SumBody Me..

Foto saya
Atas Bumi + Bawah Langit, Tengah2 Kerajaan Langit + Bumi, Malaysia
Memandangkan emo + sentimental 2 memang sifat lahiriah aku..So, sini adalah tempat untuk aku luah perasaan + lepas geram + emo x tentu hala + buat hal ikut suka hati aku.. Aku tau aku jiwang..tapi, peduli hapa.?! Sila buat2 xtau bila ada entry ala2 kelas terapi + kaunseling okek? ~ You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one!

Lapor Diri sini

Saksi Kejadian

Memaparkan catatan dengan label Beto Kushairy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beto Kushairy. Papar semua catatan

Selasa, 27 November 2012

Weirdos and cold-hearted.

Amaran : Entry panjang. Ada unsur-unsur annoying..kalau taknak rasa annoyed, tak payah baca.

Pacek F : Kit, yang MPM ni bila tarikh tutupnya?

Aku : Ntah.

Pacek F : You rasa?

Aku : I tak rasa apa-apa.

Pacek F :  You memang..takde perasaan.

Ok. Yang ni gua hangin.

Eleh, dah la gedik nak ber I-U dengan aku. *stress

Tuan Tanah pun pernah cakap something yang sound quite similar gak dengan conversation kat atas tuh. Bukan sekali. Agak berkali-kali jugak la. Tak ber-agak sungguh Tuan Tanah tu kalau bab-bab nak kutuk aku.

Selalunya isu ni timbul bila ada small arguement dalam coversation kitorang. Tak kisah la walau apa sekalipun topik perbualan yang dibincangkan pada masa tu. Dan, selalunya pun memang kitorang akan ada arguement dalam setiap conversation. Besalah gaduh-gaduh manja. Aku kan memang suka cari pasal.

Tuan Tanah : Ah..engkau tu Kit, memang..mana pernahnya nak ada perasaan. Pelik.

Adoi. Kasar betul tuduhan tu. Rasa macam ada batu besar dihempap ke atas kepala.

What?

Takda perasaan?

Makhluk pelik? *kenapa bukan makhluk tuhan paling seksi? Owh..shadap Kit!

How come?

Pada bahagian mana dalam diri aku ni yang buatkan korang rasa aku ni pelik? Aku ni takda perasaan?

Jom kita flashback sikit okek?

Haritu, pada waktu aku agak gila mengunjungi kilang coklat Beryl's, *semata-mata untuk beli coklat Beryl's la of course balik umah, aku pun dengan sangat bermurah hati, jamu la bebudak rumah makan coklat hasil tangkapan aku kat kilang siang hari tu sambil puji-puji + promote coklat Beryl's tu dekat housemate dengan gigihnya.

Housemate 1 : Eeww..coklat apa ni ko beli Kit?

Aku : Beryl's la..ce baca sket label kat wrapping plastic dia tu.

Housemate 1: Tau la..awat yang tak sedap ni..pahit. Ish.

Aku : Laa..memang aku beli yang Bittersweet, pahit-pahit manis sket rasa dia. Sedap.

Housemate 2: Eee..sedap? Sedap apanya ni..macam mana nak makan..pahit sangat!

Aku : Ish,. apa plak yag tak boleh nak makannya. Kalau tak, apasal kilang tu nak jual kalau orang tak makan..hey..dah-dah xyah makan. Biar aku makan sorang.

Housemate 1 & 2 : Pelik!

*ewah, siap dua-dua orang sepakat plak tu cakap aku pelik. Ok. Fine. Aku tunggu Housemate 3 plak.

Setibanya Hosemate 3 kat umah..

Aku : Aku beli Beryl's banyak. Makan la weh. *ecewah ayat marketing offer orang makan coklat dengan harapan lepas ni dia akan cakap coklat yang aku beli tu sedap tahap cipan. Cipan?ish..sejak bila plak cipan sedap di makan..eeww.

Housemate 3 : Mana? *hihi..disebabkan Housemate 3 ni agak hantu coklat, so memang tak susah la nak racun dia suh makan coklat aku tu..hahah

Aku : Nah, ko rasa yang Expresso Coffe ni. Sedap.

Housemate 1 & 2 : Jangan makan weh. Tak sedap.

Aku : Ala..sedap..ko rasa..rasa *elemen paksaan telah diguna-pakai.

Housemate 3 : (sambil huluran Expresso Coffe aku tadi lalu makan) Ee..amenda nih..kelat semacam ja..hesh..pelik ahh ko Kit!

Aku : Hahh?? Tak sedap ke? Nah try Bittersweet Light ni plak.

Housemate 3 : Tak nak. Pahit. Mesti tak sedap. Amenda la ko ni Kit.

Aku : Korang la pelik. Sedap ni.

Housemate 1 & 2 & 3 : Aah...pelik..pelik..ko memang pelik. Makan coklat yang pahit. Orang makan coklat manis. Pelik.

Aku : Bukan pelik la. Unik. Pernah dengar word unik? U.N.I.K??

Housemate 3 : Takde..takde..tak unik. Pelik. P.E.L.I.K.

Aku : Ahh..sudah la korang. Tak nak makan sudah. Next time aku beli yang ni ja. Boleh makan sorang-sorang. *stress

*****

Satu hari di pejabat..keesokan hari selepas aku tengok wayang James Bond ~ Skyfall.

Aku : Eh korang, dah dengar tak soundtrack Skyfall yang Adele nyanyi tu? Best *sambil-sambil sibuk buka 4shared nak donlod lagu Skyfall tu..

Settled donlod, aku pun putar la lagu tu kasi collegues dengar lagu Adele tu..

Aku : Best kan?? *aku memang over..dah suka dengar sorang-sorang tak cukup, kalau boleh nak satu dunia tau and dengar sekali ~ sekali lagi elemen paksaan diguna-pakai disini..wahahaha..

Ofismate 1 : Ok la..

And aku berpuluh ratus ribu kali dok menekan button replay kat Media Player. Ulang dengar lagu Skyfall tu selagi aku tak bosan sampai la aku rasa bosan - entah bila nak bosan tak tau lagi lah.hehe.

Esoknya..

Aku dengar lagi lagu Skyfall tu, berkali-kali. Lagi dan lagi dan...

Ofismate : Ha, dia bukak dah lagu pelik dia..Pelik la ko Kit.

Sebagai balasan kata-kata diorang, aku sengih-sengih kerang ja. Malas nak menjawab.

Because of our diferent of interest, doesn't means that i'm weird. It simply because kecenderungan kita yang berbeza dan pelbagai. Kalau korang minat dengan lagu 'Tuhan jagakan dia - Motif Band, and i'm not, it doesn't make you weird ~ at all. Aku faham yang korang suka lagu-lagu yang macam tu. Dan aku plak minat lagu-lagu yang lain pulak jenisnya. Manusia berbeza. Kan? Still rasa yang aku ni pelik? Up to you. I don't mind. Lansung tak.. *ni bukti ke yang aku ni cold-hearted?

*****

Lagi satu, bab aku minat dengan sorang hambaALLAH ni pun jadi isu. Pun jadi salah satu sebab yang buatkan aku nampak pelik pada pandangan sesetengah orang.

Just how many times must I tell them?

Kalau melibatkan hal jiwa, hati, bagi diri aku, tak semestinya orang tu kena hensem untuk buat aku rasa suka. Kena lihat juga dalamannya macam mana. Hubungan dia dengan sesama manusia macam mana..hubungan dia dengan Tuhannya plak macam mana dan hubungan dia dengan alam macam mana pulak..

Allah SWT tu kan Maha Adil. Sepertimana orang selalu cakap 'nobody's perfect', macam tu jugak la dengan manusia. Kalau sorang manusia itu dikurniakan dengan rupa paras yang elok, tentulah ada kurangnya dia pada bahagian yang lain, yang kadang-kadang kita tak tau.

Macam tu jugak dengan mereka yang mungkin kurang pada rupa. tentu ada kelebihannya di mana-mana, pun mungkin juga yang kita tak ketahui sebab tak mengenali. Tak kenal, maka tak cinta kata orang. Tapi doesn't means kalau dah kenal, konfim kita akan cinta. Tak semestinya. Jadi janganlah paksa-paksa bila masuk bab-bab hati dan jiwa ni.

Jadi, kalau seseorang tu memang kita rasa dirinya ngam ho ja dengan soul kita walaupun rupa tak hensem *tapi tak hensem pun mesti orang tu tetap sedap mata memandang bagi kita kan? kita tetap boleh terima diri orang tu seada dirinya sendiri. Tanpa rasa nak alter mana-mana perangai atau pembawaan diri orang tu. Yang membawa maksud kita terima semua kelebihan sekaligus kekurangannya juga.

Pada aku, persamaan memberikan kita keserasian, dan perbezaan pula menjadikan kita saling melengkapi. Kan aku pernah cakap dalam entri sebelum ni yang kualiti seseorang tu bukanlah terletak pada rupa paras semata-mata. Perkara macam ni sangat abstrak. Berbeza mengikut individu. Terpulang pada penilaian masing-masing.

*****

Kesukaan aku menonton siri Criminal Mind dan Merlin pun kadang-kadang jadi isu dan buatkan i'm looking freaking weird pada sesetengah kengkawan aku.

Aku minat dengan novel-novel thriller Ramlee Awang Murshid pun dikatakan pelik jugak.

Don't know why.

Hmm, memang pelik. Tapi sapa yang pelik sebenarnya ni? 

Aku ke yang pelik sebab minat dengan cerita-cerita ganas ekstrem dan historical story ala-ala zaman dahulukala? Ke diorang yang pelik sebab sukar memahami dan menerima minat orang lain yang totally different from them?


*****

Bila aku cakap aku tak suka kaler pink, as usual, ada yang cakap aku pelik.

Makes me wonder, adakah wajib bagi seseorang perempuan itu untuk menyukai dan meminati warna pink?

Dan kalau minat-taksub-obses bagai sekalipun, perlu ke nak beli semua barang dengan kaler pink?

Homaigod..oh no..that so not me! 

Isn't that makes you look so childish? Oppss..! Pink Lovers, no offence okek? This is just my self expression. No hard feeling.

Dan, kalaulah menyukai warna pink itu jatuh wajib hukumnya, yeap, aku admit yang aku ni weirdos. Pelik.

Aku suka kaler hitam. Puas hati?

Zaman sekarang ni, kalau rambut memasing pun dah bermacam-macam kaler, hati lagi la lain-lain. Never expect people to understand you always. Sebab kita sendiri pun tak cukup memahami diri orang lain. Never expect much.

Ahh..dunia semua tu. Malas pikir! *eh, ni ke yang dimaksudkan dengan label 'Kit-takde-perasaan' tu?

*****

Begitulah flashback saya *ala-ala movie Hantu Kak Limah. Eh, banyak episod plak flashback aku kali ni.hahah...

Boleh tak aku katakan yang aku lansung tak kisah dengan semua apa yang korang suka label kat aku tu? *eh, ni macam bukti tambahan kepada label aku ni 'makhluk-yang-takda-perasaan' plak kan? Oh..damn.

*****

Quote of The Day :
Never explain yourself. Your friend don't need it. Your enemies won't believe it.

p/s : Sometimes you're better lost than to be seen ~ The Forgotten.

Jumaat, 23 November 2012

Bukan cinta pandang pertama

Dah lama jugak aku stalked dia.

Ikut perkembangan dia senyap2 (haha..'senyap' sangat..padahal dah kecoh satu rumah dah pon..haha)

End up-nya sampai aku rasa aku memang suka la kat dia.

Dia memang tak hensem, tapi bagi aku muka dia sangat sedap mata memandang (mata aku ja, mata korang aku tak tau).

Pelik juga.

Sebab dia jadi lelaki pertama yang tak berjanggut yang aku suka. I mean, suka yang betul-betul suka. Suka yang tangkap sampai ke hati..hm. Selalunya taste aku nak yang berjanggut saja. Paling kurang, janggut ciput pun dah ok, asalkan ada janggut ~ jangan tanya pasai apa.

Tapi disebabkan aku perlu berpijak di bumi nyata (sebab sedar yang dia memang takkan terjangkau oleh aku), aku bersyukur jelah dengan apa yang ada depan mata..walaupun yang depan mata ni takda janggut..huks.

Hai la Beto..apasal awal sangat ko gi kawen..tak sempat jumpa dengan aku pun lagi..*ayat bajet konon-konon kalo Beto tu single-mingle, ada hati la dia nak kawen ngan aku..haha. 

Dush..!

'Adeh..sapa yang tumbuk aku tadi??'

Kalo Tuan Tanah baca entry aku ni mesti dia kutuk aku kaw-kaw..haha. Boleh agak dah apa ayat dia nak bagi aku..

'Beto tu apa ada?bukannya hensem pun..'

ataupun...

'Pelik ah hang ni..apahal la suka kat mamat kencing bersepah tu..'

Eh..helloo..yang kencing bersepah tu dalam movie ja okeh..

Tapi peduli hapa..taste memasing berbeza..Dah aku suka, aku suka lah..lain la kalau aku cakap aku tak suka. Maknanya memang aku tak suka.

Lagipun Beto ni something sikit.

Sikit?erm..ntah..macam banyak pulak 'something'nya tu rasanya..haha. But he's really 'something'. Pun jangan tanya apa yang 'something' sangat tu kat aku. Susah nak describe.

Dah susah sangat nak explain apa aku rasa pasal dia, jom jamu mata jelah sikit..kot-kot ada yang tak kenal lagi ke dengan Beto Kusyairy ni..

Kashaf Imani - best!
Selagi Masih ada - best jugak!
Chow Kit - tak tengok pun lagi..tp untuk watak Beto mesti best..haha

Sangkar - dalam usaha mencari.

Sirrun - Drama ni aritu tayang kat TV9. Best.

Aku, Dia & Tong Sampah - Sweet. Best.

Pencari Jalan Lurus - Cite ni memang santai dan lek-lek ja..tapi banyak mesej berguna yang cuba disampaikan kepada penonton. Best

Janji Jujur Sepi - Best!

Eh aku dah cakap ke semua cite (drama + telemovie + movie) yang Beto berlakon  macam dalam pics kat atas tu semuanya best?hehe.

Banyak lagi la cerita yang meletakkan Beto sebagai pelakon. Kang berat plak nak loading blog aku ni kalau taruk banyak-banyak sangat pic si Beto ni.. Google sendiri la kalau nak tau yang the rest tu okeh..

Sekian catatan dari big fan Beto Kusyairi.. (Dah boleh kim salam jelah kat Aaron Aziz, Remy Ishak n bla..bla..bla.. tu semua. Eh?hehe..dalam Wasiat, Beto ada janggut sejemput lah..hm.

p/s : Kualiti yang terdapat pada seseorang individu tersebut, bukanlah terletak pada rupa paras semata-mata.

Khamis, 22 November 2012

Kegilaan lama kembali menyerang!

Dalam hidup aku sekarang ni, obviously ada dua (daripada puluhan kot) kegilaan aku yang dah mula merasuk balik kat dalam diri aku. *amboi ekstremnya bahasa untuk intro entry kali ni..haha.

Apakah yang dua tu?

Satu : Criminal Mind.

Ni la part yang special tentang Criminal Mind - sentiasa ada quotes pada pembukaan dan penutup setiap episod. Unik, kan?
Damn cool la mamat dua orang neh.
Sweet Reid + Morgan. *sila abaikan unsur-unsur gay pada gambar di atas okek?
Menaningful. Just be yourself. Deal?

Criminal Mind ni seperti yang diketahui la..memang aku taksub obses habis..cerita dia memang superb. Hebat la orang yang keluarkan idea nak hasilkan tv series Criminal Mind ni. Memang aku salute. Mesti palotak dia sangat complicated..hahah.

Sekarang ni dah Season 7 dah pun. Dari Season 1 lagi aku dok ikuti perkembangan cerita ni. Bayangkan sajalah dah berapa tahun dah..sejak dari zaman aku dok Kolej 9, zaman mengadap Menara Rebung teptiap hari sampai la ke zaman la ni, zaman dok lalu PICC sehari semalam 5 waktu..eh?

Senang cakap, kalau sejak dari zaman tu lagi aku dah rajin exercise teptiap pagi, mesti sekarang ni badan aku dah macam Amber Chia. haha..

Memang heaven la dapat tengok Criminal Mind ni setiap minggu. Buat bertambah heaven bila dapat menatap muka dua watak utama C.M ni, which is yang sorang tu suka sangat tukar style rambut setiap season. Yang lagi sorang tu plak lansung tak pernah tukar style rambut. Jejeng..mereka adalah......Dr.Spenser Reid and Derek Morgan..lalala.

Derek Morgan is super cool + sexy *oppss. Spencer Reid plak..em, diibaratkan bagai 'you can never go wrong with Matthew!'. Dalam Criminal Mind ni dia sangat genius. Yeap..genius tahap gaban *eh, genius kah spesies yang namanya gaban tuh??

> Do you know what it's like to be afraid of your own mind?? ~ Spencer Reid <


Dua : Merlin.

'In a land of myth, and a time of magic, the destiny of a great kingdom rests on the shoulder of a young man... his name MERLIN.

Merlin. Dah season 5.
Collin Morgan a.k.a Merlin. Lansung hilang rupa nerd si Merlin tu kan?
The Knights of Camelot
Camelot's Knights.
Knights of Camelot : Gwaine - Percival - Elyan - Lancelot - Leon - Modrade
Ni ha Lancelot.

Owh Lancelot..lalala
Alolo..memang sweet la dua orang makhluk ni..macam kekasih gay plak aku rasa..haha

Walaupun dalam series Merlin, si Merlin tu lembik ja karakternya, tapi seriously aku suka ja ngan watak Merlin tu. As for me, its show that kalau hero tak semsetinya kena ada kekuatan fizikal. Obviously dalam cerita ni dia nak tunjukkan kekuatan sebenar manusia sebenarnya terletak pada akal fikiran dan nurani individu tu sendiri.

You know Merlin, you’re the one Arthur should knight. You’re the bravest of us all and he doesn’t even know.
Sir Lancelot, Merlin, “The Coming of Arthur (Part 2)”


A hero is still a hero. Tanpa perlu nak membajet superhero ataupun cuba nampak dan menjadi kuat di hadapan orang lain. Sapa kata orang lembik tak boleh jadi hero?? Isu ni sama konteks dengan isu orang lelaki menangis la ni..orang selalu cakap tak macho lelaki bila menangis. Smoking baru nampak macho. Aku tak rasa macam tu lansung pun. Menangis pada waktu dan situasi yang betul adalah normal bagi mana-mana manusia. Perempuan hatta lelaki sekalipun.

Sambung cerita Merlin. Merlin pun dah melangkah ke Season 5. Fokus cerita tentulah pada Merlin dan juga raja Camelot King Arthur. Diorang berdua ni pun sweet juga (bukan sweet macam couple-lover tu semua ok), sweet as a friend, sweet as a king dan budak suruhannya. Series yang serious tapi masih banyak scenes yang kelakar. Memang tak bosan nak menonton over and over and over again. Hah. Memang OVER sangat kan..

Selain dari Merlin dan Arthur tu sendiri, sebab lain aku tengok Merlin sebab ada Sir Lancelot yang  super hensem. Tapi watak Lancelot ni dah mati plak dalam season 3 rasanya sebab dia berkorban untuk selamatkan Merlin. Dalam banyak-banyak kesatria Camelot, dia sorang ja yang tau Merlin ada power. Sedih gak dah takda watak Lancelot sebab dah tak boleh nak jamu mata dah..huhuks (T_T).

* Elyan (adik Permaisuri / Gwen) pun dah mati dalam episod terbaru ni..huhuks.

> In life you always have a choice, sometimes it's easier to think that you don't ~ Gwen <

Kedua-dua tv series ni dah jadi 'all-time-feberet' aku. Kira dah di tahap setiap kali ada siaran ulangan pun aku akan eksaited jugak nak tengok. Memang tak bosan lansung. Sungguh! Lagipun agaknya dah lama sangat kot watak-watak dari kedua-dua tv series ni dah lekat kat dalam kepalotak + jiwa aku..kira cerita dari season sebelumnya pun boleh ingat lagi la rasanya..hee :)

p/s : Tambah lagi satu drama yang aku follow sekarang ni - Wasiat. Dah jelas nyatalah aku tengok drama tu sebab ada Beto Kusyairy kan..haha. Nak harapkan watak Farid Kamil tu? Aku pilih tidur lagi kot..

Isnin, 19 November 2012

Beto, aku datang..!

Hahah.

Propa sangat tajuk entri.

Nampak tak permainan dia kali ni?

Sepatutnya, 'Istanbul Aku Datang', tapi dah jadi 'Beto, aku datang' pulak..hahah..Tapi takpelah, aku kan suka Beto..lol.

Since tajuk entri dah jadi 'Beto, aku datang', so aku  tak mau la review pasal movie 'Istanbul, aku datang' tu. Aku ni bukannya jenis spesis yang rajin nak me-review movie.

Saja ja update entry sebab nak bakar line sesapa yang belom pi tengok ja..hahah..gila buruk perangai.! Padahal entry ni yang draft minggu lepas-lepas sebelum aku bercuti selama seminggu tu lagii..Nah, arini baru nak publish..patotnya tajuk entry jadi 'Istanbul dah naik basi' patotnya ni..haha..gasaklah..

Tapi, aku noticed one thing..last three movies yang aku tengok lately semuanya lokasi penggambaran kat Istanbul. Sekarang ni memang musim semua production buat movie kat Istanbul ea? Hm..what a coincidence kan?

Speaking about coincidense ni..aritu pon aku berkesempatan menjejakkan kaki ke 'Istanbul' jugak..hihi..musim Istanbul sungguh..hm, ada peluang nanti jejak kaki kat the real Istanbul plak. InsyaAllah.

p/s : entry takda motif..cuma nak cakap yang gua tabik spring sama Beto Kusyairy..keep it up bro..ai lap u lah..eh?



Jumaat, 9 November 2012

"Jangan Biadap.."

Ha..suspen tak baca tajuk entri kali ni?

Curious tak pasal sapa la yang biadap sangat tu?

Curious?

Tak?

Tak, takpela..

Tak payah aku nak lenguh2 jari nak taip panjang-panjang dah.

Pujaan hati aku yang terkini. Haha

'Bila kita ditipu, tak bermakna kita bodoh, tapi kerana kita percaya pada orang yang kita sayang..'

p/s : 'Jangan biadap..' tu tagline mamat ni dalam movie 'Beto Istanbul, aku datang'.