week. Minggu ni ganti dengan Siri Criminal Minds : Suspect Behaviour plak.

Eksaited tetap eksaited. Macam selalu. Macam dulu2 jugak..hehehehe...

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu lagi...

Sekali masa trailer aku perasan yang barisan pelakon dia bukan pelakon2 yang sama dalam Criminal Minds yang aku dok tengok sebelum2 ni..

Yang ada cuma Garcia sorang ja..yang len2 semua ejen FBI yang aku tak kenal and bukannya ejen BAU (Behavioural Analysis Unite - Aaron Hotchner, Derek Morgan, Spenser Reid, Emily Prentiss, Seaver and David Rossi).
Aaaiyaakkk.spoiled dah..

Rasa macam tak jiwa plak aku nak tengok Criminal Minds : Suspect Behaviour ni.

Since Derek Morgan pun dah nak ditarik masuk ke unit lain di New York, Emily Prentiss plak dah memalsukan kematian dia, JJ dah diarah dan ditukarkan serta-merta ke unit lain di D.C, Spenser dah mula sakit2 and Rossi + Aaron + Garcia dah kehilangan the best BAU's team members..so aku pon dah malas la nak layan Criminal Minds : Suspect Behaviour ni lagi..

Sesapa yang rasa nak tengok Criminal Minds Season 1 - 6 online bole masuk sini.


p/s : Hope to watch Criminal Minds Season 7 soon.

Khamis, 11 Ogos 2011

Cikgu yang agak2 hot..

Cikgu Ezra.

Ntah camana aku bole terjatuh suka dengan cikgu ni aku pon xtau..padahal muka jambu + kulit putih melepak macam puteri salju..eh?puteri??hak3...apa2 pn yang putih melepak sangat nih memang lansung BUKAN taste aku..tapi kali ni lain pulak..rasa macam suka plak..

Aku selalu dengar orang cakap kalau suka, jangan suka sangat, nanti akan timbul benci..kalau benci plak, jangan nak benci2 sangat sampai tahap gaban lahh..nanti tersuka plak..macam aku skang ni lah..tapi, owh..yelah...manusia memang cepat berubah kan cikgu kan??

Walaupun sangat susah nak jumpa cikgu..kadang2 bila jumpa pn kejap2 ja sebab cikgu ezra ni suka bebenor menghilangkan diri..hesh..! Tapi aku suka jugak lah walau macam mana chipsmore pon sifat dia...hak3..

Aritu x sempat jumpa pon..pandang cikgu dari jauh ja..jeles plak ngan Aria..huh (T_T)
Nanti Isnin kita jumpa lagi yer cikgu.. :) Jangan lupa masuk kelas tau..

Ezra Fitz a.k.a Ian Harding (English teacher dalam Pretty Little Liars)
Haish..jambu sangat plak..kena berjemur lebih sikit ni..biar gelap sket kulit 2..
 p/s : suka jugak dengan Shay Mitchell yang lesbian 2..super gorgeous..bole lawan Jessica Alba dah..heheh.. (Cikgu Ezra nanti kulit kasi gelap macam Emily 2 okek..baru la nampak macho sket..xmau jambu2..)

  

**dah boleh lupakan Shemar Moore dah la lepas ni..lalalala

Khamis, 25 November 2010

Criminal Mind - Best TV series ever..!!

" Criminal Minds is an American police procedural drama that premiered September 22, 2005 on CBS. The series follows a team of profilers from the FBI's Behavioral Analysis Unit (BAU) at Quantico, Virginia. Criminal Minds differs from many procedural dramas by focusing on the criminal rather than the crime itself.." - (klik)
Kali ni aku cita pasal my febret tv series plak la..bole?? Sekali-sekala buat TV series review pon best jugak kan?kan? Hm, kalau tak boleh pon, aku insist nak cita jugak..hahaha...

Ada satu TV series yang ditayangkan di 8TV nih yang aku suka sangat tengok..Cita Criminal mind..korang pernah tengok tak? aku sure ramai yang suka tengok TV series nih..Criminal mind ni cita tentang siasatan jenayah perilaku oleh satu team unit yang dinamakan sebagai BAU. Apa BAU tu eh/ Bukan bau-bauan wangi atau busuk tu. BAU ni stand for Behavioral Analysis Unite. Dorang ni kira penganalisis perilaku group elit la dalam kes-kes jenayah berbahaya yang berkait dengan sikap, sifat dan perilaku yang dipengaruhi oleh minda yang tak rasional.

Dari nama unit ni pun kita dah boleh assume yang penjenayah-penjenayah perilaku ni dipengaruhi oleh minda, sifat atau sikap diorang yang cenderung kepada perlakuan jenayah and sangat-sangat negatif. In fact, diorang punya minda jenayah ni sangat berbahaya kepada orang lain.


Creator: Jeff DavisTV series ni dibintangi oleh :

Kirsten Vangsness [ Penelope Garcia (121 episodes, 2005-2010) ]Shemar Moore [ Derek Morgan (122 episodes, 2005-2010) ]Thomas Gibson [ Aaron 'Hotch' Hotchner (122 episodes, 2005-2010) ]A.J Cook [ Jennifer 'JJ' Jareau (114 episodes, 2005-2010) ]Paget Brewster [ Emily Prentiss (92 episodes, 2006-2010) ]Matthew Gray GublerDr. Spencer Reid (122 episodes, 2005-2010) ]Joe Mantegna [ David Rossi (72 episodes, 2007-2010) ] - tiada dalam gambar.** Aku suka dengan watak Spencer Reid sebab dia tersangatlah bijak.
Credit to : Criminal Mind via IMDb (Internet Movie Database)


Antara beberapa perkara yang lagi mebuatkan Criminal Mind ni menarik bagi aku ialah, hampir setiap episod siri tv ini (bagi tiap-tiap musim) akan dimulakan dan diakhiri dengan quotation oleh orang-orang ternama dan juga anonymous yang sangat mendalam maksudnya kalau kita hayati betol-betol. Yang berminat nak baca semua quotation tu bole klik pada link di bawah ok.
Season 1
Season 2
Season 3
Season 4
Season 5
Season 6
All Character Quotes
[ The quotes used on the show might not be the "entire" actual quote written and may be edited for the shows purposes ] - credit to : Criminal Mind's quotation (by season)


Overall bagi aku citer ni tersangatlah physcho giler..kalo tak caya korang kena la tengok sendiri..ok? Pada pandangan aku citer ni untuk masa sekarang dah capai tahap 5 bintang la..no doubt lagi la..tapi bagi yang lemah semangat or yang tak suka tengok benda-benda yang mengerikan, kalau nak tengok tu, aku suggest korang stand by sepsiap bantal peluk ok? tak pun make sure ada peneman sebelum korang akan terpekik terlolong sensorang tengok citer tuh..hehehe..

Rating : 5 bintang (*****)
So, jangan lupa tengok citer ni ok. Hari Isnin, pukul 1030pm (durasi : 1 jam), di 8TV.